Ahad, 20 April 2014

Khalid Ibrahim Yang Bodoh, Tapi Operator Kilang Nestle Pula Akan Diberhenti Kerja

    3:07:00 PTG   1 comment

Wak J: Pekerja kilang Nestle Malaysia yang berpusat di Shah Alam kini sudah boleh menyelak muka surat mana-mana akhbar tempatan yang menawarkan peluang pekerjaan sebagai langkah berjaga-jaga sebelum diberhentikan kerja.

khalid-ketawa-besarSemua ini boleh menjadi kenyataan sekiranya kerajaan negeri Selangor masih lagi gagal mencari punca air terawat untuk menyelesaikan masalah catuan  yang sudah berlelarutan sejak berbulan lalu yang bukan sahaja menyusahkan rakyat untuk meneruskan kehidupan seharian mereka, malah mendatangkan kerugian berjuta ringgit  kepada para pelabur.

Sistem catuan air yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mula memberi kesan kepada pendapatan negeri itu sendiri. Ketiadaan idea atau cadangan pragmatik daripada Kerajaan Negeri menambahkan lagi masalah yang sedang melanda Selangor.

Justeru tidak hairanlah apabila wakil DAP mencadangkan agar Kerajaan Negeri segera menarik semula perintah catuan air yang dibuat sekarang.

Sudah banyak syarikat terutama sekali yang berasaskan makanan mulai merungut dan mengadu tentang kerugian yang mereka perlu hadapi setiap hari. Terbaru adalah Nestle yang mempunyai kilang besar di Shah Alam.

Catuan air telah membuatkan kilang tersebut kerugian antara RM12 juta sehingga RM15 juta setiap hari. Sekaligus gangguan berkenaan turut memberi kesan kepada masa hadapan para pekerja di kilang tersebut yang jumlahnya melebihi 300 orang. Pengurusan kilang tersebut, pastinya akan mengambil langkah terakhir iaitu membuang semua tenaga kerja dan seterusnya memindahkan lokasi operasi ke kawasan lain yang lebih terjamin.

Dan sudah pastilah, lokasi baru yang akan menjadi perhatian pengurusan NESTLE adalah di Indochina yang tidak sahaja memberikan jaminan tentang bekalan air, bahkan tenaga kerja yang lebih murah dan kurangnya kerenah politik terutama sekali membabitkan politik di kalangan para pekerja mahupun gangguan daripada pemimpin-pemimpin politik setempat yang gemar menghasut dan mengganggu urusan serta perjalanan kilang berkenaan.

NESTLE bukanlah satu-satunya kilang besar yang sudah mula menunjukkan kecenderungan untuk berpindah lokasi ke Indochina sebaliknya beberapa kilang besar yang lain turut menunjukkan kecenderungan yang sama. Pelabur-pelabur yang dibawa masuk dari zaman pentadbiran Barisan Nasional, nampaknya cuba dihalau keluar oleh Pakatan Rakyat.

Baca juga di sini

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. Sebelum isu air ni dah terlalu banyak kilang di selangor ditutup. Semua nya kerana pakej pelaburan yang tidak menguntungkan. Kerana kebijaksaan kerajaan BN menaikan kos elektrik dan gas sekarang juga mendorong kilang ditutup. Terima kasih BN.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.