Rabu, 24 Oktober 2012

Isu Selangor: Khalid Ibrahim Terus Membisu, Kontroversi Pembelian Bas Mewah Masih Belum Terjawab

    11:04:00 PG   No comments


Prihal tentang pembelian bas mewah yang dimiliki oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim bagi kegunaan penasihat ekonominya iaitu Anwar Ibrahim terus menjadi bualan hangat rakyat hingga ke hari ini.

Ramai pihak tampil mempertikai tentang kemampuan Menteri Besar Selangor itu untuk memiliki sebuah bas mewah yang hanya boleh membawa beberapa orang penumpang sahaja.

Seperti yang kita sedia tahu, gaji sebagai menteri besar tidaklah sebanyak mana kalau hendak dibandingkan dengan gaji seorang tokoh koprat yang berjaya walau Khalid Ibrahim juga merupakan seorang bekas tokoh koprat yang kononya sangat disegani waktu dahulu.

Setelah dikira, ditambah, ditolak dan dibahagi termasuk elaun, jumlah anggaran gaji Khalid Ibrahim tak sampai pun RM50 ribu sebulan. Mungkin Khalid Ibrahim mengamalkan sikap suka menabung sejak dari kecil lagi sebab itulah dia mampu membeli sebuah bas mewah yang nilainya hampir mencecah RM1 juta.

Untuk pengetahuan semua, hidup Khalid Ibrahim kini dikelilingi hutang berjumlah jutaan ringgit. Menteri Besar dari PKR ini juga telah disenarai hitam atau dalam bahasa orang putihnya 'blacklist' dari membuat sebarang pinjaman berikutan hutangnya kepada Bank Islam yang masih belum dijelaskan.

Yang menjadi tandanya dan keraguan dalam hati rakyat tentang pembelian bas mewah ini ialah, bagaimana seorang yang sudah di'blacklist' dibenarkan membuat perjanjian sewa beli? Pihak bank manakah yang begitu baik hati sanggup memberi pinjam wang kepada seseorang yang mana rekod hidupnya dihantui dengan hutang? atau bas mewah yang dinaiki Anwar itu dibeli secara tunai oleh satu entiti perniagaan kemudian diletakkan nama Khalid Ibrahim selaku pemilik bas tersebut?

Jangan pula ada yang kata Khalid Ibrahim buat kerja 'part time' dengan gaji puluhan ribu ringgit sedangkan dalam syarat lantikan menteri besar menegaskan bahawa individu itu tidak dibenarkan terlibat dengan sebarang bentuk perniagaan termasuk menyewakan bas mewah kepada PKR untuk kegunaan Anwar dalam jelajah merdeka rakyatnya. Sekatan sebagai seorang Menteri Besar tidak dibenarkan terlibat dalam mana-mana urus niaga telah difahami dengan jelas terutamanya ahli politik.


Sejak isu bas mewah ini timbul, Khalid Ibrahim terus membisu dari menjawab soalan-soalan kontroversi yang ditanya berkaitan dengan hal ehwal pembelian bas ini sehingga wujudnya persepsi negatif yang mendakwa MB Selangor telah menggunakan wang rakyat atas manfaat kerana membeli 50 buah lori kompaktor sampah dari sebuah syarikat penjual kenderaan dari China.

Di mana ketelusan kerajaan negeri dan Menteri Besar dalam menangani hal ini?

Barangkali, Khalid Ibrahim terlupa tentang menifesto Pakatan Haram yang pernah di ikrarnya dulu sebelum menang PRU 12 lepas berkenaan janji-janji untuk mewujudkan sebuah pentadbiran kerajaan negeri yang berwibawa, telus dan memastikan semua pemimpin PR bersih dari rasuah dan penyelewengan. Sekarang apa sudah jadi?

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.