Ahad, 29 September 2013

Jika Karpal Boleh Berdiri Sekalipun PR Tetap Tidak Akan Jadi Kerajaan!

    11:47:00 PTG   1 comment

karpal wheelcha
Saya akan berdiri semula demi Putrajaya

Percaylah..Cita-cita Karpal mahu melihat Pakatan Pembangkang (PR) mengambil alih pentadbiran Putrajaya tidak akan menjadi kenyataan, jika sekalipun dia mampu berjalan semula.

Soal dia tidak mahu berundur dari arena politik itu adalah haknya. Pokoknya, sampai bila Karpal Singh sanggup menunggu impianya itu menjadi kenyataan dengan kedaanya sekarang semakin uzur dan hanya menanti masa untuk masuk 'dalam'.

Tinggi sungguh angan-angan Karpal Singh ini mengalahkan Mat Jenin, harap dia tak mati celik atas kerusi roda kerana hajat tak kesampaian, sudah!

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan beliau tidak akan berundur dari politik selagi Pakatan Rakyat gagal membentuk kerajaan Pusat.
  
Pemimpin veteran DAP itu tidak menolak kemungkinan yang beliau akan terus kekal menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.
  
"Saya tidak akan undur dan bersara dalam waktu terdekat. Memang hasrat saya untuk menyerahkan kepimpinan kepada generasi muda. Kita semakin tua dan orang (pemimpin) tua perlu bersara satu hari nanti.
  
"Saya akan bersara dalam masa munasabah. Munasabah bermaksud lepas apa yang kami mimpikan iaitu untuk jadi kerajaan Persekutuan menjadi kenyataan. Lepas itu baru bagi kepada orang muda," katanya pada sidang media di Kongres Khas DAP di sini, hari ini.
  
Terdahulu dalam ucapan aluannya, Karpal, 73, berkata, beliau dan kepimpinan generasi lama dalam parti itu termasuk penasihat DAP, Lim Kit Siang, 72, perlu berundur bagi memberi laluan kepada generasi muda untuk menerajui parti itu.
  
Kerjaya politik Karpal, seorang peguam, bermula pada 1970 apabila beliau menyertai parti itu.
  
Beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah pada 1974, dan mula menjadi anggota parlimen Jelutong, Pulau Pinang pada 1978.
  
Karpal gagal mempertahankan kawasan Jelutong yang dipegang melebihi 20 tahun pada Pilihan Raya Umum 1999.
  
Sejak 2004, Karpal menjadi wakil rakyat bagi kawasan Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan memegang jawatan sebagai Penasihat DAP pada tahun yang sama.  - Bernama

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. Firaun Ramses pun pernah bersumpah akan memegang jawatan hingga akhir hayat kerana menganggap beliau adalah 'Tuhan'. Tapi akhirnya mati ditelan ombak besar...

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.