Rabu, 8 Mei 2013

Calon PAS Nak Jadi MB Selangor...Layak Ke?

    5:57:00 PTG   17 comments

pas-pkr-dap-pakatan-haram

Siapa yang akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor sehingga kini terus menjadi tanda tanya lebih-lebih lagi selepas Pengerusi PR Selangor, Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan keputusan muktamad mengenai perkara itu hanya akan diketahui dalam tempoh seminggu.

Kenyataan bekas MB Selangor itu memberi satu makna jelas mengenai ketidaksepakatan yang sedang dihadapi PR tika ini dalam menentukan calon yang sesuai untuk jawatan MB selain mengesahkan berlakunya perebutan jawatan itu sesama rakan sepakatan.

Tika ini perebutan jawatan itu berkisar antara PKR sesama PKR melibatkan Khalid dan Azmin Ali, di masa yang sama PAS pula menuntut hak ke atas jawatan MB berasaskan kelebihan yang mereka miliki berbanding PKR.

Dari segi kedudukan, Khalid kelihatan mempunyai peluang untuk mengekalkan jawatan tersebut sekiranya mendapat sokongan Azmin, bagaimana pun realiti yang berlaku tidak semudah itu kerana Azmin juga agak kemaruk untuk merasai keempukan kerusi MB Selangor.

Dalam PRU-13 yang baru berlalu, PR berjaya meraih kemenangan di 44 kerusi DUN dari 56 yang dipertandingkan di mana 15 dimenangi oleh PAS, diikuti DAP 15 sementara PKR pula hanya berjaya mempertahankan 14 kerusi DUN. Manakala BN pula hanya menang di 12 kerusi DUN.

Dari konteks ini jelas sekali, jawatan MB lebih layak disandang oleh pemimpin PAS. Tambahan pula PAS mempunyai kelebihan tersendiri kerana semua 15 wakilnya adalah Melayu Islam berbanding PKR yang hanya 9 orang sahaja terdiri dari pemimpin Melayu Islam.

Pun begitu, DAP selaku regu utama PKR tentu sahaja tidak akan membiarkan jawatan MB jatuh ke tangan PAS kecualilah terdapat seorang calon dari PAS yang mudah dicucuk hidungnya sama seperti bekas MB Perak, Nizar Jalamaluddin barulah mereka akan menerimanya dan memberi sokongan padu.

Berikutan polemik yang berlaku, sudah ada ura-ura di kalangan pemimpin PAS Selangor mengugut untuk menarik diri dari PR seandainya wakilnya tidak dilantik sebagai MB. Jika itu menjadi kenyataan, maka baik Khalid mahu pun Azmin Ali akan gigit jari sendiri.

Menyedari keributan yang berlaku mungkin memudaratkan PR maka Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali segera memberi jaminan PAS tidak akan menuntut jawatan tersebut dari PKR meskipun di masa yang sama gerakan sulit untuk memastikan jawatan MB dimiliki wakil PAS terus berjalan.

Apa yang pasti, keributan yang berlaku di Selangor sekarang ini tidak hanya akan menguji sejauh mana kesepakatan PR, ia juga akan menjadi tanda aras untuk PAS Selangor dalam menonjolkan kepentingan mereka dalam menentukan percaturan politik negeri terkaya di Malaysia ini.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
17 ulasan:
Write comments
  1. Biar Adun PAS jadi MB baru Selangor....Biar dia tutup kilang Carlsberg.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak berani la. aci potong kote la kalau dia buat

      Padam
  2. Take beer, take beer, take beer

    BalasPadam
  3. PAS NI DUNGU BETUL.
    NAK MENANG ELECTION BERIA IA.
    DAH MENANG TAKUT NAK JADI MENTERI BESAR ! Kan BANGANG NAMANYA.
    Pas doa JAHANAMKAN umno, SEKARABG PAS DAH JADI BANGANG !!! BERKAT doa ,!

    BalasPadam
  4. Berikan peluang kpd PAS utk terajui Negeri Selangor. Selama ini setiap hari selepas solat pasti ada tazkirah berkait dgn politik dan pentingnya perjuangan menegakkan Undang2 Islam di Selangor khususnya. Sekarang lah masanya utk PAS buktikan

    BalasPadam
  5. Sultan Selangor yang akan tentukan siapa layak jadi MB Selangor,Azmin boleh mimpila ,Sultan tak berkenan walau di cadang.Kemungkinan PAS kerana Sultan mahu Islam diperkasakan.

