Rabu, 29 Mei 2013

Ramai Betul Yang Dengki Dan Benci Dengan Pasukan JDT..Kenapa Ya?

    10:25:00 PTG   5 comments

harimau-selatan-logo
Wak J: Menurut berita tv tadi memaklumkan perlawanan timbal balik antara pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Pahang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil setelah perlawanan di Stadium Darul Makmur beberapa hari lepas ditunda akibat insiden yang tak diingini.

Wak tak mahu mengulas berkenaan insiden tersebut kerana wak percaya anda semua dah tahu siapa yang menjadi punca utama menyebabkan insiden tersebut berlaku. Jangan salahkan kucing pula kerana berak tengah padang.

Memandangkan perlawanan antara Johor dan Pahang akan berlangsung di Bukit Jalil dan ia merupakan kali pertama wak dapat menyaksikan perlawanan tersebut secara live depan mata, dengan itu wak nak ajak seluruh fans JDT yang tinggal di sekitar Lembah Klang turun beramai-ramai memberi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada pasukan JDT.

Tapi sebelum tu anda baca dahulu luahan hati TMJ terhadap mereka-mereka yang dengki atau benci sangat dengan pasukan bolasepak JDT yang dikepalainya. Apa pun yang terjadi, senario bola sepak negara kini sudah kembali rancak dengan kehadiran jumlah penonton yang ramai serta mutu permainan yang semakin baik. Samada suka, nak percaya atau tidak, gelombang kebangkitan bola sepak negara bermula dari SELATAN!

Bangkit JDT...Luaskan Kuasamu
"Anda tahu anda telah mencapai sesuatu yang hebat apabila anda dibenci oleh orang yang tidak anda kenali pun. Kita masih belum memenangi sesuatu apa pun, tetapi ramai yang beriya-iya cuba untuk menjatuhkan kita. Kita telah menjadi mangsa sejak permulaan musim lagi, kerana mereka sedar akan potensi kita dan menyedari akan kuasa baru bolasepak dari selatan.

"Bukan salah kita Persatuan Bolasepak Negeri Johor diurus secara profesional dan mempunyai asas kewangan yang kukuh. Ada yang menggelarnya “cemburu”, saya melihatnya sebagai ketakutan dan tidak yakin dengan diri sendiri. Segala tohmahan negatif yang dilemparkan terhadap bolasepak Johor, hanya mendorong saya untuk bekerja lebih keras demi membina empayar bolasepak yang lebih kuat lagi.

"Saya bangga kerana para penyokong Johor lebih beradab, tidak seperti segelintir yang lain. Pesanan saya, kepada mereka yang mempunyai masalah dengan PBNJ, anda memang sepatutnya takut… kerana saya masih muda dan perjalanan saya masih jauh. Jadi anda boleh bayangkan apa yang mampu dicapai oleh PBNJ dalam tahun-tahun yang mendatang. Kepada rakyat Johor sekalian, kekalkan sifat rendah diri dan sentiasa bersatu. Dampingkan diri kita dengan orang yang positif, dan ingat bahawa kasih sayang merupakan kuasa yang sangat kuat.

"Maafkan mereka yang negatif terhadap kita, dan teruskan kehidupan. Sayangilah mereka yang penting dalam hidup kita dan ingatlah bahawa Allah akan memastikan kebenaran akan tetap terserlah.
"Akhir kata, kalau seseorang berkata sesuatu yang buruk tentang kita, ianya mungkin kerana mereka tiada sesuatu yang baik untuk dikatakan terhadap diri mereka sendiri. Hasad dengki adalah penyakit yang dahsyat. Semoga Allah mengampunkan mereka." -Tunku Mahkota Johor

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Previous
Next Post
5 ulasan:
Write comments
  1. Johorean style, cool but matured.

    BalasPadam
  2. Kerja red bean army gak agaknya. Diaorg aim TMJ, bukan JDT sangat.
    Sebab kesultanan Johor antara paling tegas dan Johor antara kubu kuat Umno dan ini membataskan usaha 'greater singapore' Dap+Pap.

    Puak peminat bola lain terutama negeri totok pas lagi la senang nak diprovok. Org kafir gak le seronok tgk melayu bergaduh.


    Sedangkan elemen zionis utk lalaikan Islam diserap dlm hmpir semua aspek kehidupan,aku tak heran kalau red bean ni cuba provok guna sukan bola sbb sukan ni sng nak emotional sikit dikalangan peminat.

    BalasPadam
  3. JDT - Manchester City Malaysia
    Bajet banyak dan himpunan bintang untuk menaiktaraf pasukan dan telah terbukti setakat ini (kedua dalam liga dan dalam proses untuk ke akhir piala FA)

    Kelantan - Arsenal Malaysia
    Bajet sederhana tapi berbisa

    N9 - Liverpool Malaysia (Dulu)
    Bajet biasa tapi berkuasa (3x akhir Piala Malaysia, dan menang 2)
    - QPR Malaysia (Sekarang)
    Bajet rendah.. Maleh den nak ceghito.. Apo kono eh jang?.. Heheh..

    BalasPadam

  4. 1. JDT dah ambil alih peranan kelantan sebagai pasukan yang paling dibenci oleh penyokong pasukan lain. tahniah.
    2. JDT dicemburui kerana musim pertama dibentuk dan diurus secara profesional, sudah gah dan hebat.
    3. JDT wajib teruskan momentum dan jangan pedulikan kritikan2 luar yang tidak berasas dan hanya berorientasikan rasa dengki dan cemburu semata2.
    4. untuk musim akan datang, beli lagi pemain2 ternama tempatan dan import agar JT bertambah gah, hebat, digeruni dan dibenci pasukan dan penyokong lawan. mudah nak faham, kalau pasukan itu dibenci oleh team dan penyokong lawan, maknanya pasukan itu adalah hebat. biasalah orang melayu, normal. dengki tu dh jd darah daging. MU dan Barcelona juga turut dibenci team dan fan lawan.

    cuma satu kemuskhilan aku terhadap FAM. kes kekecohan di stadium darul makmur, on the spot jatuh hukum. kes yg sama di stadium larkin bila lagi? FAM ni lembab ke lembam?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju..mmg itulah realitinya tentang org Melayu baik dalam sukan atau kehidupan..

      Bab tindakan FAM ni mungkin dia nak tunjuk power kut..

      Wak J by BB

      Padam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.