Selasa, 19 Februari 2013

'Test Market' Tak Menjadi, MB Selangor Terpaksa Akur Keputusan SPR

    11:01:00 PTG   No comments

khalid-gagap

Apa sudah jadi wahai Khalid Ibrahim, sebelum ini bukan main lagi sembang pasal nak buat pilihanraya DUN secara berasingan. Habis seluruh media milik Pakatan canang berita seolah-olah keputusan pembubaran DUN dan penentuan tarikh pilihanraya hak mutlak Menteri Besar.

Apakah Khalid Ibrahim sudah nampak signal kekalahan Pakatan di Selangor sedang berkelip-kelip memberi amaran kepdanya supaya jangan buat pilihanraya berasingan jika tidak ingin mengalami kekalahan teruk.

Tabiat Khalid Ibrahim yang suka memandai-mandai dalam membuat keputusan betul-betul telah menyusahkan sekalian penyokong Pakatan Pembangkang di Selangor yang sebelum ini begitu memuji-muji kebijaksanaan bekas tokoh koprat ini.

Apabila sudah termalu alah akibat diperbodohkan oleh pemimpin sendiri, kaedah 'cover line' terpaksa diguna untuk menutup kemaluan dan ketololan diri sendiri dengan memberi alasan kononya segala kenyataan yang dibuat oleh Khalid Ibrahim dalam isu pembubaran DUN terutamanya di Selangor adalah bertujuan untuk 'test market' sahaja.

Menteri Besar Selangor ini bukan sahaja gagap, tapi bodohnya pun boleh tahan juga. Jika Khalid Ibrahim diam dari dulu dari bercakap berkenaan pembubaran DUN Selangor kepada media seperti Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri lain yang ditadbir Pakatan kan senang. Tak perlu bersilat lidah membuat kenyataan untuk membetulkan keadaan setelah melihat situasi Pakatan menang sekali lagi di Selangor kini agak sukar.

Wak J

SHAH ALAM -  Kerajaan negeri Selangor akur supaya pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya parlimen dan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikhnya.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perkara itu telahpun disepakati semua anggota Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun) daripada pakatan pembangkang.

"Kami setuju supaya tarikh pilihan raya ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan kami tidak keberatan supaya pilihan raya negeri dilaksanakan serentak dengan pilihan raya parlimen," katanya selepas merasmikan Konvensyen dan Pelancaran Pembudayaan SPIES (Spiritual, Physical, Intelectual, Emotional, Social) negeri Selangor di sini hari ini.

Sebelum ini Khalid berkata tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor akan diumumkan selepas sambutan Chap Goh Mei masyarakat Cina setelah mengadakan pertemuan dengan Adun pakatan pembangkang.

Mengulas isu air, Abdul Khalid berkata beliau tidak menerima sebarang aduan daripada para pelabur di Selangor mengenai bekalan air terawat dan menegaskan bahawa jumlah pelaburan asing di negeri ini tahun lepas masih tinggi. - Bernama

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.