Selasa, 27 November 2012

Kerajaan Selangor Dibidas Gagal Tangani Mangsa Banjir

    9:56:00 PTG   1 comment


SHAH ALAM: Seorang ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hari ini mendakwa Kerajaan Selangor gagal menyelesaikan masalah banjir yang melanda penduduk Kampung Sungai Serai, Hulu Langat sejak isu itu dibangkitkan pada 2008.

ADUN BN-Dusun Tua Ismail Sani berkata rata-rata penduduk Sungai Serai kecewa dengan kegagalan kerajaaan pembangkang itu mengatasi isu banjir selain dilihat sering berdolak-dalik berhubung perkara itu.

"Kerajaan Selangor boleh lulus peruntukan RM300 juta untuk bina jambatan Klang, tetapi kenapa peruntukan untuk naik taraf Sungai Serai yang tidak sampai RM10 juta, tidak boleh diberikan.

"Menteri Besar perlu buang sikap menyalahkan orang lain, terutama Kerajaan Pusat, setiap kali mereka gagal selesaikan masalah yang babitkan rakyat," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.


Terdahulu, ketika menjawab pertanyaan Ismail berhubung perkara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa kerajaan negeri tidak menerima peruntukan daripada kerajaan Pusat untuk menaik taraf Sungai Serai, menyebabkan pihaknya tidak dapat melaksanakan projek tersebut.

"Kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan sendiri untuk membaiki saliran dan juga pembetungan, yang masing-masing menelan belanja sekitar RM470,000 dan RM325,000.

"Kolam takungan air juga bakal dilaksanakan dan ketika ini, ia masih dalam proses mengenal pasti dan ambil alih tapak.

"Projek ini dianggarkan bernilai RM1.5 juta," katanya. Persidangan DUN bersambung esok. - BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.