Selasa, 12 Februari 2013

BR1M 3.0 Jika Terus Sokong BN Buat Pembangkang Semakin Tak Siuman

    11:13:00 PTG   8 comments

BR1M-Najib-Razak

Bila PM Najib tabur janji, ramai juak Pembangkang mula rasa tidak senang hati. Kerana apa juak-juak ini merasa begitu? Kerana mereka tahu bahawa janji yang ditabur Najib ini adalah janji yang boleh dipercayai dan seringkali ditepati.

Memang tidak dinafikan bahawa pemberian  bantun BR1M ini adalah sebahagian daripada strategi kerajaan BN untuk menarik dan mengekalkan undi rakyat. Walau undi setiap rakyat Malaysia yang layak mengndi adalah rahsia, namun sinar kegembiraan yang terpancar di wajah mereka semasa menerima wang bangtuan tersebut sebanyak RM500 sudah cukup untuk menggambarkan siapakah kerajaan pilihan meraka apabila berakhirnya PRU13 kelak.

Pengumuman terbaru oleh Perdana Menteri semasa melawat negeri Johor baru-baru ini, bahawa bantuan BR1M akan diteruskan sekiranya BN diberi mandat sekali lagi mentadbir kerajaan, telah menambahkan lagi luka parah yang sedang dialami oleh Pakatan Pembangkang sekarang ini, ibarat mencurah air limau nipis di atas luka yang belum sembuh.

Keupayan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak dalam pentadbiranya tidak usah diragui lagi oleh setiap rakyat Malaysia bedasarkan kesungguhan yang ditunjukkan dalam membantu meringankan beban sara hidup yang ditanggung oleh rakyat.

Oleh itu kita sebagai rakyat perlu memberi sokongan kepada Perdana Menteri agar beliau terus dapat memacu negera Malaysia tercinta ini ke arah sebuah negara yang lebih baik dan sempurna agar nasib rakyat yang bernaung di bawah pentadbiranya terjamin dan terbela.

KULAI JAYA - Kerajaan menjanjikan lebih banyak bantuan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) jika ia mendapat mandat untuk meneruskan program transformasi ekonomi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata pelaksanaan pelbagai program transformasi ekonomi itu bukan sahaja telah berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi semasa tetapi turut menambah pendapatan negara.

"Dengan pendapatan yang bertambah, hasilnya kerajaan akan pulangkan semula kepada rakyat seperti yang kita lakukan menerusi BR1M 1, BR1M2.0 dan BR1M 3.0," katanya kepada lebih 10,000 yang menghadiri sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata, jika mahukan agenda transformasi ekonomi negara yang memberi pelbagai manafaat kepada rakyat itu diteruskan, maka kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu diberikan mandat untuk terus memerintah negara ini.

"Jikalau mandat itu diberikan (kepada kerajaan BN) untuk membentuk sebuah kerajaan yang kuat, Malaysia akan mempunyai masa depan yang cukup hebat dan cemerlang," katanya yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN.

Turut hadir pada majlis sambutan itu termasuk isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Ahli Parlimen Kulai, Tan Sri Ong Ka Ting, beberapa menteri kabinet dan pemimpin parti komponen BN.

Perdana Menteri berkata, kerajaan menerusi program transformasi ekonomi telah berjaya meningkatkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia daripada AS$6,700 (RM20,759) pada penghujung 2009 kepada AS$9,750 (RM30,210) padapenghujung 2011.

Perkara itu adalah bertepatan ke arah usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata, kejayaan pengurusan ekonomi negara itu turut meyakinkan agensi pelaburan Qatar untuk membuat pelaburan bagi membina Hotel Harrods yang pertama di dunia di Kuala Lumpur.

Selain Hotel Harrods itu, katanya, pelabur yang berkeyakinan terhadap program transformasi ekonomi Malaysia turut akan melabur berbilion ringgit bagi membina Hotel Four Seasons setinggi 65 tingkat di ibu negara.

