Ahad, 19 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitiri Dari Wak J Untuk Semua

    12:18:00 PG   No comments


Assalammualaikum..

Esok Hari Raya, cepat betul!. Dikesempatan ini, blog Wak Jengkol ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang berugama Islam terutama sekali buat pelayar dan pembaca setia blog wak ini.

Semoga hari raya pada tahun ini adalah lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Sempena hari baik ini, wak ingin menyusun 10 jari sebagai tanda kemaafan sekiranya ada melakukan salah dan silap sepanjang blog ini wujud di alam maya.

Macam biasa, wak hanyalah insan biasa dan bukanya seperti manusia anugerah tuhan, kalau ada buat silap tu adatlah. Diharap sempena hari baik dan bulan baik ini disaat semua orang menyambut kemeriahan hari raya, dapatlah kita bermaaf-maafan sesama kita. 0-0 Ok!

Tidak lupa juga kepada yang sedang memandu pulang ke kampung atau pergi beraya ke rumah sanak saudara, pandulah dengan cermat ketika berada di atas jalanraya, Patuhi undang-undang dan jadilah pemandu yang berhemah.


Raya-raya juga, seronok pun seronok juga, bila dah kenyang melantak kuih raya, jangan dilupa pada insan yang kurang bernasib baik dan memerlukan perhatian yang lebih dari kita. Alangkah indahnya kalau dapat berkongsi kegembiraan hari raya bersama mereka.

Akhir sekali, wak ingin ucapkan sekali lagi Selamat Haru Raya buat pelayar setia blog Wak Jengkol. Jaga diri elok-elok, ingat orang tersayang, lepas habis cuti kita jumpa lagi. Maaf zahir batin......

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.