Pak Menteri Pesan...Jangan Naik Kereta Kalau Tak Nak Bayar Tol Mahal!

tol-naik-2014

Wak J: Sejak pengumuman Kerajaan tentang kenaikan kadar Tol lebuhraya pada tahun hadapan, para pengguna jalanraya yang biasa menggunakan jalan bertol sudah mula menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap langkah kerajaan itu.

Ada yang berpendapat, pentadbiran Najib hari ini semacam ada yang tidak kena. Najib dilihat gagal mengawal gelagat para penasihat yang berada disekelilingnya. Pada zaman Tun Mahathir dulu ada juga berlaku kenaikan dan pengurangan subsidi, tetapi tidak lah berturutan sebegini di mana kuasa beli rakyat juga disesuaikan dan difleksibelkan.

Sebarang kenaikan dan pengurangan subsidi adalah perkara normal dalam sistem ekonomi bagi mana-mana negara pun. Langkah Kerajaan me'rasionalisasi'kan harga barangan dan perkhidmatan selepas PRU13, seolah-olah Kerajaan tidak lagi dapat menahan dan ingin dihambur keluar segalanya setelah sekian lama diperam sebelum pilihanraya.

Dengan isu kenaikan yang berlaku, akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) yang menjadi kerajaan hari ini tumbang pada PRU14 akan datang. Setelah kehilangan sokongan masyarakat Cina pada pru lepas, adakah BN mahu kehilangan undi orang Melayu pula pada pru akan datang akibat dari tindakan 'rasionalisasi' yang tak rasional ini!

Jangan selepas ini ada pak menteri yang gatal mulut berkata...'Jangan naik kereta kalau tak nak bayar tol'..mampuiiii..

KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

"Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain.

"Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan mewarna dan melukis sambutan ulang tahun ke-50 Bangunan Parlimen di dataran Parlimen di sini, Sabtu.

Abdul Wahid juga memberitahu kenaikan itu pada tahun hadapan, dapat mengelakkan daripada berlakunya peningkatan secara mendadak yang lebih membebankan rakyat, apabila masa untuk menyemak semula kadar baharu tiba.

Petikan BERNAMA

3 comments:

  1. Tajuk kau membayangkan seolah olah seorang menteri telah membuat kenyataan tersebut tetapi ianya cuma satu andaian jahat penulis sahaja.. Buruk sangat lah cara penulisan sebegini...

    ReplyDelete
  2. Apa-apa pun, bila kerajaan buat projek untuk rakyat. Biarlah rakyat mendapat kemudahannya. Jangan menekan rakyat hanya kerana untuk mendapat keuntungan. Apa guna projek berbilion jika rakyat tidak dapat menggunakannya. PLUS dan konsesi dah untung berbilion hasil sokongan rakyat yang menggunakan perkhidmatan, berterima kasihlah pada rakyat dan rakyat juga bersyukur atas kemudahan dan nikmat yang diberi. Barulah dikatakan menang menang.

    ReplyDelete
  3. tahun depan tarif elektrik naik, tambang lrt naik, tol naik, tambang bas naik dan harga barang keperluan juga pasti akan naik secara pakej. semuanya diatur secara berturut-turut. bagaimana pm kita sebagai kepala negara mengawal penasihat-penasihatnya? tidakkah dijangkakan episod kenaikan kos hidup yang berturut-turut tahun depan akan menyebabkan rasa sayang sebahagian rakyat kepada kerajaan bertukar menjadi meluat? jangan sampai transformasi oleh kerajaan najib bertukar menjadi reformasi oleh rakyat yang sakit hati. ingatan kepada pemerintah agar beragak dan berfikir serta memandang ke bahagian dasar majoriti rakyat.

    ReplyDelete

Wak tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya mewakili pendirian Wak selaku pemilik blog.

Sila guna bahasa dan ayat yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan melambangkan ciri keperibadian diri anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bicara Politik Tanpa Henti

Arkib Blog

Pakatan Haram (337) Corat Coret (320) Politik Malaysia (164) Parti Pas (163) Berita Semasa (134) PKR (107) Selangor (102) Anwar Jubur (93) Blog (84) DAPigs (84) Skandal (81) BN (80) Fokus (58) Isu Semasa (44) LIWAT (42) You Tube (35) Felda (33) BERNAMA (30) English Section (29) Demo Lo Ni (23) Dalang (22) Umno (22) PRU13 (21) Najib Razak (20) BerSHIT3.0 (17) Info Sihat (13) Fitnah (12) Wang Besar (12) Sukan (10) Jenayah (9) Nasional (9) Auto CAD (8) SSDE (8) DYMM Sultan Johor (7) Konspirasi (7) JERING Daily (6) Dunia (5) Hiburan (5) Kelahiran (5) Nik Aziz (5) Solid Works (5) Agama (4) Eng Section (4) Wake UP Post (4) Jembalang (3) Kempen (3) Ramadhan (3) Raya (3) Cinabeng (2) HBN2012 (2) Nurul Izzah (2) PRK (2) SUHAKAM (2) p (2) Merdeka (1) Parlimen (1) Perkasa (1) Propaganda (1) TMJ (1) Tun M (1)