Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Disember 2017

Adibah Noor Dilantik Ikon Rakyat Terbeban?

    12:14:00 PTG   No comments
adibah-noor-ikon-rakyat-terbeban

Jangan terkejut! Tajuk dan gambar di atas hanya sekadar hisasan sahaja. Apa yang ingin penulis kongsikan ialah berita gembira seorang artis jelita yang juga usahawan berjaya di mana beliau telah dilantik menjadi Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Air Asia.

Biarpun Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor pernah menjadi sebahagian daripada sejarah dalam hidup penulis satu ketika dahulu, namun perkembangan mengenai artis berwajah comel itu baik dalam bidang seni atau perniagaan tidak pernah terlepas dari radar pemerhatian penulis.

Walau kini penulis berstatus 'bekas' setelah habis madu dihisap sepah dibuang merata-rata, namun hati ini tetap merasa bangga dengan kejayaan yang dikecapi beliau sekarang. Rasa menyesal pula berpisah dengan dia dulu.

Neelofa-Air-Asia

Perlantikan Neelofa sebagai Non-Executive Independent Director yang diumumkan baru-baru ini memang tepat pada masa dan orangnya. Ini lah salah satu contoh artis yang tidak banyak merungut tapi lebih banyak berusaha. Tidak seperti Ahmad Idham, Adibah Noor, Shiela Majid, Fathia Latif dan yang seangkatan denganya.

Bagi penulis beliau memang layak dipilih ke jawatan tersebut. Bukan kerana rupa parasnya yang cantik tetapi beliau turut memiliki kelebihan lain seperti petah bercakap, bijak dan merendah diri. Maka, tidak sia-sia Perdana Menteri, Najib Tun Razak melantik beliau menjadi Duta TN50.

Semoga apa yang dicapai Neelofa hari ini menjadi contoh kepada kita semua. Jangan diikut perangai buruk segelintir artis pro Pembangkang yang ada hari ini, asyik menyalahkan kerajaan apabila karier masing-masing mulai merundum, tidak popular dan kurang mendapat job dalam dunia hiburan.

Khamis, 7 Disember 2017

Dari 'Bigo Live' Tiba-Tiba Menjadi Pejuang Rakyat

    4:04:00 PTG   4 comments
Fathia-Latiff-menari-ghairah-nampak-tetek

Negara kita Malaysia mengamalkan prinsip demokrasi dan hak kebebasan bersuara bagi rakyatnya juga tidak pernah disekat melainkan kebebasan yang diberi itu disondol hingga mengganggu sensitiviti pihak lain.

Tidak menjadi kesalahan atau halangan sekiranya Fathia Latif, Shiela Majid atau siapa pun ingin menyertai mana-mana platform politik tak kira parti pemerintah atau parti pembangkang.

Tidak menjadi kesalahan juga bagi mana-mana pihak termasuk golongan artis yang ingin meluahkan pendapat atau menyuarakan sesuatu isu yang berkaitan dengan rakyat secara terbuka melalui apa sahaja medium yang ada termasuk di media sosial.

Tapi harus diingat, sebelum tercebur ke dalam kancah politik atau hendak meluahkan pendapat secara terbuka, satu perkara ini perlu difikirkan semasak-masaknya. Jika hati tidak cukup kering, kental berdepan dengan kritikan balas atau cabaran dalam kubang politik, elok lupakan sahaja niat itu.

Hati kering, jiwa kental, tahan maki dan tidak mudah sentap merupakan ciri-ciri asas sebelum terjebak dalam dunia politik. Kalau sekadar ikut-ikutan atau ingin mencari publisiti murahan elok lupakan sahaja niat hendak bermain politik.

Ada satu perkara hendak disampaikan kepada golongan artis yang tidak sedar diri ini, sebelum kita ingin menjadi juara dalam isu rakyat, elok nilai dulu amalan gaya hidup masing-masing.

Agak menjengkelkan apabila orang yang hidupnya selama ini senang lenang dan bermewah-mewah tiba-tiba menjaja cerita tentang bebanan hidup, kesengsaraan dan kesusahan rakyat. Tak rasa pelik ke?

