Selasa, 15 Januari 2013

Penyokong Dan Pemimpin PR Ramai Masuk Neraka Akibat Dosa Menabur Fitnah

    10:06:00 PTG   1 comment


KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan pada Selasa berkata dakwaan kononnya kerajaan menerima pampasan RM207 bilion dari kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada rakyat Malaysia yang menderita selepas terlibat sebagai buruh paksa dalam pembinaan kereta api Siam ke Burma semasa Perang Dunia Kedua, adalah palsu.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Selasa menjelaskan, dakwaan itu yang dikatakan berpunca daripada memo yang dikeluarkan kementerian bertarikh 29 Mac 2011 adalah palsu.

"Memo tersebut telah dipalsukan dan satu laporan polis telah dibuat pada 26 September tahun lepas. Kes ini sedang disiasat polis," kata kenyataan itu.

Penjelasan Kementerian Kewangan terpaksa dibuat selepas laman-laman blog pembangkang mendakwa wujudnya pembayaran RM207 bilion dari Jepun tetapi wang tersebut kononnya telah dilesapkan.

Akibat fitnah tersebut, Kedutaan Jepun telah menulis surat kepada Kementerian Kewangan pada 9 Jan lepas untuk mendapatkan penjelasan disebabkan kerajaan Jepun tidak pernah membayar pampasan RM207 bilion itu.

Ini menunjukkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin memburuk-burukkan dan menjatuhkan imej dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan Kementerian Kewangan. - BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. tak pa le hangpa tak mau terima alasan duit tak dapat...tapi mana pi duit komisyen kapal selam scorpian...duit petronas billout misc...duit broker pkfz...duit feed lot nfc....duit komisyen klia sepang duit int sepang cercuit....sapa sapu n ambik semua... beribu billion... pemimpin hangpa madey kutty... adalah PEROMPAK M'SIA ABAD INI... Bekas pm yg ada duit 40 billion USD....

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.