Ahad, 21 Oktober 2012

Anwar Bengang Lagi, Al-Qaradawi Puji Komitmen Malaysia

    11:00:00 PG   No comments

Kuala Lumpur: Peranan Malaysia memperjuangkan keamanan, keadilan dan kemanusiaan di dunia Islam mendapat pujian banyak pihak termasuk Pengerusi Al-Quds International Institution (QII), Sheikh Yusuf al-Qaradawi.

Dalam perjuangan rakyat Palestin ketika ini, peranan Malaysia yang menyokong perjuangan adil dan kemanusiaan mendapat pujian QII menerusi dua pucuk surat daripada al-Qaradawi.

Utus surat penghargaan

Dalam surat beliau kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, al-Qaradawi melahirkan penghargaan dan terima kasih terhadap dedikasi dan komitmen Malaysia yang menyokong perjuangan di Baitulmaqdis.

“Tidak memeranjatkan, kami sentiasa mendapati anda antara yang pertama dan terawal menyokong perjuangan adil dan kemanusiaan, isu Palestin dan Baitulmaqdis adalah antaranya,” katanya dalam surat kepada Najib.

Beliau menambah: “Kami amat tersentuh dengan keprihatinan anda dalam konteks ini, khususnya berhubung keperluan segera bagi inisiatif seumpamanya.”

Pencapaian terbaru hasil usaha tanpa mengenal jemu Malaysia ialah perjanjian damai dimeterai Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bagi pewujudan wilayah autonomi Bangsamoro di Selatan Filipina.
Jadi pusat rujukan

Al-Qaradawi berkata: “Lebih penting, Malaysia telah diiktiraf sebagai antara negara Islam yang mempunyai strategi pembangunan mengagumkan dan terbuka, kini menjadi pusat rujukan dan contoh bagi dunia Islam.

“Malah lebih membanggakan kami ialah pencapaian dan kejayaan mewujudkan cawangan QII di Malaysia, pencapaian yang mungkin tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan dan naungan anda”.

Beliau merujuk kepada pelancaran Al-Quds Foundation Malaysia, sebuah yayasan kebajikan untuk rakyat Palestin, yang antara lain mendidik masyarakat mengenai isu di negara berkonflik itu di samping membantu rakyat Palestin.

Kejayaan Malaysia menamatkan konflik dan penderitaan kira-kira 40 tahun di selatan Filipina itu, turut dipuji Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Katanya, banyak negara khususnya negara Islam mempercayai dan menerima Malaysia untuk memainkan peranan sebagai perantara ekoran pencapaiannya sebagai sebuah negara Islam yang progresif dan dinamik.

“Pujian al-Qaradawi adalah satu pengiktirafan dunia kepada Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, kejayaan Malaysia dalam mentadbir sebuah negara berbilang kaum dan kepelbagaian juga membolehkan negara dijadikan rujukan dalam penyelesaian konflik Bangsamoro.

Usaha berterusan

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Pendidikan Sultan Idris Datuk Dr Junaidi Abu Bakar, berkata dalam soal konflik di Selatan Filipina, Malaysia tidak pernah berganjak apabila menyuarakan isu membabitkan penganiayaan etnik dan umat Islam seperti di Palestin dan Bangsamoro.

Pesuruhjaya Suhakam (Pendidikan dan Perhubungan Awam) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid pula berkata Malaysia boleh memainkan peranan dan membantu Kerajaan Filipina dalam bidang ekonomi dan pendidikan kerana ia elemen penting dalam kemajuan sesebuah negara.

Menyokong pendirian dan pendekatan sederhana Kerajaan Malaysia, Presiden Persatuan Kebajikan India Malaysia, A Prakash, berkata setiap komuniti perlu saling membantu demi faedah bersama dalam bidang ekonomi, sosial dan pendidikan. - BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.