Apabila
Pakatan Rakyat (PR) melalui kenyataan Anwar Ibrahim dan Husam Musa
secara terbuka menolak penubuhan Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti
Negeri-negeri Pantai Timur, sudah tampak jelas permainan politik yang
cuba dicorakkan oleh pembangkang bersabit isu royalti minyak ini.
Imbas
semula sejarah awal isu royalti minyak ini sejak mula ianya
ditimbulkan, rakyat sudah nampak hala tuju PAS condong untuk
mempolitikkannya berbanding merundingkan isu untuk mencari titik temu.
Menjelang
Pilihanraya Kecil (PRK) Manek Urai yang diadakan pada Julai 2009 lalu
misalnya, isu tuntutan royalti minyak untuk Kelantan adalah menu utama
yang dianggap oleh PAS akan menjadi daya tarikan kuat untuk meningkatkan
sokongan rakyat kepada Nik Aziz dan kerajaan negeri pimpinannya.
Namun
seperti yang kita maklum, keputusan PRK tersebut walaupun berkesudahan
dengan kemenangan berpihak kepada PAS akan tetapi undi yang diperolehi
PAS dan majoriti kemenangannya juga jatuh merudum.
Semasa
PRU 2008, DUN Manek Urai dimenangi oleh PAS dengan majoriti 1,352 undi
setelah memperolehi sejumlah 5,746 undi mengalahkan calon BN yang hanya
memperolehi 4,394 undi.
Sekalipun
kempen PRK Manek Urai agak hangat dengan isu retorik dan provokasi
kenegerian bersabit tuntutan royalti minyak, menariknya undi yang
diperolehi PAS dalam PRK itu telah merosot kepada 5,348 undi sahaja
berbanding PRU 2008 sebanyak 5,746 undi memihak kepada PAS.
BN
pula berjaya meraih sokongan dari 5,283 pengundi yakni peningkatan
memberangsangkan sebanyak 889 undi, satu penambahbaikan sokongan yang
agak baik dibandingkan hanya 4,394 undi saja yang dirangkul pada PRU
2008.
Kebetulannya,
calon yang mewakili PAS yang memenangi PRK Manek Urai adalah seorang
peraih ikan, lantaran itu kemenangan tipis dengan majoriti hanya 65 undi
itu begitu popular dan sinonim dikalangan khalayak umum sebagai
kemenangan "nyawa-nyawa ikan".
Selepas
PRK itu, PAS masih cuba mensensasikan isu royalti kerana berpandangan
ianya tetap berbaloi untuk dimanfaatkan bagi kepentingan politik PAS
walaupun ujian awal di Manek Urai menyaksikan kesan positifnya pada PAS
terlampau minima.
Dalam
pada itu, ramai kalangan pemimpin PAS pada awalnya bercanggah pendapat
apabila ramai yang mengakui dari aspek perundangan sebenarnya Kelantan
tidak layak menuntut royalti tersebut sekalipun cuba diyakinkan oleh
Husam Musa yang isu ini tetap akan memihak kepada Kelantan.
Apabila
Husam berjaya 'mempengaruhi' pemimpin UMNO Kelantan, Tengku Razaleigh
Hamzah (Ku Li) untuk sepakat dalam satu pasukan memperjuangkan isu
tersebut, akhirnya perbezaan pandangan dikalangan pemimpin PAS negeri
dapat diketepikan.
Berikutan
itu, sejak akhir 2009 dan sepanjang tahun 2010 gerakan menuntut royalti
minyak terus diperhebatkan kerana PAS yakin dengan penyertaan rasmi Ku
Li maka isu tersebut akan mempengaruhi rakyat untuk menolak UMNO yang
ketika itu dilihat semakin mendapat tempat di hati rakyat Kelantan.
Tanpa
PAS sedari, penyertaan Ku Li dalam kempen tuntutan royalti itu hanyalah
bersifat menuntut ehsan Perdana Menteri supaya menggunakan kuasa dan
budi bicaranya bagi menimbangkan pembayaran royalti demi kebaikan negeri
Kelantan dan lain-lain negeri yang di luar sempadan pantainya
menghasilkan petroleum atau gas.
Ku
Li tahu, dengan hanya bersandarkan pada Akta Kemajuan Petroleum 1974
dan Perjanjian 1975 semata-mata tidak kukuh untuk dihujahkan kelayakan
Kelantan menerima bayaran royalti berikutan kekangan dari akta dan fakta
perundangan lain terutama membabitkan sempadan perairan yang memisahkan
hak kerajaan negeri dan hak kerajaan pusat.
Antara
akta yang berkait langsung dengan Akta kemajuan Petroleum 1974 dan
Perjanjian 1975 ialah Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83], Ordinan
Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu No.7/1967), Akta Perlombongan Petroleum 1966
[Akta 95], UNCLOS 1982, Convention on the Territorial Sea and Contiguous
Zone 1958 dan beberapa lagi akta lain.
Oleh
sebab itu, apabila Perdana Menteri Dato' Seri Najib mengumumkan
keputusan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi membincangkan isu
royalti minyak membabitkan tiga negeri di Pantai Timur, ia sebenarnya
satu berita gembira yang sepatutnya disambut semua pihak.
Sayangnya,
PAS tidak menerima tawaran ehsan yang dihulurkan oleh PM kerana tahu
jika kerajaan PAS kelantan menyertai jawatankuasa ini dan isu tersebut
menemui penyelesaian muktamadnya, rakyat akan lebih mengingati budi
bicara dan jasa PM & UMNO berbanding sikap kontroversi yang selama
ini ditonjolkan oleh PAS.
Jika
Kerajaan Kelantan masih bertegas mengikut keputusan yang telah
disuarakan oleh Anwar Ibrahim dan Husam Musa, nyata ia umpama langkah
yang mengundur ke belakang yang pastinya akan dikesali oleh rakyatnya
sampai bila-bila.
Pun
begitu, alang-alang sudah menolak jemputan menyertai rundingan
tersebut, kita harap kerajaan Nik Aziz akan kekalkan pendirian tersebut
dan teruskan saja samannya ke atas PETRONAS dan kita tengok pula hujah
dan fakta perundangan siapa yang yang kukuh.
Sumber: GAP
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..