Wahai rakyat Selangor yang dikasihi, cuba kita ingat kembali sepanjang lima tahun lepas semasa Pakatan Pembangkang (PKR, DAP & PAS) mentadbir negeri anda, berapa banyak jumlah rumah mampu milik yang dirancang dan dibina untuk rakyat oleh kerajaan negeri?
Jawapannya, tiada sebuah pun rumah mampu milik dibina oleh kerajaan Pakatan Selangor selama permerintahanya. Yang dibina oleh mereka ialah rumah mewah untuk orang kaya dan juga warga asing yang banyak duit, contohnya projek kondo super mewah Datum Jelatek.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Dato Sri Najib telah terbukti mampu melaksanakan segala janjinya disepanjang empat tahun beliau menjadi Perdana Menteri. Ini kali lah..masanya buat rakyat Selangor untuk melakukan perubahan. Apa yang ditawarkan oleh BN Selangor dalam akujanjinya bukan satu omongan kosong seperti mana manifesto Pakatan Pembangkang. Ia adalah satu janji yang akan ditepati,
Sekarang peluang sudah terbentang, bukan senang hendak memiliki rumah sendiri pada waktu ini terutamanya di negeri Selangor yang semakin berkembang maju walau ia hanya sekadar rumah mampu milik. Buatlah pilihan yang tepat dan jangan mengulangi kesilapan lepas dengan mengundi Pakatan Pembangkang.
PAKATAN GAGAL DI SELANGOR. CUKUP SEPENGGAL..... PENGUNDI SENYAP AKAN MEMANGKAH BN KALI INI...
BalasPadam