Khamis, 13 September 2012

Tender Loji Langat 2 Laris Dijual, Pentanda Awal Pakatan Haram Di Selangor Akan Tumbang

    10:00:00 PG   No comments


Dalam masa 10 bulan macam-macam boleh berlaku. Tarikh pilihanraya pula sudah semakin hampir. Nampaknya Kerajaan Persekutuan (BN) sudah menggerakkan langkah awal dengan terjualnya 15 naskah dokumen tander bagi memastikan loji rawatan air Langat 2 terus dibina.

Di pihak kerajaan negeri Selanggor yang ditadbir oleh Pakatan pula sekarang tengah seronok-seronok dan berkhayal kononya  negeri yang ditadbirnya hari ini akan kekal dalam genggaman. Mungkin buat masa ini kuasa kerajaan negeri ditangan mereka. Tapi tak siapa boleh tahu apa akan terjadi pada 10 bulan akan datang.

Langkah yang dilakukan Fedral ini dengan menjual naskah dokumen tander lebih awal adalah satu strategi yang bijak. Seperti yang dilapurkan, sejak mula dibuka sudah 15 nasakah terjual dan pastinya jumlah tersebut akan meningkat lagi dari masa ke semasa kerana ia adalah tender terbuka.

Sekiranya semakin ramai kontraktor yang membeli borang tender pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 ini, bermakna mereka yakin kerajaan nergeri Pakatan yang bodoh sombong ini akan tumbang pada PRU13 akan datang. Biarkan Khalid Gagap terjun bersama labu-labunya...


Perbadanan Aset Air Berhad berjaya menjual sebanyak 15 naskhah dokumen tender untuk pembinaan loji rawatan air Langat 2 walau projek itu mungkin tidak mendapat kelulusan kerajaan Selangor.

Ketua pegawai esekutif PAAB Ahmad Faizal Abdul Rahman berkata, dokumen tender yang setiap satunya berharga RM10,000 itu dijual kepada kontraktor  terbabit ketika sesi taklimat dengan perbadanan itu hari ini. Taklimat itu dihadiri oleh 65 syarikat yang berminat untuk membida bagi projek berkenaan.

Ahmad Faizal berkata PAAB juga akan meneruskan proses tender terbabit seperti diarahkan kerajaan persekutuan.

"Satu-satunya masalah perundangan yang kita jangka adalah (masalah mendapatkan) kebenaran merancang, tapi ini hanya timbul apabila kontraktor ingin memasuki tapak projek itu, 10 bulan lagi," katanya.

Bercakap kepada pemberita hari ini, beliau berharap perkara itu akan dapat diselesaikan kelak- Malaysiakini

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.