Sabtu, 18 Ogos 2012

Kemelut Air Selangor: Takut Kebenaran Terbongkar, SYABAS Diarah Supaya Tutup Mulut

    10:00:00 PG   No comments


DI AWAL permulaan isu berkaitan krisis air di Selangor ini, Khalid Ibrahim selaku ‘Timbalan’ Menteri Besar (kepada Anwar Ibrahim, the real MB), menuding jari kepada SYABAS sebagai pihak yang bertanggungjawab kepada masalah yang berlaku.  SYABAS dituduh mensabotaj kerajaan negeri Selangor yang sebelumnya mendabik dada krisis air tidak mungkin berlaku sehingga tahun 2019.

Alasan Khalid ialah air empangan penuh tapi sebab SYABAS, rakyat tidak dapat air.

PAS selaku rakan gabungan di Selangor, turut sama mengiyakan kenyataan Khalid dengan meletakkan seluruh kesalahan dari krisis yang berlaku kepada bahu SYABAS.

 

Jahat dan lancang sungguh tuduhan Khalid kerana dia tahu SYABAS tidak boleh ambil tindakan undang-undang ke atasnya kerana 30% saham SYABAS dipegang kerajaan negeri Selangor yang diketuai Khalid.  Kalau ada usul pun ia tidak akan diluluskan wakil kerajaan negeri dalam Lembaga Pengarah SYABAS.

Jadi apa pilihan yang SYABAS ada untuk mempertahankan diri melainkan keluar kenyataan terus kepada media.

Pada mulanya tidak ramai orang nampak situasi sebenar tapi setelah beberapa kenyataan, rakyat sudah mula nampak siapa sebenarnya yang sabotaj bekalan air di Selangor.  Bukan SYABAS tapi kerajaan PKR Selangor dibawah pimpinan Khalid.

Bahasa mudah, kerajaan PKR Selangor tindas rakyatnya sendiri.

Semua ini menambah tekanan kepada Khalid.  Kelentongnya tentang peranan sebenar SYABAS, sudah mula dibongkar. Rupa-rupanya rakyat tahu sekarang bahawa masalahnya bukan pada SYABAS selaku penagagih air, tapi kerana loji yang diuruskan Puncak Niaga, ABBAS, Konsortium Air Selangor dan SPLASH tidak lagi mampu menampung permintaan yang tinggi.

Dalam masa yang sama, loji pemproses air baru yang boleh menyelesaikan masalah ini, Loji Langat 2, dihalang pembinaannya oleh kerajaan PKR Selangor kerana PKR mahu projek itu dapat kepada mereka bagi memenuhkan tabung pilihanraya.

Semua penjelasan ini semakin menyakinkan rakyat Selangor bahawa SYABAS tidak bersalah, Khalid lah yang bersalah.  Tiap kali bekalan terputus, yang dimaki dulu ialah Khalid Ibrahim.  Penulis mendengar sendiri makian seorang penduduk sebuah rumah pangsa di Subang yang datang mengambil air dari trak yang dihantar SYABAS, “C***KA kau Khalid, sebab kaulah aku susah payah kena ambil air kat bawah ni”.

Ini cerita benar.

Khalid tahu realiti sebenar yang berlaku.  Kelentongnya sudah tidak dipedulikan orang lagi.  Khalid banyak sangat bagi alasan, masalah sampah pun macam itu juga, sampai sekarang tak selesai.  Kalau pun sampah dikutip, rupanya ia dibuang ke dalam sungai.  Tak juga selesai masalah.

Rakyat bukan nak dengar alasan tapi penyelesaian.

Jadi seperti biasa, Khalid mengeluarkan arahan supaya SYABAS berhenti mengeluarkan kenyataan media mengenai isu air ini atas 1001 alasannya yang direkanya sendiri.  Beberapa kali sebelum inipun, arahan sama dikeluarkan Khalid bagi menghalang rakyat dapat maklumat akan kepincangan yang sedang berlaku dalam kerajaan PKR Selangor.

Sebetulnya SYABAS sedang mendahului Khalid dalam memberi penerangan kepada rakyat berhubung isu air sekarang, itu yang Khalid suruh diam tu.

Sumber: MyKMU

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.