Selasa, 30 Oktober 2012

Gagal Urus Negeri, PAS Dakwa Kerajaan Pusat Anak Tirikan Kelantan

    10:43:00 PTG   1 comment


Sejak PAS menguasai Kelantan Oktober 1990 hingga sekarang, salah satu propaganda kenegerian yang seringkali disebut-sebut oleh pemimpin PAS ialah kononnya rakyat negeri ini telah di anak tirikan oleh Kerajaan Pusat.

Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan, bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat kenegerian rakyat Kelantan disamping terus menanam kebencian umum terhadap UMNO yang menerajui Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat.

Hakikatnya, tak selamanya propaganda sedemikian mampu mempengaruhi rakyat jelata kerana banyak bukti yang terpampang di depan mata telah secara sendirinya menafikan dakyah PAS tersebut.

Ambil satu contoh mudah dalam isu projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh, antara tanggungjawab dan janji yang sepatutnya dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan tapi gagal ditunaikan ialah pembinaan Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra.

Sehingga tahun 2007, jambatan tersebut gagal dibina oleh syarikat swasta Liziz Standaco Sdn Bhd yang dilantik oleh Kerajaan PAS Kelantan, akhirnya Kerajaan Pusat pula yang  mengambil inisiatif dan menanggung beban membinanya bagi mengurangkan kesesakan di kawasan berkenaan.

Namun tabie pemimpin PAS tetap sama tidak berubah, hanya disebabkan takut dengan sikap prihatin Kerajaan Pusat dalam membantu rakyat negeri ini, maka disebarkan khabar-khabar angin kononnya kelewatan projek jambatan ini siap disebabkan wujudnya unsur rasuah.

Pertukaran beberapa kontraktor pembinaan dijadikan asas bagi mengukuhkan hujah mereka berkaitan dakwaan berlakunya ketirisan dan rasuah dalam projek pembinaan jambatan ini.

Sedangkan hakikat syarikat pemaju, Liziz Standaco yang dilantik oleh Kerajaan PAS Kelantan gagal melaksanakan tanggungjawab pembinaannya tidak pula berani disentuh oleh ustaz-ustaz jadian dan para penceramah PAS.

Kesediaan Kerajaan BN meneruskan pembinaan jambatan ini motifnya cukup jelas kerana menyedari kepentingannya selain mampu mengurangkan masalah kesesakan lalulintas, ia juga mempunyai kesan signifikan dalam memacu pertumbuhan ekonomi negeri khususnya di pusat bandar Kota Bharu.

Kerajaan Pusat sebenarnya berhak untuk buat tidak endah sahaja dengan kegagalan PAS memenuhi janji pembangunannya itu, namun demi kerana mahu membantu rakyat maka soal perbezaan politik diabaikan demi kebaikan bersama.

Senario keprihatinan Kerajaan BN ini membuktikan tuduhan pemimpin PAS kononnya Kerajaan BN sengaja meminggirkan Kelantan dan menganaktirikan negeri ini hanyalah satu pembohongan dan propaganda jahat sahaja.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. Anaktiri apanya nik ajis yang anaktirikan eakyat sendiri ada tanah bg kat cina spore 99 tahun sewa rakyat sendiri duduk flat pprt mangkuk hayun punye mahagaru

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.