    BalasPadam
  6. CALON PAS ADALAH LAYAK. TAPI INI AKAN MENYEKAT ,ARAK, RUMAH URUT, NO EKOR, ROKOK, KELAB2 MALAM, HIBURAN2 ANTARABANGSA...BANYAK LAGI. JUGA MEMBANTUTKAN KEMAJUAN HUDUD.

    BalasPadam
  7. patut la dia cantas hasan ali awal2. takut dia naik jadi mb. nak tgk jugak perkongsian kuasa depa semua ni.
    tutup kedai nombor yeehaa!!
    tutup rumah urut!!
    siasat skali pengundi hantu made in china doll!!
    ntah2 lagi banyak dari bangla.

    BalasPadam
  8. ni le contoh PR tak layak perintah Malaysia, ni baru Selangor kalau Malaysia tak tau berapa lama nak pilih PM.

    Tak beraninya PAS nak buat Hudud, rampas arak pun kena pulang balik, ha ha ha.

    BalasPadam
  9. Suatu hari di Istana Selangor:
    PKR: Mohon perkenan Tuanku untuk manabalkan YB Azmin sebagai Menteri Besar, ampun Tuanku.
    Sultan: Beta tidak setuju, kerana YB Azmin akan memajukan negeri ini dgn industri ais krim, next.
    PAS:Mohon perkenan Tuanku untuk manabalkan YB Khalid Samad sebagai Menteri Besar, ampun Tuanku.
    Sultan: Beta tidak setuju, kerana YB Khalid akan membina lebih byk gereja, next.
    DAP:Mohon perkenan Tuanku untuk manabalkan YB Teresa Kok sebagai Menteri Besar, ampun Tuanku.
    Sultan: Baiklah beta benarkan asalkan YB Kok masuk Islam.
    DAP:@#$%$#@#$%

    BalasPadam
  10. Saya cabar Pas ambil alih jawatan itu.
    Tunjukkanlah yang kamu Islam!

    BalasPadam
  11. PAS boleh jadi MB Selangor dengan syarat kena bagi lah 5,000 ekar tanah Kelantan kat DAP lagi. Hahaha..... lepas tu jadi boneka je la.

    BalasPadam
  12. PAS memang layak pegang MB Selangor .... tapi berani kah mereka pegang jawatan tu ...nanti dituntut oleh ahli2 PAS buat hudud, tutup lesen judi, urut dan arak ....yang nyata mereka tak mampu laksanakannya walaupun dah berkuasa ....mereka hanya pandai cakap dan memperbodohkan ahli2 mereka sahaja yang ternyata bodoh juga ...kita tengok sapa yang dominan dalam PAKATAN HARAM ni ....PAS sekarang dalam dilema ...Mustapa Ali awal2 lagi tak mahu masuk perangkap dan serah jawatan MB kat PKR ... soalannya sekarang macamana PAS nak menegakkan syariat Islam melalui kerjasama dengan PR ni .. ? Tuhan dah tunjuk tembelang PAS ... Kita tunggu dan lihat sapa yang kene ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju pandangan tuan Anon 9:04pm..
      Ini kali la TUNJUKKAN Tahalluf Siyasi sebenar... Ajaran Islam sebenar3nye

      Padam
  13. Perancangan tuhan sungguh cantik ... PAS 15 DAP 15 PKR 14 .... Soalannya siapa MB Selangor ? Itu lah hikmahnya Selangor tetap dalam genggaman PR ... Hj. Hadi / Nik Aziz pening ... Karpal Singh pun bingung juga ... Anuwar ? dia tak kesah dia nak jadi PM je ....tak jadi jadi pensyarah..nak PM juga ...

    BalasPadam
  14. Kawan aku 2 org bdk Pas (takat ni la yg duk post dlm FB) apa ke bangang ntah sokong khalid gagap kekal MB. Mmg pas skrg ni terlalu lembik. Konon nak tjk bertolak ansur sgt terutama dgn Dap. Tapi dgn Umno sanggup diludah. Kalau dptt Federal nescaya diaorg pun tak kisah anwar or Lks jadi PM.

    BalasPadam
  15. Kita ahli2 dan pengundi PAS memohon Tuanku Sultan Selangor melantik calon PAS sebagai Menteri Besar Selangor atas sebab2 berikut:

    1. PAS menang lebih banyak kerusi dari PKR bermakna rakyat Selangor memberi lebih sokongan kepada PAS.

    2. Calon PKR dah lima tahun jadi MB dan banyak masalah dalam Selangor yand tidak dapat diselesaikan.

    3. Banyak premis maksiat didirikan di Selangor.

    4. Pentadbiran cara Islam lebih baik dan adil bagi semua peringkat masyarakat dan PAS adalah calon dan pentadbir terbaik.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.