Rabu, 13 Mac 2013

Anwar Bantu Misuari Reka Pembohongan Kematian Pengganas Sulu

    10:00:00 PG   No comments

lahad-datu-mayat-pengganas2

ANWAR dan pencacainya dalam pakatan pembangkang bukan ikhlas sangat bila meminta setiap rakyat menyokong perjuangan pasukan keselamatan dalam menghadapi pencerobohan lanun-lanun Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Maklum sajalah, ini kita cakap tentang undi pasti dari beratus ribu orang yang berkhidmat sebagai anggota tentera dan polis sekarang, hilang akal ke Anwar nak hentam anggota keselamatan secara terang-terangan?  Sebagai orang yang hanya beriman kepada undi dan jawatan Perdana Menteri, apa pun tindakan Anwar perlulah berpandukan kepada mood rakyat, kalau rakyat nampak menyokong, Anwar tak akan cukup gila untuk membangkang.

Ini sikap Anwar yang sebenarnya kalau ada orang tak tahu.

Tapi kalau disokong pulak, dilemanya rakyat akan bersatu dan mengundi BN.  Sebagai bekas pemimpin UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri, ada banyak peristiwa lalu yang Anwar boleh rujuk, antaranya peristiwa 13 Mei 1969 bila mana rakyat yang bersatu selepas insiden tersebut, membawa kepada kemenangan BN antara yang terbesar dan paling selesa dalam pilihanraya umum 1974,

Ini yang paling Anwar bimbang sekali.  Sebab itu anjing-anjing Anwar macam Tian Chua, Khalid Samad dan Chegu Bard diarah untuk hentam pasukan keselamatan tapi dengan beralaskan kecaman terhadap kerajaan BN.

Kononnya kerajaan BN gagal mengawal keadaan di Sabah sejak pencerobohan bermula, walaupun kita semua tahu yang mengawal situasi keselamatan di Sabah (selepas semua proses rundingan tamat) ialah pasukan keselamatan yang menjawab kepada DYMM Yang Dipertuan Agung sebagai pemerintah tertinggi, dengan kerajaan BN sebagai regulatornya sahaja.

Antara 3 nama itu, paling menjengkelkan sudah tentulah Tian Chua, tapi Chegu Bard juga tidak kurang sialnya.

Manakan tidak, CheguBard dalam akaun Facebooknya beberapa hari lepas, dengan sengaja telah menggunakan pembohongan dari akaun Facebook pemimpin MNLF, Nur Misuari (yang mendakwa kematian 53 orang lanun Sulu di Sabah adalah satu pembohongan oleh kerajaan), dengan niat untuk menghasut rakyat Malaysia supaya hilang keyakinan terhadap keupayaan pasukan keselamatan menghapuskan ancaman lanun-lanun tersebut.

lahad-datu-mayat-pengganas1

Tapi jelas kelihatan, cubaan halus CheguBard itu ditolak sepenuhnya oleh rakan Facebooknya sendiri yang tidak segan silu menempelak bekas guru tersebut sebagai tidak patriotik dan hanya menjatuhkan maruah bekas-bekas guru yang lain kerana keterlaluan mempolitikkan perkara sensitif yang tidak perlu dipolitikkan.  Dikala ada rakyat Malaysia di Sabah yang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing untuk menyelamatkan diri dan keluarga, CheguBard lebih berminat bersekongkol dengan Nur Misuari dengan menyebarkan maklumat tidak berasas.

Untuk menambah perit kepada masa depan politik CheguBard, kerajaan hari ini membenarkan pihak media untuk mengambil gambar mayat 22 lanun Sulu yang ditembak mati anggota pasukan keselamatan sebelum ini.  Mayat-mayat itu hanya berjaya dibawa keluar semalam (Ahad) selepas pasukan keselamatan berjaya memasuki lokasi tempat mayat-mayat itu berada.

Ia ibarat malang berganda untuk CheguBard,  Tapi seperti biasa, najis berat seperti dia ini bukan berminat kepada kebenaran, sebaliknya bagaimana nak memutar belit keadaan supaya rakyat tidak cenderung keterlaluan menyokong kejayaan pasukan keselamatan dan seterusnya memberi potensi yang amat cerah untuk BN menang.

Rakyat perlu ingat, inilah orangnya yang bermimpi besar untuk membentuk kerajaan di peringkat persekutuan.  Rakyat perlu tolak orang seperti ini dan menunjukkan kepada mereka pintu keluar dalam pilihanraya umum akan datang.  Golongan keparat seperti ini perlu diingatkan batas-batas dalam berpolitik, jangan sampai melepasi sempadan yang ditetapkan.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.