Jumaat, 15 Mac 2013

Demi Kepuasan Anwar, PKR Tetap Mahu Politikan Isu Lahad Datu

    10:00:00 PG   4 comments

Ghafir-Abdul-Hamid-pkr-lahad-datu

Kenyataan bekas timbalan tentera, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid mendakwa seolah-olah kerajaan cuba mempolitikkan isu pencerobohan ini dan dilihat gagal menekankan keselamatan negara jelas membuktikan dirinya pengkhianat negara.

Sepatutnya selaku veteran bekas timbalan tentera yang sudah lama berkhidmat dan menabur bakti demi mempertahankan tanahair yang tercinta ini, Abdul Ghafir seharusnya berfikiran rasional dan matang memberi teguran dan nasihat membina.

Tindakan beliau menuding jari menyalahkan kerajaan sewenang-wenangnya secara tidak langsung memperlihatkan kedangkalan serta sifatnya bermotifkan dendam kepada kerajaan semata-mata.

Selepas menyertai PKR baru-baru ini, tindak tanduk serta kenyataan juga jelas mencerminkan watak peribadi Abdul Ghafir yang sebenar iaitu seorang yang rakus, tamakan kuasa serta pangkat, kemungkinan namanya tersenarai sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR semalam, bekas timbalan tentera, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid berkata kegagalan pasukan perisikan negara mengesan kemasukan penceroboh Selatan Filipina di Lahad Datu menyebabkan anggota keselamatan negara terkorban.

Menurutnya, insiden pencerobohan di Sabah dapat dikekang lebih awal sekiranya pasukan itu memberi tumpuan kepada keselamatan negara berbanding isu tempatan.

Beliau yang kini ahli PKR mendakwa Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) lebih memberi tumpuan kepada isu politik tempatan berbanding mendapatkan maklumat mengenai ancaman luar.

"Saya ingin menegaskan disebabkan kegagalan ini, kebertanggungjawaban itu tidak boleh diambilkira, kalau kita semua rasa kalau ini yang perlu dijelaskan, mereka perlu jelaskan," katanya kepada pemberita.

Mengulas lanjut, Abdul Ghafir selain itu mendakwa seolah-olah kerajaan cuba mempolitikkan isu pencerobohan ini dan dilihat gagal menekankan keselamatan negara.

"Kita tidak sepatutnya...arahan politik diberikan, sepatutnya ada arahan yang jelas datang daripada operasi, politik tidak boleh masuk campur dalam urusan keselamatan negara," katanya yang merujuk kepada Amerika Syarikat yang tegas dalam soal keselamatan dan ketenteraan.

Difahamkan, Kerajaan melancarkan Ops Daulat pada 2 Mac lalu setelah beberapa anggota keselamatan negera terbunuh dalam serangan hendap di Kampung Tanduo.

Setakat ini seramai 57 orang penceroboh bersenjata Sulu yang diketuai oleh Agbimuddin Kiram berjaya dibunuh manakala 9 anggota keselamatan terkorban.

Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai Sultan Sulu menuntut hak sebahagian daripada Sabah.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengingatkan agar pemimpin pembangkang tidak membuat andaian berhubung tindakan yang dilakukan oleh tentera dan polis terhadap kumpulan penceroboh tersebut.

Najib menyelar pihak tertentu terutama pemimpin pembangkang yang mendakwa tindakan mempertahankan kedaulatan negara dari peceroboh bersenjata Sulu sebagai 'sandiwara UMNO'.

Polis beri amaran individu hina, persenda pasukan keselamatan negara dikenakan tindakan undang-undang

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran terhadap individu atau pihak yang menyebar dan membuat sebarang ulasan negatif mengenai tindakan pasukan keselamatan negara.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam, Khalid menegaskan arahan telah dikeluarkan supaya mengesan individu yang mengeluarkan kenyataan yang mencerca dan menghina tindakan pasukan keselamatan kita ini.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua memperlekehkan pasukan keselamatan negara yang sedang bertarung nyawa untuk hapus penceroboh bersenjata Sulu.

"Ini satu perbuatan yang amat keji. Jadi saya minta hentikan sebarang 'statement' yang menghina, mempersenda dan memperlekeh apa jua tindakan keselamatan negara kita kerana kita akan menjejaki mereka sehingga dapat," katanya.

Jelasnya, polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau semua laman web dan media sosial bagi mengenal pasti mereka yang terlibat.

Susulan itu, Khalid memberitahu polis sudah membuka dua kertas siasatan berhubung perbuatan memperlekeh pasukan keselamatan

Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Peguam Negara bagi menentukan tindakan berdasarkan undang-undang yang akan dikenakan terhadap mereka yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan itu.

"Biar kita berunding dahulu dengan pihak Peguam Negara untuk siasat kes ini di bawah Seksyen 130 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012) dan Kanun Keseksaan," katanya.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
4 ulasan:
Write comments
  1. Duit upfront dah dapat , bos sedang perhatikan dibelakang dan kalau terpikat maka akan bakal bertanding di PRU 13

    BalasPadam
  2. KERANA DUIT,APA PUN SANGGUP..DIA AKAN DAPAT BALASAN DIA..HIDUP PUN DH TAK LAMA..KALAU TAK SEMPAT BERTAUBAT,PAHAM2 JE LA..KENAPA LA MALAYSIA ADA RAMAI WARGANEGARA PENGKHIANAT MCM NI..DUNIA NK KIAMAT..

    BalasPadam
  3. PKR dah tak berani ambil calon tangkap muat sprt PRU12 lepas..

    Orang2 yg ada ada title dan pengaruh bakal dipilih Anwar untuk jadi calon walau tiada pengalaman lansung dlm politik.

    Yang lebih malanh ialah, balaci2 PKR yg sanggup buat apa saja sejak sekian lama, tapi tak diberi apa2 penghargaan apatah lagi jadi calon

    BalasPadam
  4. Kesian dia General gafir nih!...tak pernah rasa perang bebeno...Cuma tau perang dalam bilik pakai pistol je....kesian dia

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.