Selasa, 18 September 2012

Rakyat Selangor Bangkit, Tuntut Kerajaan Negeri Tunai Janji

    10:00:00 PG   No comments


KEKECEWAAN dan kemarahan rakyat Selangor terhadap kegagalan kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan menunaikan segala janji yang terkandung dalam menifestonya semakin sukar dibendung.

Kira-kira 200 penghuni Pangsapuri Angsana di Sungai Long di sini, berhimpun secara aman  bagi menuntut janji pemberian air percuma oleh kerajaan Selangor seperti yang dinikmati penguna meter air individu dan bukan mereka yang menggunakan meter pukal.

Rata-rata penduduk pangsapuri yang mempunyai 560 unit itu terkilan kerana mereka tidak mendapat 20 meter padu air percuma seperti yang dijanjikan kerajaan negeri.


Demontrasi ini juga adalah rentetan desakan dilakukan penduduk di Pangsapuri Menteri Court di Petaling Jaya dan Pangsapuri Lavender Vista di Puchong yang sehingga kini masih dinafikan hak menerima air percuma dengan alasan menggunakan meter pukal.

Penggunaan meter pukal tidak sepatutnya dijadikan alasan memandangkan perkara itu telah dijanjikan kepada semua pemilik kediaman di seluruh Selangor sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negeri ini.

Apa yang mengecewakan apabila kerajaan negeri lebih mengutamakan penduduk rumah teres dan rumah banglo daripada golongan kelas menengah dan atasan dalam skim air percuma tersebut, manakala golongan yang lebih memerlukan telah ditindas haknya.

Kerajaan negeri sebelum ini menolak tuntutan tunggakan air percuma tersebut sebaliknya mahu penduduk menukar meter air pukal kepada meter air individu bagi membolehkan penghuni pangsapuri dan kondominium di negeri ini menikmati skim air percuma tersebut.

Ini baru satu janji yang dituntut oleh rakyat Selangor sedangkan masih terdapat banyak lagi janji yang ditabur kerajaan negeri sebelum menang PRU12 yang lepas tidak ditunaikan lagi. Sekiranya kerajaan negeri tidak mampu melaksana janji, lebih baik tidak berjanji apa-apa agar rakayt tidak merasa tertipu.

Sekarang ini terpulang kepada rakyat Selangor untuk membuat penilaian samada ingin mengekalkan kerajaan negeri yang banyak berbohong dan banyak menabur janji yang sukar mereka tuniakan atau memilih kerajaan baru yang lebih bertanggung jawab serta berupaya menepati segala janji yang dibuat dan lebih mengutamakan rakyat. Tepuk dada, tanya selera...

Sumber: Jering Daily

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Zoner. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.