Ahad, 17 November 2013

PAS Kena Langkah Mayat Karpal Dulu Jika Mahu Bawa Hudud ke Parlimen

    12:01:00 PTG   2 comments

karpal-hudud

Wak J: Ini lah masanya untuk wakil rakyat PAS tunjuk jantan dan buktikan pada rakyat bahawa Parti Islam itu mampu menyakinkan rakan mereka iaitu DAP dan PKR menerima Hudud sebagai agenda utama Pakatan Pembangkang dalam usaha untuk mengambil alih Putrajaya.

Tapi, wak tak berkeyakinan wakil rakyat PAS memiliki sifat berani untuk membawa usul ini ke dalam Dewan untuk dibahasakan. Silap-silap hari bulan, isu Hudud yang cuba dimainkan PAS ini akan memakan diri kembali.

Mungkinkah sekali lagi akan kedengaran ungkapan 'Over My Dead Body' yang keluar dari mulut Karpal Singh bagi menyanggah usul yang dibawa PAS berkenaan Hudud.

Itu pun kalau PAS ni ada 'telur' lah.

Setelah 20 tahun berlalu...
 
“Bagi masa sikit untuk kita laksanakannya, sebab benda ini tidak boleh dibuat tergesa-gesa. Kita kena tengok dari segi perundangan dan sebagainya.

"Kita tak mahu buat tanpa persediaan bagi mengelak ia  bertembung dengan banyak halangan," :- Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
 
SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menegaskan akan menerima usul perbahasan mengenai hudud di Kelantan jika ada ahli parlimen membawanya ke Dewan Rakyat.

Bagaimanapun menurutnya, perkara tersebut terserah kepada pihak Pas sekiranya mereka mahu membahaskannya.

“Kita sedia mendengar usul tersebut, tetapi keputusan tertakluk kepada sokongan semua ahli dewan.

“Kerana jika di bawa ke Parlimen, suara mereka (Pas) hanya minoriti, kita tidak tahu sokongan daripada rakan PR yang lain,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan cadangan membawa usul meminda undang-undang bagi memberi laluan Kelantan melaksanakan hudud di Dewan Rakyat sebagai tidak relevan.

Beliau bagaimanapun tetap menyokong sepenuhnya perlaksanaan hudud di negeri itu.

Sumber

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. Sampai bila PAS hendak jadi pengemis daripada DAP dan Karpal Singh pun tak tahu. Tolonglah jaga maruah Islam. Walaupun dihina oleh Karpal masih lagi mahu bekerjasama.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.