Sabtu, 28 Jun 2014

Felixia Yeap Akan Peluk Islam 5 Ramadan Ini Tapi Tidak Bercadang Sertai PAS

    2:00:00 PTG   2 comments
Felixia-Yeap-peluk-islam
Wak J: Syukur! Akan bertambah lagi satu saudara baru seagama sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Felixia Yeap juga telah membuktikan pada kita semua bahawa untuk mendalami Islam serta hukum hakamnya tidak perlu masuk parti politik atau lebih tepat lagi menyertai PAS.

Wak doakan semoga Lim Guan Eng dan seluruh ahli keluarganya mendapat hidayah dari Allah agar terbuka hati untuk mendekati Islam sempena hari baik dan bulan baik ini.

Felixia Yeap  Secara Rasmi Peluk Islam 5 Ramadan ini

Setelah hampir lima bulan mendalami agama Islam, bekas model Playboy Felixia Yeap secara rasmi mengumumkan hasratnya memeluk Islam pada 5 Ramadan, atau 3 Julai, yang akan datang.

Jelitawan berusia 28 tahun itu berkata tarikh tersebut dipilih kerana selain jatuh pada hari lahirnya, ia juga merupakan tarikh kegemaran Rasulullah.

"‎Saya akan memeluk agama Islam pada 5 Ramadan, pada Khamis ini. Saya memilih tarikh  hari jadi saya, hari kegemaran nabi, maka saya berharap ia menjadi hari paling bersejarah dan diingati dalam hidup saya," katanya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin di Program Semarak Ramadan di Shah Alam, malam tadi.

‎Sebelum ini, Felixia mengejutkan orang ramai dengan keputusannya memakai tudung walaupun belum memeluk agama Islam.

Dalam pengakuannya secara eksklusif kepada media tahun lepas, beliau mengakui begitu tertarik dengan pemakaian berlandaskan ajaran Islam.

Anak kelahiran Ipoh selepas itu mengakui akan hasratnya memeluk Islam namun masih belum memutuskan waktu sesuai dan mahu mendalami terlebih dahulu ajaran agama.

Felixia ketika program malam tadi turut mengakui perubahan dirinya yang berhijab kini menyebabkan disisih oleh rakan-rakannya.

"Bezanya adalah kawan-kawan saya dulu kebanyakan lari menyisihkan saya. Mereka menyangka saya berhijab kerana ingin menjadi Melayu tetapi sebenarnya saya tertarik dengan Islam," katanya.

Bagaimanapun, katanya, keluarganya terutama ibunya begitu menyokong perubahan positif dirinya.

Tambahnya setelah hatinya terbuka mendalami Islam, beliau merasakan perubahan kerana meskipun ditimpa pelbagai dugaan, beliau yakin Allah akan melindunginya.

Selasa, 10 Jun 2014

Berita Baik!! Izreen Azminda Kini Sah Bergelar Janda

    9:59:00 PTG   No comments
Izreen-Azminda-Aznam
Wak J: Sila beratur, tolong jangan potong barisan. Tak akan lari 'gunung' dikejar. Alangkah seronok kalau ada kuasa ajaib boleh bertukar jadi baby seperti dalam gambar tu..Kepada Izreen wak ucapkan 'welcome to the club'.

Pelakon, Izreen Azminda, 29, sah diceraikan dengan talak satu oleh Muhammad Riza Baharuddin di hadapan hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pagi semalam.

Perbicaraan kes cerai mereka berlangsung dalam keadaan tenang, malah tiada wakil media yang hadir ketika sebutan kes berlangsung.

Sebelum ini, beberapa sumber pernah melaporkan menerusi sumber bahawa Riza, 31, dilaporkan melafazkan cerai ke atas Izreen di Pulau Pinang pada 16 Mei lalu ketika pelakon itu menjalani penggambaran drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, siaran TV3.

Bagaimanapun, Riza kemudian tampil mempertikaikan apa yang terjadi.

