Selasa, 21 Januari 2014

Lupa Pula! Dato Sri Anwar Ibrahim Ni Bekas Banduan Jenayah Rupanya

    10:44:00 PTG   2 comments

anwar-banduan
Wak J: Mungkin ada di kalangan kita sudah lupa bahawa Anwar pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah berat sehingga menyebabkan suami kepada Presiden PKR, Wan Azizah pernah disumbat ke dalam penjara.

Rakyat Malaysia terutamanya penyokong Pembangkang sepatutnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Jepun kerana telah mengingatkan kembali pada kita semua bahawa Anwar adalah seorang bekas PENJENAYAH merbahaya yang boleh membawa ancaman kepada keselamatan negara.

Tindakan tegas kerajaan Jepun menghalang mana-mana individu yang pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah seperti Ketua Pembangkang Malaysia dari memasuki negaranya memang wajar dipuji dan dicontohi oleh negara kita.

Bekas penjenayah seperti bapa Nurul Izzah memang tidak akan kenal erti insaf dan tahu makna taubat selagi hajatnya untuk menjadi Perdana Menteri tidak tercapai. Segala macam perkara aib yang memalukan berlaku terhadap dirinya selama ini mungkin disebabkan balasan Tuhan yang mahu memberi petunjuk dan pedoman kepada kita semua bahawa tidak ada seorang pun dari kalangan hambaNya boleh terlepas dari hukuman, baik di dunia atau di akhirat jika melakukan dosa!

Kedutaan: Anwar dilarang masuk Jepun kerana bekas banduan
 
SHAH ALAM - Jurucakap kedutaan Jepun, Tomoko Nagai berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang memasuki Jepun Ahad lalu kerana melakukan kesalahan dan pernah dipenjara pada tahun 1999.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang pernah melakukan kesalahan dan menjalani hukuman penjara sama ada di Jepun atau negara lain tidak dibenarkan memasuki negara itu.

"Seperti yang diketahui, Anwar pernah dibenarkan memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 tetapi ketika itu beliau mempunyai kebenaran khas daripada negara berkenaan.

"Bagaimanapun, kali ini beliau tidak membuat permintaan dan berikutan itu kemasukannya tidak dapat diterima," katanya ketika dihubungi The Star.

Nagai memberitahu, tindakan itu mengikut larangan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Jepun di bawah Perkara 5 (iv), Akta Pengiktirafan Pelarian dan Kawalan Imigresen yang dikenakan terhadap semua individu yang ingin memasuki negara berkenaan.

Pada Ahad, Anwar tidak dibenarkan memasuki Jepun selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada pukul 6.45 pagi.

Beliau diarahkan pulang menerusi penerbangan pertama ataupun dikenakan tindakan pengusiran.

Sinar Harian

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. Saya tak pernah lupa yang Anwar adalah seorang bekas banduan. Saya tak menyokong Pakatan Rakyat pada PRU 13 lalu sebab betul-betul tak ingin melihat seorang peliwat/penipu menjadi PM kita. Nak ikutkan Anwar juga boleh dianggap sebagai bakal banduan sekiranya kita ambil kira yang dia mungkin masuk jel sekali lagi sekiranya dia didapati bersalah dalam kes kesalahan meliwat Saiful. Harap-harap itulah yang akan terjadi. Down with Anwar forever and ever!

    BalasPadam
  2. Tuhan Bayar Cash sama AlJuburi. Mungkin PM Najib terinaya masaalah 'Kangkung" dan dia berdoa. Allah makbul doanya, maka lihatlah Anuar dimalukan di Japan, kemudian Nurul menghadapi masaalah dan jangan lupa Selangor dulu makmur sekarang kacau bilau."Jangan angkat orang bukan dari kalangan (Islam) mu jadi pemimpin, akan tiba padahnya", begitulah orang PAS kata masa dulu2 dimimbar masjid - sekarang rasakan ....

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.