Sabtu, 9 Disember 2017

Selepas Milo Suam, Adun DAP Senai Pula Akan Ditangkap

    3:18:00 PTG   No comments

wong-shu-qi-dap-fitnah

Pengendali blog Milo Suam, Yusof Al-Siddique Suratman, hari ini dikenakan tahanan reman selama tiga hari di balai polis daerah Dangwangi selepas ditangkap di kediamanya siang tadi.

Penulis difahamkan, tangkapan tersebut dilakukan berdasarkan laporan polis yang dibuat beberapa hari lalu berhubung isu pembocoran dan pengubahsuaian kenyataan saksi SPRM.

Semasa perbahasan Bajet Johor 2018 lalu, Adun DAP Senai, Wong Shu Qi telah membuat satu dakwaan tidak berasas dengan menuduh menteri besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah menerima sejumlah wang berkaitan isu perumahan di negeri itu.

Manurut Shu Qi, dakwaan yang dibuat terhadap MB Johor itu dipetik dari sebuah laman blog (Milo Suam). Bagaimanapun, Adun DAP berkenaan enggan mengesahkan kesahihan maklumat yang terkandung dalam dokumen tersebut, sebaliknya meminta MB Johor menjawab tuduhan berkenaan.

Ramai menjangkan dengan penahanan pengendali blog Milo Suam ini sudah pasti akan menyusul beberapa lagi siri tangkapan lain sehingga individu yang terlibat dengan pembocoran dan pengubahan maklumat SPRM ditahan semuanya termasuk Adun DAP Senai.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.