Ketika dihubungi petang tadi, Izreen menjelaskan beliau tidak menuntut apa-apa daripada bekas suami, selain kebajikan untuk anak mereka, Adrian Umar.

“Kami juga takkan berebut soal menjaga anak. Riza boleh ambil Umar bila-bila masa beliau mahu. Yalah, kami bekerja dalam bidang yang sama, jadi memang kerja tidak mengikut waktu. Cuma secara mutlaknya, hak jagaan anak adalah milik saya," katanya.

Izreen mengaku lega kerana semua kemelut dapat diselesaikan dengan baik. Demi anak, Izreen dan bekas suami juga sepakat untuk terus berkawan.

“Cuma apa yang saya minta sekarang, hentikanlah cerita bukan-bukan, yang mengaitkan diri saya mahupun Riza dengan perkara tidak benar. Ada yang kononnya mengaitkan saya dengan pelakon lelaki lain, yang dikatakan antara punca kami berpisah. Tidak kurang juga yang mengatakan Riza ada perempuan lain.

“Berilah ruang kepada kami untuk meneruskan hidup dan membesarkan anak dengan cara berasingan. Dengan apa yang terjadi, saya juga enggan memikirkan soal pengganti,” katanya.

Izreen dan Riza berkahwin pada 31 Ogos 2012 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak lelaki, Adrian Umar, 10 bulan.

Sumber

Ahad, 8 Jun 2014

Angelina Jolie Dedah Rahsia Kecantikan Walau Payudara Tinggal Sebelah

    6:15:00 PTG   1 comment
Angelina-Jolie

Pelakon Hollywood Angelina Jolie seringkali dijadikan sebagai idola kerana mempunyai wajah yang cantik.

Pelakon ini melalui Daily Mail mendedahkan rahsia kecantikannya iaitu dengan melakukan perawatan wajah Traid Facial yang dilakukan oleh pakar kulit David Colbert.

Bagaimanapun, dia memberitahu terpaksa membelanjakan hampir RM3,000 untuk sekali rawatan.
Katanya, pakar akan memberi langkah rawatan seperti midrodermabrasion, laser dan glycoloic peel.

Selain Jolie, bintang-bintang seperti Naomi Watts, Rachel Weisz dan Michelle Williams juga menggunakan kaedah tersebut.

Sabtu, 14 Disember 2013

Skandal Adi Putra: Si Bini Syok Tayang Lurah..Si Suami Pula Gila Cari Publisiti Murahan

    12:03:00 PG   11 comments
aida-skandal-adi-putra

Wak J: Memandang kes Adi Putra ni tengah viral di laman sosial dan medium blog, wak pun nak tumpang semangkuk komen tentang perkara ini.

Wak cuma nak bagi sedikit nasihat percuma kepada si Suami wanita yang terlibat dengan skandal ini.
Sudah-sudah lah tu cari publisiti murahan dengan bermodalkan isu ini. Seronok sangat menjaja aib sendiri sampai tak perasan aset milik bini terjojol dilihat orang.

Kalau begini lah cara bini anda berpakaian, bukan setakat Adi Putra sahaja yang nak bersekandal dengannya, malah pak lebai dari parti bulan mengambang pun sanggup...asal syok!

aida tayang lurah


Isnin, 30 September 2013

Hairie Othman Pilih Jadi Pengemis Setelah Masuk PAS

    11:01:00 PTG   1 comment
hairie kutip derma

Setelah menyertai PAS hidup Hairie Othman menjadi semakin tak keruan. Selepas habis madunya dihisap dan diperguna untuk memuaskan nafsu serakah pemimpin politik PAS, nasib bekas pelakon filem Leftenan Adnan itu  kini boleh diibarat seperti sampah yang tidak lagi boleh dikitar semula.

Jangkaan Hairie bahawa hidupnya akan berubah menjadi lebih baik serta mendapat sanjungan penyokong taksub PAS apabila menjebakkan diri dalam kancah politik dengan menyertai PAS sebelum PRU13 lepas ternyata terpeleot sama sekali.

