Sabtu, 25 Mei 2013

Fitnah Sudah..Hasut Pun Sudah..Apa Lagi Kerja Syaitan Pembangkang Tak Pernah Buat?

    11:35:00 PG   1 comment

Blackout-lakonan-pembangkang

Fitnah dan Pakatan Pembangkang boleh diibarat seperti isi dan kulit dan kini fitnah tersebut sudah sebati dengan jiwa pemimpin dan penyokong mereka.

Tanpa fitnah, persepsi jahat atau provokasi melampau yang direka sudah pasti Pakatan Pembangkang sudah lama berkubur dan hanya akan dikenang dalam lipatan buku sejarah negara.

Mereka boleh bertahan hingga sekarang disebabkan kerana perancang kepada segala fitnah ini masih lagi bernyawa dan sedang gila meroyan hendak jadi Perdana Menteri dengan perhimpunan 'Blackout' yang dianjur oleh balaci-balacinya.

Selepas tamat PRU13, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menjadi mangsa utama fitnah Pakatan Pembangkang dan juga bahan hentaman penyokong mereka di laman sosial kerana tidak dapat menerima hakikat kekalahan di tangan Barisan Nasional (BN).

Namun segala fitnah yang dilancarkan terhadap SPR berjaya dipatahkan satu persatu dengan fakta serta hujah yang cukup menyakinkan. Antara fitnah yang sedang disensasikan Pembangkang sekarang berkenaan kisah kejadian lampu padam atau 'blackout' ketika waktu pengiraan undi.


Setelah disiasat, rupa-rupanya tak ada satu pun tempat mengundi di seluruh negara mengalami kejadian 'blackout' seperti yang diftnah Pembangkang walau disertakan foto seperti di atas sebagai 'bukti' untuk memburuk-burukan SPR. Namun ia terkantoi sekali lagi kerana foto tersebut disahkan palsu dan kejadian 'blackout' yang berlaku itu telah dirancang sebelum hari pengundian lagi.

Sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam atau blackout dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang tidak berasas dan sengaja direka-reka.

Biarpun Pakatan Pembangkang sering dibantu pihak Yahudi untuk merekasaya fitnah, tetapi rancangan mereka hanya berjaya setakat sekerat jalan sahaja kerana kurang membuat 'kerja rumah' dan kini terpakasa mencipta lebih banyak fitnah supaya terus kekal relevan dalam dunia politik tanah air. Usaha lagi ok!

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. Sesi belajar dgn Iblis, ketika dia menggoda Adam a.s. dan isterinya, Tuhan pun difitnahnya mempunyai tujuan buruk melarang keduanya menghampiri pohon terlarang agar keduanya tidak menjadi golongan yg kekal, kemudian dihasut keduanya sehingga keduanya melanggar larangan Tuhan dan menjadilah mrk menzalimi diri sendiri dan terusir. Umat Islam seharusnya mengambil iktibar dr peristiwa peristiwa lalu agar tak mudah tertipu dgn bisikan, godaan dan hasutan Iblis, syaitan dan golongan yg terpengaruh dgn mrk, sehingga menjadi golongan yg merugi dan menzalimi diri sendiri.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.