Khamis, 14 Mac 2013

Tipu Jumlah Pengundi, Khalid Ibrahim Kantoi Lagi Dengan SPR

    12:13:00 PG   No comments

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya mengemukakan senarai pengundi yang didakwanya mencurigakan atau maklumat yang diperolehinya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan pilihan raya akan datang berjalan dengan telus dan lancar.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata Abdul Khalid tidak sepatutnya bertindak menyebarkan maklumat yang diperolehnya melalui sebuah akhbar di negeri itu kerana tindakan itu boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penduduk Selangor.

"Tujuannya (mengemukakan senarai atau maklumat kepada SPR) supaya SPR dapat membuat semakan atau siasatan lapangan dan seterusnya menyediakan fakta serta penjelasan untuk pengetahuan menteri besar Selangor," katanya menerusi satu kenyataan, Rabu.

Akhbar tempatan SelangorKini edisi 8-15 Mac menerusi artikel bertajuk 'Projek Pendemokrasian Bongkar Pengundi Lebih Ramai Daripada Penduduk' mendakwa projek itu mendapati ada kawasan dewan undangan negeri mempunyai jumlah pengundi lebih ramai daripada penduduk.

Berhubung dakwaan pengundi lebih ramai daripada penduduk di daerah mengundi (DM) Bestari Jaya Utara dalam kawasan dewan undangan negeri (DUN) Ijok, beliau berkata DM itu tidak terhad dalam kawasan pekan Bestari Jaya sahaja malah merangkumi 18 lokaliti.

"Laporan itu yang memetik kenyataan menteri besar Selangor, dipercayai merujuk kepada kawasan Bestari Jaya Utara yang dikatakan mempunyai penduduk sekitar 1,788 orang sahaja sedangkan jumlah pengundi dalam daftar pemilih merujuk kepada jumlah pemilih merangkumi 18 lokaliti dalam DM Bestari Jaya Utara.

"Berdasarkan daftar pemilih sehingga Disember 2012, jumlah pemilih bagi DM Bestari Jaya Utara ialah 3,558 orang. Berlaku peningkatan 1,317 pemilih berbanding semasa Daftar Pemilih Induk (DPI) tahun 2006 disebabkan pertambahan sembilan lokaliti baharu," katanya.

Kamaruddin berkata artikel itu tidak benar dan bertujuan mengelirukan orang ramai untuk tujuan kepentingan politik semata-mata serta menyarankan kepada orang ramai supaya merujuk kepada SPR sekiranya mempunyai perkara yang tidak jelas mengenai pilihan raya.

Beliau berkata undang-undang telah memberi ruang kepada pihak yang mencurigai kemasukan nama pemilih di sesuatu bahagian pilihan raya untuk membuat bantahan semasa SPR mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi setiap suku tahun. - BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.