Sabtu, 16 November 2013

Minyak Naik!..Tapi Pembekal Ayam Hadiah Mini Cooper Pada Anak Lulus UPSR

    9:11:00 PTG   No comments

upsr-mini-cooper

Wak J: Beruntung benar anak-anak sekarang ni, baru lulus UPSR dah dapat kereta sebiji, Mini Cooper plak tu pada hal bapa kerja sebagai pembekal ayam je. Mesti bapa budak ni dapat untung besar dari perniagaanya disebabkan oleh keadaan negara kita yang aman serta mudah mencari rezeki di bawah pentadbiran kerajaan BN.

Cakap-cakap Pembangkang kononya rakyat Malaysia hidup susah akibat dari kenaikan harga barang, harga petrol..tup-tup keluar cerita budak drajah 6 dapat kereta mahal hadiah pemberian bapa sebab lulus periksa UPSR je. Itu belum termasuk lulus PMR dan SPM. Ntah apa pula hadiah yang akan dapat nanti.

Sebenarnya hidup rakyat Malaysia takda lah sesusah mana pun kalau nak dibandingkan dengan nasib rakyat negara lain seperti Somalia. Baru harga gula naik sikit kecohnya macam dunia nak kiamat esok. Haramjadah punya Pembangkang!

Murid Cemerlang UPSR Terima Hadiah Kereta

KOTA BHARU - "Saya tak sangka ayah akan tunaikan hajat untuk menghadiahkan kereta Mini Cooper kepada saya,” kata pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Nur Fatini Zulaika Zukila, 12.

Anak pembekal ayam di Kota Bharu itu yang juga murid Sekolah Kebangsaan Zainab 1, memperoleh keputusan 5A dalam semua lima mata pelajaran yang diduduki dalam peperiksaan UPSR, diumumkan semalam.

Menurutnya, hadiah itu anugerah istimewa baginya kerana sebelum ini dia pernah menyatakan minatnya terhadap kereta tersebut yang kelihatan comel dan menarik kepada bapanya, Zukila Deraman, 36, dan ibunya, Nor Aishah Mahmud, 31.

“Ayah beritahu saya, jika saya dapat keputusan cemerlang dalam UPSR, dia janji untuk hadiahkan kereta tersebut.

“Memang pada mulanya seperti tidak percaya dan tidak sangka impian untuk memiliki kereta idaman tercapai selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Taman Tanjung Chat, di sini, hari ini.

Anak sulung daripada empat beradik ini bercita-cita menjadi juruterbang dan berhasrat melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

“Insya-Allah, mungkin enam tahun lagi apabila saya dapat lesen memandu, saya akan pandu sendiri kereta kesayangan saya ini.

“Ayah dan ibu banyak bagi semangat untuk saya belajar. Mungkin hadiah ini agak pelik bagi saya yang baru berusia 12 tahun tapi inilah pendorong semangat untuk saya berjaya dan berharap akan terus capai keputusan cemerlang di peringkat menengah nanti,” katanya.

Sumber

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.