Kebelakangan ini, Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri pimpinannya
menjadi sasaran ekoran pendedahan tentang kejahatan yang dilakukan oleh
Pakatan Rakyat di Selangor dalam usaha mereka untuk menyakau dan
merompak kekayaan Selangor demi tembolok dan perut sendiri. Khalid
Ibrahim dalam pada itu, menghadirkan pelbagai program dan rencana yang
amat menggelikan hati sekaligus langsung tidak menggambarkannya sebagai
bekas CEO syarikat konglomerat yang dikagumi oleh ahli-ahli PAS.
Berkali-kali Khalid Ibrahim cuba menafikan yang masalah air terawat
di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bukanlah
masalah bahkan ia hanyalah retorik UMNO dan Barisan Nasional
semata-mata.
Dan Khalid meremehkan semua masalah yang didedahkan termasuklah isu
UNISEL, Talam Corporation, peruntukan MARRIS yang telah diselewengkan
untuk dana pilihanraya Pakatan Rakyat, penyelewengan tender dan projek
kerajaan negeri serta PBT, perompakan dan pencurian pasir, perampasan
tanah dan pemiskinan pelbagai agensi kerajaan negeri. Kalau disusun atur
semua penyelewengan dan kejahatan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat
Selangor, tentulah tidak cukup ruang untuk dituliskan.
Anehnya, walaupun telah didedahkan dan rata-rata rakyat dan penduduk
Selangor mengetahuinya, Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat Selangor masih
tebal muka untuk terus berbohong dan mengalihkan kesalahan kepada UMNO
dan Barisan Nasional. Sama seperti apabila didedahkan bahawa Kerajaan
Pakatan Rakyat Selangor membiakkan persundalan sebagai salah satu punca
pendapatan, tidak seorang pun pemimpin Pakatan Rakyat yang berjanji atau
berusaha mencari jalan menyelesaikan masalah berkenaan, sebaliknya
mereka berusaha pula untuk menimbulkan persepsi persundalan itu adalah
warisan dari kerajaan UMNO-BN.
Dan lebih aneh lagi ialah apabila didedahkan bahawa pusat-pusat
persundalan tersebut jumlahnya beribu-ribu dan semuanya hanya wujud pada
zaman Pakatan menjadi kerajaan, alasan paling bangang digunakan oleh
Pakatan Rakyat terutama sekali oleh Ronnie Liu yang merupakan bapa ayam
pelacur terbesar di Selangor ialah, pusat-pusat persundalan berkenaan
adalah haram.
Adakah cukup sebenarnya alasan HARAM yang diberikan oleh Ronnie Liu
untuk mengelakkan Kerajaan Negeri Selangor yang bermenteri besarkan
Khalid Ibrahim bebas daripada segala kesalahan?
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..