Khamis, 1 November 2012

Isu Selangor: MB Sibuk Kejar Untung, Nasib Rakyat Selangor Pula Yang Tergadai

    10:00:00 PG   No comments


Tindakan Kerajaan Pakatan Selangor di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim terus diselar pelbagai pihak termasuk rakyat Selangor sendiri ekoran timbulnya dakwaan penjualan aset berharaga milik PKNS seperti bagunan komersil yang menjadi mercu tanda negeri bagi tujuan tertentu atau lebih tepat lagi untuk menampung dana pilihanraya.

Sehingga sekarang, Khalid Ibrahim terus berdolak dalik dari menyatakan hal sebenar yang berlaku apabila ditanya mengenai setatus terkini berkenaan dakwaan penjualan aset bernilai milik PKNS. Pelbagai istilah koprat direka Khalid Ibrahim untuk menutup pekung busuk kerajaan Pakatan Selangor yang sudah berbau berkenaan isu penjualan bagunan milik PKNS yang kini dalam peringkat akhir perjanjian jual beli.

Sebelum ini, Khalid Ibrahim dalam satu kenyataanya memberi tahu, PKNS mungkin menjual segala aset miliknya bagi menampung perluasan operasinya. Langkah ini dilakukan kononya untuk menjadikan PKNS sebagai syarikat hartanah terbesar di negara ini.

Sejak September lalu, PKNS telah menyerahkan pengurusan Kompleks PKNS Shah Alam kepada PREC dan di dalam perancangan mereka, kesemua aset komersialnya akan diberikan kepada anak syarikatnya itu.

Kesan mendalam yang akan dialami hasil daripada penjualan ini akan melibatkan peniaga di Kompleks PKNS dan Wisma Yakin yang 80% daripadanya adalah peniaga melayu. Kerajaan negeri selangor dan PKNS kini bukan lagi tempat untuk orang melayu mengadu nasib lantas berjaya dalam kehidupan terutamanya dalam bidang perniagaan yang seba serbinya mencabar.

Apa yang lebih membimbangkan, selepas kesemua aset itu beralih tangan, PKNS akan menjual pemilikannya di dalam syarikat tersebut pula dan sekiranya ini berlaku, perbadanan tidak akan lagi mempunyai kuasa terhadap asetnya, sekali gus menggagalkan matlamat asal penubuhannya.

Untuk rekod, PKNS telah diasaskan oleh Dato Harun Idiris yang ketika itu menjadi menteri besar Selangor. Tujuan PKNS ditubuhkan adalah untuk mempertingkatkan ekonomi orang Melayu yang menceburi bidang perniagaan selain bertanggungjawab menyediakan keperluan perumahan mampu milik khusunya untuk golongan miskin bandar di Selangor. Namun hari ini, setalah ia diambil alih pengurusannya oleh Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya, lain pula yang terjadi. Habis segala eset atau harta milik PKNS hendak dijualnya.

Masih belum terlambat untuk rakyat Selangor bertindak menghalang kerakusan pemimpin Pakatan dari terus mengaut keuntungan segera hasil dari penjualan segala aset milik negeri Selangor. Kerajaan negeri juga didesak menghentikan stail politik yang suka mengkambing hitamkan PKNS demi memenuhi selera politik mereka yang secara keseluruhannya cukup merugikan peniaga dan rakyat Selangor.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.