Khamis, 23 Mei 2013

Langgar Akta Bafia, Mari Kita Doakan Semoga Rafizi Cepat Masuk Penjara

    9:31:00 PTG   9 comments

rafizi-lembu-penjara-yahoo

Wak J: Tak lama lagi Parlimen Pandan bakal berlaku pilihanraya kecil. Semua ini akan menjadi kenyataan setelah rayuan yang dibuat Rafizi di mahkamah telah ditolak oleh ketiga-tiga anggota hakim Mahkamah Rayuan.

Malang sungguh nasib yang menimpa Rafizi, belum pun puas menikmati rasa seronok menjadi wakil rakyat, terpaksa pula berdepan dengan pertuduhan pecah amanah kerana melanggar Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia).

Kesalahan yang dilakukan Rafizi bukanya kecil-kecil anak. Jika didapati bersalah boleh didenda sebanyak RM3 juta dan di penjara. Bukan setakat itu sahaja, gelaran selaku ' Yang Berhormat' yang baru dimenanginya pada PRU13 lepas turut terlucut.

Mahu tak mahu Rafizi terpaksa berdepan dengan kenyataan bahawa dirinya bakal didapati bersalah dan meringkuk di dalam penjara disebabkan oleh kebodohan sendiri kerana ingin menambat hati bosnya iaitu Anwar Ibrahim.

Nah! Sekarang terimalah padahnya. Sesiapa sahaja yang membontoti Anwar pasti masa depan akan menjadi gelap segelapnya. Sebab itu lah hampir 90% orang kuat PKR yang sama-sama berjuang untuk Anwar masa zaman reformasi dulu segera meninggalkanya setelah tahu siapa sebenarnya manusia yang digelar 'Anugerah Tuhan' ini.

PUTRAJAYA - Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen bagi tuduhan melanggar Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) kerana didakwa mendedahkan maklumat sulit perbankan berkaitan isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonannya untuk mengetepikan tuduhan itu.

Panel tiga anggota yang dipengerusikan Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali berkata rayuan itu tidak mempunyai merit.
"Dakwaan bahawa tuduhan itu bercanggah dengan dasar awam tidak mempunyai bukti," katanya.
Apandi juga memerintahkan perbicaraan kes ini dipercepatkan kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Kes ini akan disebut di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 10 Jun.

Pada pendengaran rayuan itu hari ini, peguam R.Sivarasa, yang mewakikili Rafizi, berkata tuduhan terhadap anak guamnya itu patut diketepikan atas alasan ia bercanggah dengan dasar awam.

Katanya pendakwaan terhadap Rafizi, 37, atas tuduhan melanggar Bafia adalah bersifat menindas dan menyalah guna proses mahkamah, manakala pendakwa raya pula mempunyai niat jahat apabila mendakwanya.

Apandi memberitahu Sivarasa bahawa pendakwa raya, yang juga Peguam Negara, diberi kuasa budi bicara di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Katanya walaupun mahkamah itu mempunyai kuasa, termasuk di bawah Kanun Aturcara Jenayah, untuk mengetepikan tuduhan, tetapi ia mestilah bagi keadaan khusus dan tertentu sahaja.

Timbalan Pendawka Raya Nahra Dollah tidak memberi sebarang hujah secara lisan tentang kenyataan panel itu bahawa mereka telah membaca hujah bertulis yang dikemukakan pihak pendakwa dan Rafizi.

Pada Ogos tahun lepas, Rafizi dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mendedahkan empat dokumen mengandungi profil pelanggan Public Bank berhubung ringkasan imbangan NFC, National Meat and Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Beliau didakwa mendedahkan dokumen itu kepada perunding media Yusuf Abdul Alim dan pemberita akhbar 'The Star', Erle Martin Carvalho di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Merchant Square, Petaling Jaya pada 7 Mac tahun lepas.

Pada 10 September tahun lepas, Rafizi, yang juga pengarah strategi PKR, memfailkan permohonan untuk mengetepikan tuduhan itu.

