Selasa, 14 Mei 2013

Hisham! Sampai Bila Nak Menumpang Tuah Sepupu?

    11:48:00 PG   2 comments

kerismudin-tumpang-tui-najib

Bila sebut sahaja nama Hishamuddin Hussein pasti ramai yang mencebik bibir, menjelir lidah sambil menunjukkan jari tengah apabila mengenang kembali bertapa lemah lembutnya tindakan bekas menteri KDN itu dalam menangani isu rakyat berbangkit terutama sekali hal yang berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraman awam.

Gelombang penolakan terhadap Hishamuddin untuk jawatan menteri kabinet yang melibatkan kepentingan rakyat terbanyak semakin kuat bagai sudah tidak boleh dibendung lagi. Disaat artikel ini ditulis, difahamkan Najib Razak masih lagi berdegil mahu sepupunya itu kekal sebagai Menteri Dalam Negeri.

Segala penolakkan dan rasa menyampah yang dizahirkan kepada bekas menteri KDN ini disebabkan oleh 'kelembutanya' dalam menyelesaikan beberapa isu penting yang penah berlaku sepanjang lima tahun lepas beliau menyandang jawatan tersebut. Bermula dengan siri perhimpuan Haram BERSIH hinggalah isu pecerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah yang didalangi oleh Pakatan Pembangkang.

Cukup-cukup lah setakat di sini sahaja, Hisamuddin menjawat jawatan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, jangan di 'extend' selama lima tahun lagi. Rakyat memerlukan seorang menteri KDN yang tegas dan sentiasa bersedia berdepan dengan cabaran semasa.

Sekiranya Najib masih lagi berdegil mahu sepupunya itu terus kekal dengan jawatan kabinet yang disandangnya penggal lepas. Percaya lah, karier politik Najib Razak sebagai Perdana Menteri akan berkahir dengan lebih cepat dari apa yang kita semua sangkakan.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

2 ulasan:
Write comments
  1. PM Najib serba salah, bak luah mati emak, ditelan mati bapak. Saya ada satu syor, apa kata memandangkan si Hishamudin terlalu berdiplomasi, PM Najib jadikan dia seorang diplomat bertaraf Menteri. Jadi dia tidak lagi menyibuk dgn urusan negara.

    BalasPadam
  2. Selagi PM Najib tidak menghakis bayangan Tun Dol, selagi itulah apa yang diusahakan oleh PM Najib akan menemui kegagalan. Sebabnya,,,,, Tun Dol lah yang menyebabkan kestabilan kerajaan UMNO/BN menjadi rapuh dek pentadbiran tidak bermaya dan sering tidur di parlimen. Kejayaan besar PRU 11 (2004) adalah usaha Tun Mahathir sebelum beliau meletakkam jawatan. Tapi Tun Dol mendabik dada seolah-olah beliaulah yang mencetuskannya. PRU 12 membuktikan kegagalan dan kelemahan kepimpinannya. Kini jika PM Najib 'never learn from good lesson' ada kemungkinan UMNO akan melalui arus perubahan sekali lagi seperti pada tahun 2009. Awak-awal lagi Tun Mahathir sudah memberi peringatan akan bahaya 1M dan sekolah pendidikan Cina. Kini terbukti budi PM Najib dan duit kerajaan habis begitu saja tanpa pulangan akibat pengkhianatan orang Cina dan sebahagian Melayu Pluralisme dan Lebai-lebai bahlul. Tun Mahathir negarawan ulung sejati.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.