Sabtu, 28 September 2013

Pengurus Pak Gurad 'Glamour' Tetap Saman Siti Aisya Sebab Mat Yo Banyak Duit

    8:00:00 PTG   11 comments

pak-guard-pengurus-saman-mat-yo.jpg
Nanti kalau menang saman..I naikkan gaji U RM100 ok tak?

Ini lah masanya kalau nak mencari wang mudah mengikut style Pakatan Pembangkang memandangkan Mat Yo sekarang ini tengah banyak duit  selaku pemain bola sepak terkenal dalam negara dengan cara menyaman.

Bijak juga kepala otak pegurus syarikat pengawal keselamatan ni ambil peluang dengan memperguana populariti sementara pekerja bawahanya yang tengah meletup-letup sekarang ni untuk membuat keuntungan.

Jika kes ini dibawa ke mahkamah dan ditakdirkan bini Mat Yo kalah, sudah tentu yang akan membayar duit ganti rugi atau saman tersebut adalah suaminya. Sekiranya yang memaki hamun Pak Gurad itu bukan datang dari orang terkenal dan banyak duit, agak-agaknya mahukah pihak syarikat pengawal keselamtan itu meneruskan samanya?

Dengar khabarnya, penguam dari Pakatan Pembangkang bakal dilantik dalam perbicaraan kes saman ini sekiranya di bawa ke Mahkamah. Sebab itu lah Nurul Izzah dengan sepantas kilat turun Air port semata-mata hendak bergambar dengan Pak Guard yang tak pernah dikenalinya sebelum ini.

Mungkin ramai dari kalangan kita rasa gembira dengan berita di bawah ini, namun harus diingat sekiranya Pak Guard 'Glamour' ini menang kesnya, adakah berbaloi segala makian yang dihambur bini Mat Yo padanya jika wang ganjaran dari kes saman tersebut disapu licin oleh pihak syarikat.

Silap-silap hari bulan Pak Guard glamor tu cuma dapat hampas saja sebagai sagu hati.

Subang Jaya: “Tidak kira sama ada laporan polis ditarik atau permohonan maaf dibuat, kami akan tetap melanjutkan kes ini ke mahkamah.”

Itu tegas Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn Bhd Mukhveer Singh Gill susulan insiden pertengkaran kakitangan syarikat itu Azman Md Nayan, 49, dengan Siti Aisya Adam, 24, isteri pemain bola sepak negara Norshahrul Idlan Talaha, 27, atau Mat Yo, pada 12 September lalu.

Mukhveer berkata, pendirian itu diambil kerana Siti Aisya terlebih dulu mengugut untuk memanjangkan insiden itu ke mahkamah.

“Sebagai syarikat kawalan keselamatan yang bertanggungjawab, kami akan melakukan apa saja untuk mempertahankan kakitangan kami,” katanya, semalam.

Insiden pertengkaran Siti Aisya dengan Azman menjadi perhatian ramai apabila rakaman video kejadian itu yang berdurasi 55 saat dimuat naik ke Internet dan disebar luas pengguna laman sosial Facebook (FB) serta YouTube.

Harian Metro

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

11 ulasan:
Write comments
  1. Saya rasa mereka nak saman bukan sebab mat yo banyak duit tapi sebab maruah dan kewibawaan mereka sebagai satu institusi kawal keselamatan tercabar dan terjejas. Ini akan memberi pengajaran kpd semua org supaya jangan perlekehkan undang-undang dan peraturan (rule n regulation) dan secara tak langdung mendidik semua org supaya mematuhi peraturan yg ada.

    Tak kiralah siapa, apa, di mana pun peraturan mesti dipatuhi, yg benar tetap benar dan yg salah tetap salah. Kebenaran dan kesalahan tidak bergantung kpd mana-mana individu, pangkat, kaya atau miskin. Ianya bergantung kpd kenyataan (the fact) dan kebenaran (the truth) semata-mata tapi bukan atas alasan yg lain.

