Sabtu, 28 Jun 2014

Felixia Yeap Akan Peluk Islam 5 Ramadan Ini Tapi Tidak Bercadang Sertai PAS

    2:00:00 PTG   2 comments

Felixia-Yeap-peluk-islam
Wak J: Syukur! Akan bertambah lagi satu saudara baru seagama sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Felixia Yeap juga telah membuktikan pada kita semua bahawa untuk mendalami Islam serta hukum hakamnya tidak perlu masuk parti politik atau lebih tepat lagi menyertai PAS.

Wak doakan semoga Lim Guan Eng dan seluruh ahli keluarganya mendapat hidayah dari Allah agar terbuka hati untuk mendekati Islam sempena hari baik dan bulan baik ini.

Felixia Yeap  Secara Rasmi Peluk Islam 5 Ramadan ini

Setelah hampir lima bulan mendalami agama Islam, bekas model Playboy Felixia Yeap secara rasmi mengumumkan hasratnya memeluk Islam pada 5 Ramadan, atau 3 Julai, yang akan datang.

Jelitawan berusia 28 tahun itu berkata tarikh tersebut dipilih kerana selain jatuh pada hari lahirnya, ia juga merupakan tarikh kegemaran Rasulullah.

"‎Saya akan memeluk agama Islam pada 5 Ramadan, pada Khamis ini. Saya memilih tarikh  hari jadi saya, hari kegemaran nabi, maka saya berharap ia menjadi hari paling bersejarah dan diingati dalam hidup saya," katanya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin di Program Semarak Ramadan di Shah Alam, malam tadi.

‎Sebelum ini, Felixia mengejutkan orang ramai dengan keputusannya memakai tudung walaupun belum memeluk agama Islam.

Dalam pengakuannya secara eksklusif kepada media tahun lepas, beliau mengakui begitu tertarik dengan pemakaian berlandaskan ajaran Islam.

Anak kelahiran Ipoh selepas itu mengakui akan hasratnya memeluk Islam namun masih belum memutuskan waktu sesuai dan mahu mendalami terlebih dahulu ajaran agama.

Felixia ketika program malam tadi turut mengakui perubahan dirinya yang berhijab kini menyebabkan disisih oleh rakan-rakannya.

"Bezanya adalah kawan-kawan saya dulu kebanyakan lari menyisihkan saya. Mereka menyangka saya berhijab kerana ingin menjadi Melayu tetapi sebenarnya saya tertarik dengan Islam," katanya.

Bagaimanapun, katanya, keluarganya terutama ibunya begitu menyokong perubahan positif dirinya.

Tambahnya setelah hatinya terbuka mendalami Islam, beliau merasakan perubahan kerana meskipun ditimpa pelbagai dugaan, beliau yakin Allah akan melindunginya.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. Mudah mudahan jadi pencetus pembuka pintu hidayah utk, keluarga, rakan dan kenalannya utk sama menerima Kebenaran.

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.