Jumaat, 19 April 2013

PRU13: Hari Penamaan Calon, Jangan Bagi Lawan Menang PERCUMA!

    10:18:00 PG   4 comments

pru13-undi

Biarpun negara kita sudah menghadapi banyak kali pilihanraya tidak kira pilihanraya kecil atau umum, suka diingtakan kepada calon-calon yang bertanding pada PRU13 nanti tidak melakukan kesilapan mudah samasa hari pedaftaran esok sekaligus memberi kemenangan PERCUMA pada pihak lawan.

Walaupun ada sebilangan calon yang sudah banyak kali bertanding dan faham tentang selok-belok aturan pilihanraya namun kesilapan-kesilapan kecil ini tidak mustahil boleh berlaku disebabkan oleh faktor kelalaian calon itu sendiri dalam membuat persediaan.

Cuba elakkan perkara remeh seperti ini dari berlaku semasa hari penamaan calon. Bagi penyokong parti pula perlu diingatkan supaya tidak melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak SPR dan jangan buat perkara yang tidak senonoh dan merugikan parti.

Untuk mengingatkan kembali pada para calon dan penyokong parti tentang tataetika pilihanraya, di bawah ada disediakan beberapa maklumat penting yang perlu diteliti dan difahami supaya semasa hari penamaan calon nanti segala proses yang perlu berjalan dengan lancar.

P/S: Jangan lupa bawa butiran pengenalan diri seperti kad pengenalan, borang pendaftaran, dan wang pertaruhan yang cukup, pastikan juga PENCADANG dan PENYOKONG berada dalam keadaan sihat dan waras.

Tataetika Pilihan Raya

Hari Penamaan Calon.

Perarakan Calon dan penyokong-penyokong ke Pusat Penamaan Calon pada Hari Penamaan Calon sama sekali TIDAK DIGALAKKAN. Bagaimanapun, jika Perarakan perlu juga diadakan, maka Pihak Penganjurnya hendaklah mematuhi peraturan berikut:

1. Mengikut prosedur & arahan yg ditetapkan oleh SPR & PDRM semasa berkumpul dan berarak ke Pusat Penamaan Calon

2. Tidak mengadakan apa-apa Ucapan @ Ceramah semasa berarak @ berkumpul

3. Tidak menggunakan alat muzik @ pembesar suara semasa berarak @ berkumpul

4. Tidak memasuki sempadan jarak 50 meter @ di dalam mana-mana jarak kawasan dari Pusat Penamaan Calon tertentu yg ditetapkan oleh SPR

Hanya Calon, Pencadang dan Penyokong Penamaan Calon serta mana-mana orang lain yg diberi kebenaran oleh SPR boleh memasuki Bilik Penamaan Calon

Kumpulan Penyokong Calon yg ditetapkan jumlahnya oleh SPR dibenarkan berada di dalam kawasan Jarak 50 meter dari Sempadan Pusat Penamaan Calon iaitu di Tempat Khas yg disediakan oleh SPR

Selamat bertanding dan mengundi untuk semua..

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
4 ulasan:
Write comments
  1. SELAMAT BERJUANG BN

    SEMOGA BEROLEH KEMENANGAN YANG GILANG GEMILANG

    BalasPadam
  2. Harap benda ni tak terjadi.Penat berjuang last2 pihak lawan yg dpt menang percuma..

    BalasPadam
  3. PR lawan jgn tak lawan. Sama sama kita berjuang melawan keridakadilan social dinegara tercinta ini

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.