Sabtu, 28 September 2013

Maki Hamun Bini Mat Yo, Jadikan 'Pak Guard' Terkenal Seperti Artis Popular

    12:22:00 PTG   1 comment

Bini Mat Yo Cun
 
Berbalik pada cerita bini Mat Yo, wak dapat tahu bahawa tuan punya body yang bersalah sudah pun meminta maaf. Seelok-eloknya isu ini tak perlu di sensasikan lagi memandangkan Pak Guard yang dimaki hamun itu sudah glamour macam artis sekarang. Berebut-rebut peminat hendak bergambar denganya di air port termasuk orang politik yang berkepentingan.
 
Actualy...Wak bukan nak bela sangat sikap kurang ajar bini Mat Yo dengan orang tua. Cuma hari tu bila terpampang muka Pak Guard bergambar bersama anak Peliwat Negara, darah terus menyirap..kalau dengan orang lain tak apa lagi. Tapi biasa lah kalau dah nama manusia tentu tak pernah sunyi dari melakukan kesilapan, nak-nak lagi bila berlakikan pemain bola bergaji mahal walau kadangkala perfomance tak seberapa bersama JDT. Wak harap dua pihak ni berdamai sesama sendiri dengan cara yang elok.
 
Kepada yang sound wak dalam artikel lepas berkaitan isu ni, wak terima dengan hati terbuka. Wak tak amal gaya politik sempit kerana mempolitik setiap isu yang berlaku termasuk isu ni. Sekiranya di sebelah Pembangkang boleh mempolitikkan hal Agama...apa lah sangat kalau wak cuba politikkan isu ni mengikut persepsi sendiri sebagai pemerhati. Tak yah la nak sentap sangat..
 
Wak doakan semoga selepas ini nasib Pak Guard akan berubah jadi lebih baik gara-gara kena maki jantan dayus. Kalau tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia..siapa tahukan. Harap setsen TV atau penerbit filem dan drama sila ambil perhatian perkara ni ok!
 
Kepada bini Mat Yo..ubah-ubah la perangai tu..awak tu perempuan tolong jaga sikit nama baik suami. Muka lawa mana pun kalau buruk perangai tak guna. Jangan sampai bila dah berkedut baru nak menyesal!

P/S: Tak tahu kenapa Wak kurang stim nak ulas pasal pemilihan UMNO...

Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas. 

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu. 

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.
 
“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan. 

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.

Berita Harian

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

1 ulasan:
Write comments
  1. Suami saya dan saya mempunyai kredit yang sangat buruk apabila kita mendalam kepada ahli hukum kewangan sehingga sejauh mana kita memohon kebankrapan, kita mempunyai sedikit atau tidak ada wang untuk menghantar anak perempuan kita ke emily ke kolej yang kita tidak mampu. Kami mengawal pinjaman gaji (syarikat pinjaman), yang telah membantu orang seperti kita, mendapat perubahan gadai janji. Setiap syarikat yang dihubungi kami mahu bayaran sebelumnya $ 1,000 hingga $ 2,000 yang kami tidak mampu. Kerana kami fikir kami tidak mempunyai harapan memilih untuk menjual atau kehilangan rumah anda dengan menutupnya. Kemudian saya berjumpa dengan majalah tempatan dan penutupnya ialah Perbadanan Ikatan Pinjaman. Tiga langkah utama; 1. Anda menghantar permohonan elektronik. E-mel: albakerloanfirm@gmail.com 2. Sediakan cara pengenalpastian yang betul sama ada warga negara anda memegang kad pengenalan atau lesen memandu dan maklumat akaun bank anda. 3. Pinjaman diproses, diluluskan dan dihantar. Cerita panjang dipendekkan, mereka membantu mendapatkan pinjaman pada kadar tetap 4% dan diubahsuai dengan pembayaran yang disemak semula. Mereka juga memberikan pinjaman anak-anak perempuan mereka untuk menyelesaikan gaji penuh kolej saya. Kami bekerja dengan pinjaman Lasson, yang memberi amaran kepada kami tentang kemajuan seluruh dunia. dia melakukan semua dokumen, panggilan telefon, dll. Mereka melakukan semuanya dan kami mendapat pinjaman yang kami terima. Apabila saya bersetuju dengan terma pinjaman mereka dan saya menyerahkan butiran bank saya, saya membayar harga yang berpatutan untuk perkhidmatan ini. Kita tidak akan mampu untuk mendapatkannya semudah dan berpatutan kerana melalui proses transformasi mereka dengan pengetahuan kita. Saya tidak mempunyai masa untuk mengucapkan terima kasih, jadi TERIMA KASIH! Saya tidak dapat meminta pasukan yang lebih baik. Saya dikemas kini dengan pembiayaan semula. Terbaik untuk anda, gadai janji bergerak Jika anda mempunyai masalah seperti kami, hubungi syarikat penyelesaian pinjaman. Mereka boleh bekerja. Yang ikhlas, Timothy dan Maria mengadopsi pada 15 Mac 2018 di Columbus, GA

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.