Isnin, 18 Februari 2013

Ambil Alih Syabas : Ringankan Beban Rakyat Atau Beban Yang Ditanggung Kerajaan Negeri?

    3:11:00 PTG   No comments


Agak melucukan apabila kerajaan negeri Pakatan Selangor cuba memberi alasan tujuan pengambilalihan segala aset air Selangor yang dipegang Syabas adalah untuk meringankan beban rakyat.

Betul ke Khalid Ibrahim nak meringankan beban rakyat atau kerajaan negeri Pakatan di Selangor kini sedang nazak kerana sudah tidak larat lagi menanggung beban kos akibat pemberian air percuma.

Rasa-rasanya rakyat Selangor hari ini kurang merungut atau merasa terbeban dengan kadar tarif air sekarang dan ditambah lagi dengan pemberian air percuma seperti mana yang telah termaktub dalam menifesto Pakatan Pembangkang sebelum memenangi PRU12 yang lepas.

Isu tarif air bukan menjadi perkara utama bagi rakyat Selangor jika kerajaan negeri yang dipilih mampu menyediakan kemudahan bekalan air yang sempurna dan mencukupi. Momokkan Khalid Ibrahim kononya tarif air Selangor akan naik hanyalah bertujuan untuk menimbulkan perasaan resah pengguna air sahaja. Syabas pun bukan kejam sangat kalau kerajaan negeri Selangor sekarang ini senang dibawa berunding dan tidak terlalu ego.

Negeri Selangor merupakan sebuah negeri terkaya dan mempunyai rizab simpanan wang yang banyak seperti mana yang sering diwar-warkan oleh media pro Pakatan. Kenapa tidak diguna sahaja duit tersebut untuk membantu meringakan beban rakyat. Apa gunaya jika kerajaan negeri mengambil langkah berjimat dalam perbelanjaan sedangkan rakyat menderita menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Duit yang dipegang kerajaan negeri adalah duit rakyat. Kerajaan Pakatan Selangor tidak boleh menganggap duit tersebut sebagai kepunyaan ahli keluraga atau kepunyaan parti sendiri. Langkah penjimatan yang dilaksana kerajaan negeri dengan mengurangkan  perbelanjaan pembagunan untuk rakyat merupakan satu langkah kurang cerdik yang sepatunya tidak dilakukan oleh bekas tokoh koprat yang berjawatan MB.

Tindakan yang diambil oleh kerajaan Pakatan Selangor dalam isu air ini telah menunjukkan bahawa pentadbiran kerajaan negeri berada dalam keadaan lemah dan tidak berkemampuan menyelesaikan apa jua isu atau masalah rakyat yang timbul.

Hampir setiap hari kita didendangkan dengan berita kecekapan pentadbiran dan keupayaan kerajaan negeri Selangor mengumpul serta menjana pendapatan hingga mencecah berbilion-bilion ringgit jumlahnya, jika isu air yang sekecil ini pun kerajaan negeri gagal menyelesaikanya, wajarkah kita rakyat Selangor memilih kembali Pakatan Pembangkang pada PRU13 akan datang?

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.