Perdana Menteri berkata Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia yang dilancarkan pada 2006 sehingga akhir tahun lepas juga telah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM106 bilion dari dalam dan luar negara.

Pada 19 Februari ini, Najib berkata, beliau dan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong akan melawat Iskandar Malaysia dan merasmikan projek ikonik 'Wellness Township'.

"Program transformasi ekonomi negara sedang berjalan dengan pantas dan rakyat telah pun menerima faedah serta manfaatnya. Bukti kejayaan program transformasi itu boleh dilihat di sekeliling kita," katanya.

Beliau memberi contoh Johor Premium Outlet (JPO) yang terletak di Kulaijaya yang akan memulakan projek pembesaran fasa keduanya, walaupun pembukaannya baru sahaja dirasmikan tidak lama dahulu.

Perdana Menteri berkata di bawah projek fasa kedua itu pihak pengurusan JPO akan menambah 70 lagi kedai.

Beliau berkata pasaran sedang menunggu mandat yang jelas daripada rakyat kepada kerajaan, yang akan menyaksikan ia melonjak ke suatu tahap yang lebih tinggi dan keyakinan pelabur melambung.

"Semua akan menerima faedahnya jika kita membuat keputusan yang tepat," kata beliau.

Menurutnya manfaat demi manfaat yang diterima oleh rakyat hasil kejayaan program transformasi ekonomi yang dilaksanakan itu membuktikan kerajaan menepati segala janji yang dibuatnya.

"Kita tidak menjual janji demi janji sebagaimana yang dilakukan oleh pembangkang. Kerajaan melaksanakan 'Janji Ditepati' terhadap segala yang dijanjikan kepada rakyat," katanya.

Perdana Menteri pada majlis yang sama turut menyampaikan bantuan BR1M 2.0 kepada 20 penerima daripada kawasan Parlimen Kulai. - Bernama

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
8 ulasan:
Write comments
  1. Salam Wak,

    Ini Wak Labu mau sikit cakap, hari ni rakyat Malaysia sudah bijak2 belake, terutame nye yang dah tinggalkan UMNO@BN. Nak kasi berape pun bole, kite terime. Tapi undi tetap Pakatan Rakyat!

    UMNO@BN sudah nazak, wang jadi talian akhir yang tidak akan memberi ape2 kesan - UMNO@BN tetap akan berkubur pade PRU-13 ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul ar Umno dan BN dah Nazak ...u nak undi apa u punya pasal lah......pasal duit u boleh bedal,,,ingatlah yang kata rasuah tu sape..

      Padam
    2. Yer ke tak beri kesan...Masa harga minyak naik dulu rasanya Wak Labu la org yg paling kuat meroyan...betul tak? Setipa perkara yang melibatkan wang atau duit pasti akan memberi kesan..tak kira baik atau buruk...terpulang..

      Padam
  2. Nak mengundi yang tak menepati janji.. Orang bodoh jr yang suka orang yang tidak menepati janji

    BalasPadam
  3. ekekekek.....undi ANWAR cuma dpt air moneyy ajee....ekekekke

    BalasPadam
  4. undi pas kalu, duit tabung anak pon kene sakauu. derma jihadddd bro. jihad sakau.

    BalasPadam
  5. BRIM pertama aku ambil voucher di bandar botanic klang dan aku cashkan di maybank bukit tinggi klang....

    BRIM kedua aku ambil cash di sekolah menengah sultan idris shah di kapar..klang..

    yang ketiga nanti tak tau lah kat mana dan bila...

    ADA AKU KISAH DGN UMNO BANGSAT NIH???? SUMPAH!!!!AKU TETAP UNDI PR...ORANG BAGI AKU KEBAS..UNDI TETAP UMNO....ARE YOU READY FOR BN???????.......NOOOOOOOOOOOOOOOO!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan main bersemangat lagi nak tolak umno sampai tulis komen pun tersasul..hahaha...dah daftar mengundi ke belum?

      Padam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.