Rabu, 17 September 2014

Tali Barut Anwar Dalam PAS Rancang Malukan Hadi Dalam Muktamar

    11:16:00 PTG   No comments

boikot-hadi-muktamar-pas

Sekarang ini sedang tersebar desas-desus yang mengatakan bahawa pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) dari PKR dan DAP tidak akan hadir ke Muktamar PAS di Johor esok.

DAP dan PKR dilaporkan hanya akan menghantar beberapa orang bawahanya untuk mewakil parti masing-masing sebagai tanda menghormati Hadi Awang selaku Presiden PAS.

Menurut sumber, keputusan tidak hadir yang dibuat oleh kedua-dua pemimpin utama parti dalam Pakatan Rakyat itu disebabkan oleh sikap keras hati Presiden PAS itu yang enggan memberi sokongan terhadap pencalonan isteri Anwar Ibrahim sebagai calon Menteri Besar Selangor.
julfekar-min-selgie
Klik foto untuk zoom
Menurut maklumat dalaman PAS yang dipercayai pro Anwar turut memberitahu, sekumpulan perwakilan pemuda dari parti itu  telah merancang untuk memboikot ucapan Hadi esok sebagai tindak balas terhadap kelakuan keluar dewan oleh sekumpulan perwakilan pemuda pro Ulama ketika Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu menyampaikan ucapanya baru-baru ini.

Sejak berita ini mula tersebar, seorang pemimpin PAS yang didakawa terlibat menjadi dalang utama  untuk memulaukan ucapan ketuanya itu semasa muktamar esok menafikan desas-desus tersebut sambil memberi jaminan bahawa anak buahnya tidak akan melakukan perkara tersebut seperti mana yang dilakukan oleh perwakilan Pemuda pro Ulama sebelum ini.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.