Jumaat, 19 Julai 2013

Makan 'Bak Kut Teh' Bawa Nasib Malang Pada Vivian dan Alvin

    6:39:00 PG   2 comments

Vivian-Alvin-Bak-Kut-Teh

Vivian dan Alvin nampaknya telah tersalah congak apabila memilih untuk ‘bergurau’ dengan mempersendakan umat Islam di bulan Ramadhan.   Sangka mereka, DAP dan PKR atau mungkin juga MCA akan bangun membela mereka sepertimana yang berlaku dalam semua kes menghina Islam/Melayu sebelum ini.

Mereka juga pasti menyangka yang para pejuang hak asasi manusia akan bangun membela mereka atas hujah ‘hak untuk mengekspresi diri’ atau apa saja.  Malah, mereka juga mungkin menyangka yang PAS akan turut membela mereka sekadar untuk membuatkan DAP bangga.

Sangka mereka, umat Islam dari UMNO akan bersendirian berhadapan dengan mereka yang disokong oleh semua pihak di dalam Malaysia.

Tidak keterlaluan juga jika mereka turut menyangka akan diberi maaf oleh kerajaan serta geran untuk membikin filem lucah secara rasmi sepertimana Namewee.

Namun, ternyata segala sangkaan mereka salah sama sekali.   MCA malah DAP sendiri mendesak agar mereka dikenakan tindakan.  Manakala PKR tidak begitu keras dan sekadar menyatakan ‘tidak setuju’ dengan tindakan mereka.  Mungkin kerana Vivian merupakan rakan Nurul Izzah.

PAS pula terdiam sekejap mungkin terkejut apabila DAP mendesak mereka didakwa sedangkan PAS sudah bersedia untuk membela mereka demi DAP.

Alvin dan Vivian pastinya tidak faham kenapa tiada mana-mana pihak yang tampil membela mereka sepertimana anak-anak Cina lain yang melakukan kesalahan yang sama.   Apa bezanya mengajak umat Islam makan babi dengan beberapa posting di Facebook yang turut berbuat yang sama, cuma tidak meletakkan gambar sahaja?  Malah, ada posting yang lebih teruk lagi dengan menggelar Allah SWT dengan berbagai gelaran, begitu juga Rasulullah SAW.

Kenapa mengajak umat Islam makan babi lebih teruk dari menghina Allah SWT dan Rasulullah SWT? 

Persoalan ini tidak mungkin dapat dijawab oleh sesiapa melainkan oleh pihak yang menangkap dan mendakwa mereka.  

Apapun, pendakwaan mereka dii Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur adalah tepat.  Tidak mustahil jika DAP dan MCA turut membela mereka maka mereka tidak akan didakwa sama sekali.  

Sudah sampai masanya pihak yang menghina Islam ditangkap, didakwa dan dikenakan hukuman berat.

Kita sudah mendengar bagaimana negara lain tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang dengan sengaja menghina agama lain.  Ini kerana perbuatan sebegini mempunyai impak yang sangat besar kepada negara, dan seringkali membawa kepada rusuhan dan perang saudara yang tidak berkesudahan.   

Tidak kira sama ada negara tersebut adalah negara Islam atau tidak, semua negara melihat penghinaan terhadap Islam dan agama lain sebagai kes berat – kecuali Malaysia.  Hatta, negara China yang merupakan negara asal nenek moyang Alvin dan Vivian juga tidak mungkin akan melepaskan pesalah kes seperti ini dengan hukuman ringan.

Namun, itulah Malaysia, negara yang dituduh oleh kaum Alvin dan Vivian sebagai kejam, menindas minoriti serta zalim.

Dengan pendakwaan mereka, kita agar Alvin dan Vivian dikenakan hukuman yang amat berat sebagai pengajaran kepada semua pihak agar jangan dengan sengaja menyentuh sensitiviti agama lain. 

Jika mereka hanya menerima hukuman ringan maka ia bakal membawa risiko di mana rakyat mula mengambil tindakan sendiri selepas ini.  Dan jika ini berlaku juga, rakyat tidak ada pilihan selain percaya bahawa benarlah ada sesuatu yang ‘sangat tidak kena’ dengan pihak polis, sistem perundangan mahupun kerajaan.

Pendek kata, jika rakyat tidak puas hati dengan hukuman terhadap pasangan ini, maka bersedialah  untuk Malaysia yang tidak tenteram lagi.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. Malangnya CINABIAWAK DAP/PKR akan terus ketawa macam Syaitan durjana kerana usaha mereka untuk MENJAJAH Tanah Melayu dan menjatuhkan Islam/umatnya, makin meningkat dari sudut lain pula - Orang Asli (juga Bumiputera Sabah/S'Wak) pun makin diKRISTIANkan dan terus dihasut untuk membenci orang Melayu/Islam/Umno, serta untuk menyokong PKR/DAP! Sepatutnya pihak ATM, JAKIM/YADIM/JAIS serta NGO Melayu/Islam bekerjasama erat yang boleh membantu Orang Asli miskin membina rumah yang SELAMAT selain dari menjaga kebajikan mereka - dan jangan BERLENGAH lagi!

    Sila lihat perkembangan yang amat merbahaya untuk Orang Asli miskin ini, termasuk yang Islam. NGO, yang disyaki dari puak Kristian Zionis DAP/PKR dan sekutu Barat-Israelnya, mensasarkan 8,000 rumah orang Asli dari lebih 800 kampung, kononnya untuk di'TOLONG' dalam segala hal, dalam masa LIMA tahun (bukankah masa ini untuk pilihanraya akan datang)! Di http://www.thestar.com.my/News/Community/2013/07/18/30-volunteers-join-forces-to-build-a-house-for-orang-asli-family.aspx:

    Sila lihat di http://www.thestar.com.my/News/Community/2013/07/18/30-volunteers-join-forces-to-build-a-house-for-orang-asli-family.aspx:

    Epic Homes was initiated by four friends back in 2010 to help orang asli families in Hulu Selangor.
    The current house is the sixteenth Epic Homes has helped to build but this was the first time GE Malaysia and AirAsia Bhd collaborated with the former for such a project.

    GE Asean chief executive officer Stuart Dean said the whole idea was to contribute to less-privileged communities……. Epic Homes co-founder John-Son Oei said bringing more corporations into the Epic Homes programme was a significant achievement.

    The whole aim of the project is to empower ordinary people as the solution to rural development, he said.…….The underlying idea was not just to build homes, but to provide an avenue to help the orang asli community.

    “There are many underlying issues that need to be tackled, not only concerning poverty but matters such as microfinance, education and medical facilities.

    “Building homes gives us the chance to forge a relationship with the community and help outsiders mingle and establish ties with the locals,” said Oei.

    Volunteers ….. undergo basic training and are elevated to ‘master-builder’ status once they complete three to five houses. The system trains individuals to become project managers, including how to raise funds for the project…….

    …..Epic Homes target is to build housing for 8,000 orang asli families from 834 villages in the country over the next five years…...

    MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    (PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAP/PKR/Red beans militia durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai “Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung” untuk mengelirukan pembaca – mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)

    BalasPadam
  2. Pasangan ini hanya perlu diberi makan air kosong dan vegeterian selama dalam tempoh tahanan dan apabila dipenjarakan. Ini supaya makanan dan minuman seumpama ini boleh memcuci hati mereka daripada kuman-kuman babi.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.