Sabtu, 9 Disember 2017

Adibah Noor Dilantik Ikon Rakyat Terbeban?

    12:14:00 PTG   No comments

adibah-noor-ikon-rakyat-terbeban

Jangan terkejut! Tajuk dan gambar di atas hanya sekadar hisasan sahaja. Apa yang ingin penulis kongsikan ialah berita gembira seorang artis jelita yang juga usahawan berjaya di mana beliau telah dilantik menjadi Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Air Asia.

Biarpun Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor pernah menjadi sebahagian daripada sejarah dalam hidup penulis satu ketika dahulu, namun perkembangan mengenai artis berwajah comel itu baik dalam bidang seni atau perniagaan tidak pernah terlepas dari radar pemerhatian penulis.

Walau kini penulis berstatus 'bekas' setelah habis madu dihisap sepah dibuang merata-rata, namun hati ini tetap merasa bangga dengan kejayaan yang dikecapi beliau sekarang. Rasa menyesal pula berpisah dengan dia dulu.

Neelofa-Air-Asia

Perlantikan Neelofa sebagai Non-Executive Independent Director yang diumumkan baru-baru ini memang tepat pada masa dan orangnya. Ini lah salah satu contoh artis yang tidak banyak merungut tapi lebih banyak berusaha. Tidak seperti Ahmad Idham, Adibah Noor, Shiela Majid, Fathia Latif dan yang seangkatan denganya.

Bagi penulis beliau memang layak dipilih ke jawatan tersebut. Bukan kerana rupa parasnya yang cantik tetapi beliau turut memiliki kelebihan lain seperti petah bercakap, bijak dan merendah diri. Maka, tidak sia-sia Perdana Menteri, Najib Tun Razak melantik beliau menjadi Duta TN50.

Semoga apa yang dicapai Neelofa hari ini menjadi contoh kepada kita semua. Jangan diikut perangai buruk segelintir artis pro Pembangkang yang ada hari ini, asyik menyalahkan kerajaan apabila karier masing-masing mulai merundum, tidak popular dan kurang mendapat job dalam dunia hiburan.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.