    BalasPadam
  2. Kalau orang awam saman guard.... ertinya syarikat guard kena tanggung kalau kalah pasai guard tersebut mewakili atau pekerja syarikatnya.Apa salahnya syarikat guard dapat untung sebab saman orang awam yang bertindak keatas pekerjanya....Baru adil. Soal dia nak bagi berapa duit kat Guard tu, syarikat punya pasal lah. Syarikat nak ambik guard dari pembangkang ke atau sapa ke itu hak syarikat yang nak pilih.....Tak payah kalut-kalut

    BalasPadam
  3. Jgnlah MENGHINA Pakcik Islam/Melayu kita, yg. jadi mangsa! Tapi saya minta Pakcik Azman ini minta tolong UMNO, bukan dari loyar-loyar SAMPAH DAPSYAITAN/PKRyg. hanya nak publisiti dan mahu hentam BN/UMNO semata-mata!

    BETINA glamour tu memang KURANG AJAQ! Tak ada hormat lansung orang tua, apalagi Pakcik Islam/Melayu miskin, yg. terpaksa kerja kuat menyara keluarga dia! Dahlah tu, kononnya menyesal, minta maaf pd `rakyat` konon, awat tak minta maaf pd. Pakcik Azman malang ini sendiri, kalau betul-betul ikhlas! BERTAUBATlah betul-betul pada Allah SWT; jgn. nak ingat glamour-perangai-mcm-binatang-buas aja; dan pi minta maaf dgn, IKHLAS dan perasaan MERENDAH DIRI pd. Pakcik malang kita ini! Jadi saman itu mungkin tak akan terjadi.

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SAMBAL BELACAN MKN DGN PUCUK UBI LAH BINI SEPK BOLA , LAKI TENDANG GOL DIA TENDANG GUARD = TEDANG TETAP TENDANG SILAP TENDAY AKU SAMUN KAU

      Padam
  4. Elok lah di saman,ajar sikit 'bini glamour' yg kurang ajar tu.Kalau bini aku aku yg bagi penampar dulu,kerana perbuata kurang ajarnya tu boleh menjatuhkan maruah suami.Syarikat pengawal keselamatan ut bertindak betul,membantu kakitangan nya yg dihalang dan di maki hamun kerana menjalankan tugas.Ganti rugi adalah utk Pak Guard tu,bukan utk co.mahkamah bukan nya bodoh nak beri ganti rugi pada org lain ,bukan pada 'mangsa'.

    BalasPadam
  5. Saya rasa pakcik Azman tu tak tahu menahu pasal saman-menyaman ni. Dia org tua biasa je. Dia bukan macam guard lain pesara askar atau polis. Dia cuma guard biasa je. Tambah pulak dia sendiri kata, "saya bukan org senang". Jadi rasanya dia tak tahu macam mana nak saman-menyaman pun. Kalau betul yg nak saman tu mungkinlah majikannya......kita tak tahu lagi apa cerita dan tindakan selanjutnya. Ini semua hanya kemungkinan......apa pun tunggu dan lihat sajalah. Apa yg perlu kita buat sekarang ialah ambil iktibar dari apa yg berlaku. Allah melarang kita bersifat riya'.

    Teringat pula cerita tentang Rasulullah SAW kalau berjalan di belakang org tua, baginda tak akan memotong org tua tu walaupun org tua tersebut berjalan dgn lambat dan perlahan. Begitulah sikap insan teragung. Jadi siapalah kita kalau dibanding dgn Baginda???........jadi fikir-fikirkanlah......

    BalasPadam
  6. x perlu saman menyaman lah. mat yo dan bini kurg ajar dia pun dah kantoi kat internet. dah malu dan di hina satu malaysia. pak guard tu xde lah suffer mana pun. meluat tgk syarikat supply guard n loyar dr PR ni nak ambik kesempatan tumpang glamour. harap bn umno jgn masuk campur..

    BalasPadam
  7. Pandai sgt la korg suma yg cakap bukan2 pasal Pakcik ni..Amik mudah jer kan.?! Sbbnya Pakcik ni xde kena mengena dgn korg kan.!!! Sepatutnya kita SOKONG & bagi KREDIT kt Syarikat ni sbb membela pekerja mereka..Lgpun POMPUAN KURANG AJAR tu memg patut sgt2 diberi pengajaran.!!! Supaya menjadi contoh teladan kpd yg lain jgn berSIKAP BIADAP dgn org tua yg boleh dianggap sbg AYAH sendiri...

