Isnin, 30 September 2013

Hairie Othman Pilih Jadi Pengemis Setelah Masuk PAS

    11:01:00 PTG   1 comment

hairie kutip derma

Setelah menyertai PAS hidup Hairie Othman menjadi semakin tak keruan. Selepas habis madunya dihisap dan diperguna untuk memuaskan nafsu serakah pemimpin politik PAS, nasib bekas pelakon filem Leftenan Adnan itu  kini boleh diibarat seperti sampah yang tidak lagi boleh dikitar semula.

Jangkaan Hairie bahawa hidupnya akan berubah menjadi lebih baik serta mendapat sanjungan penyokong taksub PAS apabila menjebakkan diri dalam kancah politik dengan menyertai PAS sebelum PRU13 lepas ternyata terpeleot sama sekali.

Hari ini, Hairie Othman terpaksa merayu bagai peminta sedakah dan merengek-rengek seperti anak kecil supaya ada pihak yang bersimpati menyuapkan 'dunkin' donat ke dalam mulutnya.

Nasib malang yang menimpa Hairie ini mungkin balasan Tuhan terhadap sikapnya sebelum ini yang begitu angkuh dan sombong macam dia seorang sahaja alim dan warak serta bakal dijanjikan syurga. Sekarang baru nak menyesal rupa-rupanya rezeki Allah tak turun melalui PAS..Padan muka!

hairie-khalwat

KUALA LUMPUR: Pelakon Hairie Othman mengakui kerjaya lakonannya sudah berakhir selepas mengambil keputusan untuk menyertai parti politik Pas sejak dua tahun lalu.

Hairie, 42, berkata, biarpun pihak stesen televisyen tidak pernah menyenaraihitamkan namanya namun kebanyakan pengarah dan penerbit masih mengamalkan diskriminasi terhadap parti politik.

"Saya sedar kerjaya saya memang sudah tamat selepas terlibat dengan politik dan menyertai Pas tapi perkara itu saya sudah fikirkan sebelum saya mengambil keputusan tersebut.

"Saya harap kerajaan negeri Kelantan dan pemimpin Pas dapat membantu artis-artis yang menerima nasib yang sama seperti saya, yang mana pendapatan saya semakin terdesak ketika ini," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti, yang diadakan di Hotel De Palma, di sini, Ahad.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. Pakcu Rantau Panjang.2 Oktober 2013 pada 11:17 PTG

    Puak artist ni cuma digunakan untuk dapat popularkan undi PAS saja .Lepas PRU 13 mana di ajak ceramah agama di pentas Pas kerana puak PAS sendiri tahu sejauh mana ilmu agama yang ada pada mereka....jadi mereka hanya dijadikan kambing hitam untuk dikorbankan.... PAS dan Artist PAS sama saja 2X5 masing-masing punya tujuan tersendiri.....untuk dapatkan undi lepas tu lesap .....

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.