Rabu, 3 Oktober 2012

Rampas Hak Rakyat, Kerajaan Pakatan Selangor Diarah Pulang Balik Tanah YBK

    7:06:00 PG   No comments


Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini semalam, memerintahkan kerajaan Selangor mengembalikan semula tanah seluas 323 hektar milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang dirampas daripada badan itu.

Hakim Hadhariah Syed Ismail dalam penghakimannya berkata, tanah di Serendah itu perlu dikembalikan kepada YBK selepas mahkamah mendapati keputusan Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor untuk melucutkan hak tanah terbabit pada 2010 adalah tidak sah dan terbatal.

Beliau berkata, mengikut Kanun Tanah Negara, entiti selain daripada pemilik tanah berhak membayar cukai tanah bagi pihak pemilik tanah.
 
Dalam kes ini, Yayasan Melaka berhak membayar cukai itu bagi pihak YBK, katanya dengan turut mengenakan kos RM20,000 terhadap Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor.

Hadhariah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan dikemukakan anak syarikat YBK, Permodalan YBK Sdn Bhd (Permodalan YBK) bagi membatalkan keputusan Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor pada 3 Februari 2010.

Pada 25 Februari 2010, Permodalan YBK memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini, untuk membatalkan keputusan Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor kerana mendakwa agensi kerajaan negeri itu gagal mematuhi peruntukan undang-undang dalam dua tindakannya.

Rayuan itu dibuat bagi membatalkan keputusan melucut hak empat bidang tanah milik Permodalan YBK mengikut Seksyen 100 Kanun Tanah Negara 1965 menerusi satu perintah yang dimaklumkan melalui notis bertarikh 2 Februari 2010.

Ia juga bagi membatalkan keputusan menolak dan mengembalikan bayaran berkaitan percukaian tanah bagi tanah itu dan empat bidang tanah lain Permodalan YBK menerusi satu surat bertarikh 3 Februari tahun sama.

YBK memperoleh tanah itu selepas permohonannya diluluskan pada 1995 oleh Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menganugerahkan empat lot tanah iaitu 323 hektar daripada keseluruhan tanah seluas 658 hektar dicadangkan sebagai tapak projek pembinaan UiTM Serendah.

Dalam prosiding semalam, peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Redzua Merican mewakili Permodalan YBK manakala kerajaan Selangor diwakili Edmund Bon.

Pada 20 Mac lalu, akhbar melaporkan kerajaan Selangor tidak akan memulangkan semula tanah milik YBK di Serendah, Rawang, yang dirampas sebelum ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata keputusan itu kerana bayaran tunggakan cukai bernilai RM5.5 juta pada 2010 dibuat oleh Yayasan Melaka, bukan YBK selaku pemilik tanah.

Sementara itu, Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom, berkata keputusan itu menunjukkan tindakan kerajaan Selangor yang melucutkan hak pemilikan tanah terbabit sebelum ini adalah tidak sah.

Mengikut keputusan mahkamah tinggi hari ini (semalam) sebahagian besar daripada jumlah keseluruhan tanah milik YBK harus dipulangkan semula oleh Kerajaan Selangor, katanya.

Sumber: Berita Harian

Wak Jengkol

About Wak Jengkol

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.