Apabila permohonan itu ditolak Mahkamah Tinggi pada 23 November tahun lepas, beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Sivarasa memberitahu pemberita pihaknya akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan itu. - Bernama

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
9 ulasan:
Write comments
  1. Semua salah UMNO ni.... seekor akauntan tak reti ape itu BAFIA.. kesian kat beruk yang dah berjaya jadi wakil rakyat tu, lepas ni boleh jadi wakil beruk dalam penjara. Tapi jaga-jaga sama bontot putih mulus tu ye berok Rapussy....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jahat betul UMNO ni!...sian kat Fizi, baru nak siok-siok jadi YB..potong stim betul..puiiii

      Padam
  2. Si Mat Jambu tu kena ok la sebab dia dibiayai oleh Nuar brahi tapi mangkok kat sebelah diat staff bank..masa ni ok la nuar boleh bantu lagi tapi bila dijatuhkan pertuduhan dan disabitkan kesalahan..sape yang menanggung azabnya..sendiri mau ingat laa..

    BalasPadam
  3. elok sangat dipenjarakan secepat mungkin,nanti dalam jel mane tau leh bersama ketuanya sekali dlm kes liwat pulak,ada la teman tido sebantal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anwar bukan dalam jel lagi masa tu..tapi dah kat dlm kubur...punca kematian sebab jadi dalang insiden pencerobohan Lahad Datu...

      Padam
  4. KALI INI KAU TAK BOLIH LEPAS LAGI WAHAI JAMBU ANUAR ORG YG MENGUNDI KAU SEMUA NYA BUTA TAK TAHU NAK PILIH YG AMANAH DAN TAK AMANAH RAFIZI NI PECAH AMANAH TETAP PANGKAH DIA KAN BUTA NAMA NYA.

    BalasPadam
  5. PATUTLA RAPUSSY BUAT COLLECTION MASA PILIHANRAYA HARITU NAK COVER DUIT 3 JUTA TU MMG RECORDLA MCM NI. PATUTLA REZEKI DKT PETRONAS KAU TAK BERSYUKUR NAK JUGA IKUTKAN NUAR BERAHI TU. RAPUSSY2 INGATKAN CERDIK&BIJAK RUPANYA BANGGANG & BODOH KENA TIPU DGN BAPAK SEGALA PENYAMUN&PENIPU. BAGUSLA PENYANGGAK BERKAWAN DGN PENYAMUN. NASIB BADANLA CAKAP MMG PANDAI TAPI DALAM PELAKSANAAN BODOH KETEGAR. ADE OTAK PAKAI JGN LETAK DKT BLKG NUAR&PUSSY..

    BalasPadam
  6. TULA LAIN KALI JGN SUKE2 BUKAK AIB ORG LAIN DGN FITNAH.SKRNG DG KUASA ALLAH SWT DH KENE BALIK..GARA2 SUKE BUAT FITNAH SANA SINI!NXT TIME GUNE OTAK NK BUAT SESUATU,BKN LUTUT..KECIK2 X NK MAMPOS.DH TUA2 NYUSAHKN ORG LAIN!kata ahmad nisfu dlm cite seniman bujang lapok!

    BalasPadam
  7. APA CITE BAFIA LAMA LAGI? SI RAPUSSY NI SIBUK2 DGN NUAR GILA TAK SUDAH2. PCYA NUAR LEBIH DARI PADA MAK BAPAK DIA. NI LAH ANTARA ORG MELAYU YG DAPAT KESENANGAN DARI KEJAYAAN ORG MELAYU DARI KECIL HINGGA BESAR. TAPI BILA DAH BESAR KHIANAT PADA AGAMA, BANGSA & NEGARA KERANA WANG YG DIJANJIKAN OLEH ORG ASING. TAPI YG PELIK ORG YG DISANGKA BIJAK BOLEH PERCAYA PENIPU AGAMA, BANGSA & NEGARA NUAR BERAHI. NUAR BERAHI JGN INGAT ORG MELAYU BODOH KERANA SOKONG MU. SEBAB MEREKA TAK SEDAR YG MU TIPU MEREKA SETELAH MEREKA SEDAR TGKLAH APA YG BAKAL DILAKUKAN OLEH MEREKA NANTI.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.