Rabu, 28 November 2012

Gila Nak Jadi Calon Pilihanraya, Pemimpin PAS Sanggup Jadikan Isteri Sebagai Barang Taruhan

    8:00:00 PG   2 comments


Sampai bila-bila pun ada satu perkara yang pemimpin UMNO tidak mampu menandingi kelebihan PAS, yakni membuktikan kesetiaan pada parti dengan mempertaruhkan isteri yang sah dinikahi sebagai barang cagaran bagi menjamin kelangsungan kerjaya politik sang suami.

Jangan pula ada yang kata ini fitnah, bukan juga cubaan atau main-main, tapi ini realiti sebenar yang diakui sendiri oleh pemimpin PAS sendiri dan hakikat ini sedang membelenggu kehidupan ramai wakil rakyat PAS baik di peringkat DUN ataupun Parlimen.

Tidak berapa lama dulu, beberapa pemimpin kanan PAS termasuklah Ahli Parimen PAS Shah Alam, Khalid Samad sendiri pernah mengakui memang wujud sumpah bai'ah talak tiga ke atas isteri, katanya untuk mengikat kesetiaan wakil rakyat PAS kepada parti.

Dalam perkembangan berkaitan, Pesuruhjaya Tinggi PAS Perak, Abu Bakar Hussain dalam kenyataannya kepada Sinar Harian Online 27 November 2012 telah menyarankan supaya sumpah baiah dilaksanakan kepada semua calon pilihanraya yang mewakili PR terutama sekali di Perak.

Katanya demi menjamin kesetiaan calon dan wakil rakyat kepada parti selanjutnya mengelakkan peristiwa lompat parti berulang kembali sebagaimana kejatuhan yang dialami oleh Kerajaan DAP PAS Perak pada 2009.

Bunyinya seperti PAS agak meragui tahap kesetiaan calon dan wakil rakyat dari PKR dan DAP terutama sekali PKR tentunya, maka disebabkan itulah timbul desakan supaya kedua-dua parti tersebut mengikuti kaedah sumpah baiah seperti diamalkan oleh PAS.

Tahukah kalian kenapa bekas Naib Presiden PAS, Hasan Ali tidak keluar dari PAS sekalipun kerapkali difitnah, diperlekeh dan dihina oleh pimpinan PAS yang lain berikutan ketegasan Hasan mempertahankan kepentingan Islam dan umatnya dari asakan DAP?

Sebaliknya PAS pula yang terpaksa mengambil langkah drastik dengan memecat bekas Naib Presiden PAS itu tanpa diberi peluang pembelaan diri semata-mata untuk menjaga hubungan politik PAS dengan PKR dan DAP. Kenapa & mengapa?

Jawabnya kerana kewujudan sumpah baiah yang mana sekiranya Hasan secara rela keluar atau berhenti dari PAS, automatik ikatan perkahwinannya dengan isteri akan terputus (talak tiga). Namun apabila Hasan dipecat oleh PAS, sumpah baiah talak tiga ke atas isterinya tidak lagi sah.

Bagi pelayar internet yang pernah mengikut isu sumpah bai'ah sebelum ini tentunya pernah melihat sendiri video ceramah seorang wakil rakyat PAS yang mengakui risiko keluar dari PAS bermakna akan tertalak tigalah hubungannya dengan isteri tersayang. Tak sanggup katanya.

Inilah wajah sebenar PAS, parti politik paling celaka atas muka bumi hanya untuk menjaga kepentingan politik kepartian sanggup dipaksa calon-calon pilihanraya dan wakil rakyatnya mencagar ikatan suci suami isteri untuk dipertaruhkan demi kemahuan parti.

Jadinya, apabila wisel PRU 13 ditiupkan kelak, mudah untuk kita mengetahui setiap calon PAS tentunya sudah mengangkat sumpah baiah talak tiga, berkemungkinan ada pemimpin PKR yang beragama Islam pun ada yang sanggup bersetuju dengan syarat menceraikan isteri.

Malang benar sekiranya pada PRU 13 nanti masih ada pengundi dari golongan hawa yang tergamak menyokong PR setelah mengetahui hakikat betapa rendahnya maruah mereka diperlakukan oleh pemimpin PR.

Wak Jengkol

About Wak Jengkol

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. Sibetina pun satu bangang juga, terislamik kononnya sampai aurat tanpa tak disedari terdedah.
    Faham2sendirilah maksud aurat betina2 terdedah.
    Aku berbini juga tapi taklah sampai bini aku menyalak mcm babi ditempat awam menjatuhkan maruah keluarga.
    Lakibini keturunan babi dapigs payah.
    Nak membela parti laknat yang bertopengkan islam
    terpaksalah korbankan bababibetina nak meraih simpati.
    yang sedihnya lakibini babi ni bawa sekali anak2 menjadi babi suruhan parti laknat paspkrdapigs
    Malu kalaupunya bini sibetina keturunan babi.

    BalasPadam
  2. Itu bukan muslimat PAS ttp MUSIBAT PAS sbb sgp mmbiarkan harga diri sbg seorg wanita di pertaruhkan umpama barang dagangan...kire JUDI lah tuh....

    Mrk sendiri yg merelakan diri mrk di perjudikn hny krn taksub dgn parti dan politik...

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.