Hari ini, Hairie Othman terpaksa merayu bagai peminta sedakah dan merengek-rengek seperti anak kecil supaya ada pihak yang bersimpati menyuapkan 'dunkin' donat ke dalam mulutnya.

Nasib malang yang menimpa Hairie ini mungkin balasan Tuhan terhadap sikapnya sebelum ini yang begitu angkuh dan sombong macam dia seorang sahaja alim dan warak serta bakal dijanjikan syurga. Sekarang baru nak menyesal rupa-rupanya rezeki Allah tak turun melalui PAS..Padan muka!

hairie-khalwat

KUALA LUMPUR: Pelakon Hairie Othman mengakui kerjaya lakonannya sudah berakhir selepas mengambil keputusan untuk menyertai parti politik Pas sejak dua tahun lalu.

Hairie, 42, berkata, biarpun pihak stesen televisyen tidak pernah menyenaraihitamkan namanya namun kebanyakan pengarah dan penerbit masih mengamalkan diskriminasi terhadap parti politik.

"Saya sedar kerjaya saya memang sudah tamat selepas terlibat dengan politik dan menyertai Pas tapi perkara itu saya sudah fikirkan sebelum saya mengambil keputusan tersebut.

"Saya harap kerajaan negeri Kelantan dan pemimpin Pas dapat membantu artis-artis yang menerima nasib yang sama seperti saya, yang mana pendapatan saya semakin terdesak ketika ini," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti, yang diadakan di Hotel De Palma, di sini, Ahad.

Ahad, 28 Julai 2013

Dulu Meroyan..Sekarang Mengenyam Pulak Dah Ostajah Abby Ni..

    8:02:00 PTG   5 comments
abby-pucuk-muda

Ewah..ewah..Bukan main mengenyam lagi ostajah jadian kita ni sejak dapat suami baru yang lebih muda dari usianya. Tak cukup pentas politik, laman sosial turut diguna untuk mempromosi 'pucuk muda' yang baru dikahwininya.

Bila dah namanya artis, berubah macam mana sekali pun mesti ada sikit-sikit tabiat lama semasa hidup dalam dunia gelap yang penuh glamer dulu sukar dilupa dan ditinggalkan. Tak ada yang berubah tentang Abby melainkan penampilanya sahaja.

Tujuan wak menulis artikel pendek ni bukan sebab dengki dengan Abby bersama suami mudanya tu  tapi sekadar nak kongsi rasa meluat terhadap sikapnya yang 'over' tak kira masa. Macamlah dalam dunia ni dia sorang sahaja yang bersuami muda.

Kalau dulu Abby meroyan di pentas ceramah politik, di tweeter sebab dah bertahun-tahun tak berlaki, sekarang lain pula jadinya selepas kahwin, makin hari makin mengenyam pula gelagatnya sejak dapat merasai semula nikmat 'sosej lembik' yang sangat diidam-idamkan selepas bercerai tak lama dulu.

Gelagat Abby yang suka menayang adegan 'manja-manja' bersama suami baru di laman sosial seolah-olah ingin memberi isyarat kepada kita dan juga bekas suaminya iaitu Norma Hakim bahawa dia juga boleh memiliki 'pucuk muda'.

Apa macam Norman Hakim rasa tercabar tak? Jangan ingat lu sorang boleh kahwin anak dara.

Oleh kerana perkahwinan adalah perkara baik, wak doakan semoga perkahwinan Abby buat kali yang kedua ni kekal sampai bila-bila. Kepada sang suami, bimbing lah isteri tu elok-elok, jangan asyik ikut sahaja kehendak dan telunjuk isteri. Tak rasa segan ke bila ramai orang mengata.

Ahad, 26 Mei 2013

Hiburan: Salena Gomez Beraksi Tanpa Baju Dalam Video Klip Terbaru

    12:11:00 PG   No comments
selena-gomez-year-without-rain

Selena Gomez kembali menjadi bualan ramai, tapi kali ini bukan kerana hubungan nya bersama Justin Bieber, tapi disebabkan oleh penampilan seksinya di dalam video klip single terbarunya yang berjudul 'Come And Get It'. Dalam video klip tersebut, aktres berparas manis itu nyaris tanpa busana atas, sehingga terlihat telanjang dada.

