Isnin, 23 Julai 2012

Hasil Emas Sudah Habis Dirompak, Baru Sekarang Kerajaan Pas Kelantan Nak Bertindak

    10:00:00 PG   No comments


Setelah 20 tahun, baru sekarang kerajaan Pas hendak bertindak dalam menangani isu perlombongan emas haram di Kelantan.

Nampak sangat Nik Ajis tidak amanah dalam melaksana tanggunjawabnya sebagai Menteri Besar kerana menyembunyikan kegiatan perlombongan haram ini setelah mengetahui ia berlaku sejak sekian lama.

Dalam kekalutan Pas Kelantan menuntut wang royalti minyak dari kerajaan Persekutuan, rupa-rupanya kegiatan menyamun hasil bumi seperti emas di Kelantan rancak berjalan tanpa sebarang pengawasan.

Kalau lah Nik Ajis tak tidur masa bekerja sepanjang 20 tahun lebih mentadbir kerajaan negeri, sudah tentu nasib rakyat Kelantan jauh lebih baik dari hari ini kerana Kelantan kaya dengan hasil emasnya.

Sudah tiba masanya untuk rakyat Kelantan melakukan perubahan dalam hidup mereka dengan menukar kerajaan negeri sedia ada kepada kerajaan negeri yang baru yang mana kerajaan baru itu nanti lebih membela nasib rakyat.

Dalam isu perlombongan emas haram ini, tidak mustahil ada unsur-unur rasuah terlibat dalam sistem pentadbiran kerajaan negeri sekarang. Diharap pihak SPRM dapat melakukan siasatan teperinci dalam hal ini.

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menubuhkan pasukan khas yang dilengkapi senjata bagi menangani aktiviti perlombongan haram termasuk perlombongan emas, yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pasukan itu akan ditempatkan di markas sekitar Gua Musang dan Jeli, yang dikenal pasti sebagai lokasi yang sering kali berlaku aktiviti haram.

"Penubuhan pasukan ini berkuat kuasa serta-merta, ia akan melakukan risikan, rondaan, pemantau dan tindakan  diambil sejurus aktiviti itu dikesan," kata beliau kepada pemberita, di Kota Darul Naim, hari ini.

Baca selanjutnya di Sinar

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.