    Ini tdk..klu Syarikat buat x peduli korg kata Syarikat ni x bertanggungjawab pada pekerjanya..bila Syarikat ni ambil peduli korg kata amik kesempatan plak..SIALKAN.!!! Lg satu, ini bukan ISU POLITIK.!!! INI ADALAH ISU SOSIAL.!!! Isu pompuan kurang ajar x sedor diri sbb rasa diri dh kaya raya senang lenang..,pasal dia bergambar dgn sapar2 tu x payah la korg nak judge bukan2..dia brgambar dgn suma org yg prihatin kpd nasib dia...

    ADA AKAL KE..POMPUAN KURANG AJAR KORG NAK SOKONG..POODAH.!!!!!!

    BalasPadam
  8. Elok juga pihak majikan bertindak demi menjaga nama baik syarikat. Janganlah hanya sebab pakcik tu sorang guard tua maka bolehlah dihina, tendang, tolak dan dimaki-hamun ikut suka.

    Hormat ni bukan pada orang kaya je. Jangan pandang rendah pada tukang sapu, pengutip sampah, pemotong rumput, pencuci tandas, pengawal keselamatan dan lain-lain. Mereka pun manusia yang cari rezeki untuk tanggung keluarga, macam kita juga. Cuma kita diberi Allah rezeki yang lebih dpd mereka. Jadi bersyukurlah, jangan sombong dan bongkak.dengan rezeki yang lebih tu.

    Ada juga baiknya syarikat keselamatan tu bertindak untuk saman demi menjaga nama baik syarikat supaya tidak terjejas dan juga demi menjaga hak semua pengawal keselamatan yang bertugas.

    BalasPadam
  9. kalau betul ikhlas nak tolong pak guard, lebih baik bos dia naikkan gaji pak guard semua ni, tahukah anda gaji pak guard sebulan cuma rm 200!! campur OT barulah sampai rm700-900. mengerah kudrat orang tua tanpa belas kasihan.. itu zalim namanya!

    BalasPadam
  10. Suami saya dan saya mempunyai kredit yang sangat buruk apabila kita mendalam kepada ahli hukum kewangan sehingga sejauh mana kita memohon kebankrapan, kita mempunyai sedikit atau tidak ada wang untuk menghantar anak perempuan kita ke emily ke kolej yang kita tidak mampu. Kami mengawal pinjaman gaji (syarikat pinjaman), yang telah membantu orang seperti kita, mendapat perubahan gadai janji. Setiap syarikat yang dihubungi kami mahu bayaran sebelumnya $ 1,000 hingga $ 2,000 yang kami tidak mampu. Kerana kami fikir kami tidak mempunyai harapan memilih untuk menjual atau kehilangan rumah anda dengan menutupnya. Kemudian saya berjumpa dengan majalah tempatan dan penutupnya ialah Perbadanan Ikatan Pinjaman. Tiga langkah utama; 1. Anda menghantar permohonan elektronik. E-mel: albakerloanfirm@gmail.com 2. Sediakan cara pengenalpastian yang betul sama ada warga negara anda memegang kad pengenalan atau lesen memandu dan maklumat akaun bank anda. 3. Pinjaman diproses, diluluskan dan dihantar. Cerita panjang dipendekkan, mereka membantu mendapatkan pinjaman pada kadar tetap 4% dan diubahsuai dengan pembayaran yang disemak semula. Mereka juga memberikan pinjaman anak-anak perempuan mereka untuk menyelesaikan gaji penuh kolej saya. Kami bekerja dengan pinjaman Lasson, yang memberi amaran kepada kami tentang kemajuan seluruh dunia. dia melakukan semua dokumen, panggilan telefon, dll. Mereka melakukan semuanya dan kami mendapat pinjaman yang kami terima. Apabila saya bersetuju dengan terma pinjaman mereka dan saya menyerahkan butiran bank saya, saya membayar harga yang berpatutan untuk perkhidmatan ini. Kita tidak akan mampu untuk mendapatkannya semudah dan berpatutan kerana melalui proses transformasi mereka dengan pengetahuan kita. Saya tidak mempunyai masa untuk mengucapkan terima kasih, jadi TERIMA KASIH! Saya tidak dapat meminta pasukan yang lebih baik. Saya dikemas kini dengan pembiayaan semula. Terbaik untuk anda, gadai janji bergerak Jika anda mempunyai masalah seperti kami, hubungi syarikat penyelesaian pinjaman. Mereka boleh bekerja. Yang ikhlas, Timothy dan Maria mengadopsi pada 15 Mac 2018 di Columbus, GA

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.