Khamis, 24 April 2014

Selangor Cukup Air Hingga Syawal Ini? MB Selangor Temberang Lagi!

    12:20:00 PG   4 comments

khalid-ibrahim-catu-air

Wak J: Kalau dari dulu lagi kerajaan negeri Selangor sudah mengeluarkan belanja sebanyak ini untuk memastikan bekalan air bersih sentiasa mencukupi walau berdepan musim kemarau, tak adalah rakyat Selangor perlu bersusah-payah memikul tong air setiap hari menaiki tangga hingga ke tingkat lima macam sekarang.

Kegagalan kerajaan negeri Selangor menyediakan sumber air yang mencukupi untuk kegunaan harian rakyatnya dan juga keperluan industri, adalah bukti nyata bahawa menteri besarnya tidak cekap mentadbir urus negeri dan wajar meletak jawatan sebelum masalah lebih besar melanda.

Sudah bertahun-tahun kerajaan negeri Selangor diingatkan supaya bersiap sedia untuk mendepani krisis air yang dijangka melanda pada tahun 2014. Namun semua peringatan ini tidak dipeduli, malahan isu air ini turut dijadikan modal politik oleh pemimpin mereka.

Lima tahun lepas Khalid Ibrahim pernah memberi jaminan bahawa negeri Selangor cukup air sehingga 2016, namun sebaliknya berlaku. Hari ini Khalid Ibrahim memberi jaminan yang sama iaitu Selangor cukup bekalan air sehingga Ramdhan dan Syawal depan. Adakah boleh dipercayai jaminan si penipu ini?

Disebabkan kedegilan Khalid Ibrahim dan kebebalan pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor, rakyat pula yang menanggung akibatnya. Sekiranya projek Langat 2 dimulakan pada lima tahun lepas, sudah tentu rakyat Selangor tidak perlu berdepan dan krisis air seteruk ini, dan kerajaan negeri pula tidak perlu membelanjakan wang rakyat yang banyak semata-mata untuk membeli pam air yang belum tentu lagi mampu menampung keperluan air untuk kegunaan domestik dan industri.

tun-m-water-crisis

Belanja RM10 Juta, Usaha Terbaru Selesai Isu Air

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor sedia menghentikan catuan air yang dilaksana sejak Mac apabila paras air di Empangan Sungai Selangor meningkat ke 42 peratus, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.
  
Beliau berkata setakat pukul 8 pagi ini, paras air di empangan itu masih berada di bawah paras kritikal iaitu 38.97 peratus dengan jumlah takungan 89.63 juta liter padu.
  
Katanya, walaupun empangan lain terus menunjukkan peningkatan melebihi paras 50 peratus namun empangan ini hanya membekalkan sebahagian kecil air kepada pengguna.
  
Empangan Sungai Selangor membekalkan kira-kira 60 peratus keperluan pengguna di Lembah Klang.   

"Seperti yang diumumkan semalam kerajaan negeri telah mengenal pasti usaha untuk menambah bekalan air mentah dan jika hasilnya positif, kita bersedia untuk mengkaji semula pelan catuan air," kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini.
 
Sehubungan itu, beliau berkata exco negeri hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk membina infrastruktur bagi kerja-kerja mengepam air dari kolam bekas lombong sekitar Lembangan Sungai Selangor ke Sungai Selangor.
  
Katanya, sembilan buah pam berkeupayaan tinggi akan disediakan bagi mempastikan kerja-kerja pengepaman memberi kesan maksimum dan mampu meningkatkan paras air di Sungai Selangor.
  
Beliau berkata infrastruktur ini juga akan digunakan bagi mengepam air Sungai Selangor ke kolam takungan apabila paras air sungai mencapai paras normal.
  
Ini sebagai persediaan menghadapi musim kering berlanjutan yang diramal akan berlaku antara Mei sehingga September ini, kata beliau.
  
"Kerja mengepam itu telah dimulakan sejak tiga hari lalu, melibatkan sembilan daripada lebih 26 bekas lombong bijih timah yang ada di negeri ini," kata Abdul Khalid.
  
Menurutnya, pam berkapasiti tinggi itu mampu mengepam air sebanyak 50 juta liter sehari.
  
"Jadi pengguna tidak perlu bimbang bila tiba musim kering nanti kerana kita sudah ada perancangan untuk enam bulan seterusnya.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
4 ulasan:
Write comments
  1. http://m.malaysiakini.com/news/137794
    air cukup hingga 2019

    BalasPadam
  2. Ok jugak lah tu!!

    Lepas Syawal nanti boleh puasa lagi sepanjang tahun!!!

    Rakyat Selangor ko pilih ko tanggung lah!!!

    BalasPadam
  3. air cukup smpi bile2...air bersih je xcukup..layan sgt malaysia kini

    BalasPadam
  4. MB yakin bahawa air akan cukup hingga syawal, benar sebab lepas ini rakyat Selangor akan gunakan air bekas lombong yang tak habis sampai bila-bila he he he he

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.