Perhatian! Pengesahan Sepina Dari Mahkamah Perancis Dijangka Sampai Minggu Depan
Sampai bila lagi harus menunggu dan sampai bila agaknya penyokong Pakatan Pembangkang akan terus ditipu, diberak oleh pemimpin mereka.
Bagai tidak serik menganga mulut, walau sebelum ini telah banyak kali dikencing Anwar dan juga balaci suruhanya bila setiap kali isu kapal selam ini dibangkitkan.
Terbaru, Suara Anak Haram atau SUARAM dalam kenyataanya di Malaysiakini memberi tahu, penghantaran sepina sedang dibuat oleh peguamnya dan dijangka tiba beberapa hari lagi.
Maka berkokok kegembiraan seluruh penyokong Pakatan Pembangkang apabila mendengar berita tersebut dengan harapan ia akan menjadi kenyataan kali ini setelah bertahun-tahun menanti.
Menurut SUARAM, mahkamah Perancis telah mengesahkan Jasbir Singh, rakan kepada Razak baginda sebagai saksi kes.
Apa yang menghairankan, setakat ini tiada dokumen atau salinan pegesahan yang dibuat oleh mahkamah Perancis ditampilkan oleh SUARAM sebagai bukti bagi menyakinkan orang ramai bahawa prosiding kes kapal selam ini benar-benar berjalan.
Dalam pada masa yang sama juga, rakyat Malaysia diberitahu, bahawa pihak kedutaan kedua-dua negara, tidak pernah dimaklumkan atau mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu ini.
Oleh kerana SUARAM memberi tahu segala dokumen berkaitan sepina ini sedang dihantar dan akan tiba dalam tempoh masa beberapa hari lagi, apa kata kita tunggu dan pastikan samada betul ke tidak apa yang diberi tahu oleh penyelaras SUARAM ini.
Diharap kepada pihak yang berkenaan terutama kastam dan posmen, agar tidak menyekat kemasukan dokumen sepina tersebut ke negera ini. Supaya ia tidak dijadikan alasan oleh SUARAM untuk menipu lagi.










0 comments:
Post a Comment
Wak tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian Wak selaku pemilik blog.
Sila guna bahasa dan ayat yang sopan ketika menulis komen atau memberi pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan melambangkan keperibadian diri sendiri.
Untuk makluman kepada rakan Blogger yang telah memautkan blog ini di senarai blog masing-masing, diharap dapat memaklumkan kepada wak melalui ruangan komen artikel blog di bawah agar dapat dipaut kembali URL blog anda di sini.