Usai pengambilan klik videonya, wanita yang belakangan ini mengalami hubungan putus nyambung dengan Justin Bieber itu pun menjadi incaran banyak wartawan. Ia menghindari puluhan wartawan yang sudah menunggunya di bandara LAX.

Seperti yang dilapokan di The Sun, Selena juga sengaja menutup wajahnya dengan tangan dan syal yang dibawanya. Bahkan, ia sempat bersembunyi.



Sebelumnya, pelantun 'Like A Love Song' itu dipilih sebagai model untuk koleksi terbaru Adidas. Label sport wear itu mendandani Selena dengan gaya street wear yang urban serta berjiwa muda. Ia terlihat segar dengan sentuhan sporty yang jadi ciri khas Adidas.

Dalam salah satu fotonya, aktres 'Spring Breakers' itu mengenakan tanktop hitam, denim short yang kasual, dan sweater kuning. Meskipun bergaya sporty, lekuk tubuh Selena tetap kelihatan  sensual.

Wak J: Syok juga kan layan cerita artis ni. PRU14 pun lama lagi, tak kan nak berpolitik setiap masa, bosan juga..betul tak.

Rabu, 6 Mac 2013

Video Reformasi Tak Laku, Yassin Terpaksa Cipta Kontroversi?

    2:07:00 PG   6 comments
yassin-anwar-reformasi

Setakat ini tak ada lagi berita ahli politik atau artis yang mati bila dapat ugutan bunuh, malahan mereka ini masing-masing bebas ke sana ke sini tanpa sedikit pun rasa bimbang tentang keselamatan diri sendiri. Ambil contoh Anwar Berahim, berapa banyak ancaman bunuh diterimanya dan berapa ramai orang di luar sana hendak dia mati. Tapi tak mati-mati juga kan?

Pada wak la..Apa yang Yasin cuba buat ini hanyalah untuk mencari publisiti bagi melariskan video Reformasinya yang tak laku dan tak ada orang nak dengar. Kalau tak kerana masuk berita, wak sendiri pun tak tahu wujudnya lagu 'popular' yang menjadi siulan ramai pencacai PR masa kini.

Udah-udah la tu Yassin oiiii...jangn diikut perangai Bang Non

Wak J  

Gara-gara sebuah video nyanyian bertajuk “Reformasi” yang dimuat naik ke laman YouTube, penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, 39, diugut dengan ancaman bunuh oleh dua individu melalui laman berkenaan.

Komen yang berbunyi, “Yassin ni patut dibunuh jer.. “ dan “Aku kalau jumpa si Yassin ni kat luar comfirm aku pijak-pijak kepala dia sampai lumat” didapati dibuat pada awal malam semalam selepas kira-kira dua minggu video itu dimuat naik.

Yasin berkata, ugutan bunuh yang diterima melalui video lagunya itu membuktikan ada pihak tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan medium sosial tersebut.

“Perselisihan pendapat adalah perkara biasa dan sebelum ini saya pernah menerima pelbagai pandangan negatif. Namun ugutan bunuh adalah perkara serius.

“Saya tidak pasti sejauh mana seriusnya ugutan yang dibuat itu, namun saya tidak akan berdiam diri jika ia berterusan selepas ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di Kota Damansara, semalam.

Justeru itu, Yasin memberi amaran kepada pengunjung laman sosial agar tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen berunsur ugutan dan fitnah terhadapnya sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.

“Sekiranya saya silap dalam penulisan, kita boleh dialog, boleh mengkritik dengan platform yang betul. Bukan dengan ugut-mengugut begini.

“Saya harap individu terbabit berhentilah daripada melakukan perkara begini kepada sesiapa pun. Kebebasan bersuara perlu digunakan untuk kebaikan bukan untuk mengugut dan mencaci orang lain,” katanya kesal dengan perkara itu.
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Zoner. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.