Ahad, 5 Oktober 2014

Pengurusi MyWatch Miliki Kekayaan Luar Biasa Selepas Tubuhkan NGO

    11:06:00 PG   No comments

Sanjeevan-mywatch

Pembelian dua nombor pendaftaran plat kereta BMW yang mececah hampir RM340,000 oleh seorang pengurusi sebuah badan NGO pro Pakatan Pembangkang, MyWatch, menjadi bualan hangat di media massa dan serta viral di laman sosial.

Menurut sumber, S.Sri Sanjeevan dikatakan telah membeli  dua nombor plat iaitu BMW8 dan BMW11 masing-masing dengan harga  RM174,776 dan RM165,000. Siri nombor plat BMW ini terbuka untuk tender awam di pejabat JPJ seluruh negara dari 14 hingga 28 Ogos lalu.

Kemampuan R. Sanjeevan membeli dua nombor plat bernilai ratusan ribu ringgit dengan hanya bekerja sebagai pengurusi NGO, sekaligus mendedahkan kekayaan luar biasa Pengurusi MyWatch itu yang sebelum ini dilaporkan seringkali menyerang PDRM menerusi pendedahan-pendedahan pembabitan anggota dan pegawai-pegawai polis dengan pusat-pusat judi terutama sekali mesin-mesin judi.

Kekayaan luar biasa yang di miliki R. Sanjeevan  yang bekerja sebagai pengurusi NGO telah mengundang pelbagai persoalan serta dakwaan  dari banyak pihak yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena di sebalik kemampunya itu.
awek-blog-1
Saya Ina..Jom ke blog saya
Sebelum ini, R.Sanjeevan didakwa pernah menjadi 'balaci' kepada sindiket perjudian yang bersaing dan mahu menguasai sesuatu kawasan dengan sejumlah bayaran.

Oleh kerana mahu mengelak daripada dikenakan tindakan pihak berkuasa, R.Sanjeevan telah diberi tungasan membuat bising dengan mencari kesalahan pihak polis, sekaligus menyebabkan pihak polis 'serba-salah' kerana pembabitan anggota-anggota dan pegawai-pegawai mereka dengan premis-premis judi tersebut.

Jika dahulu dakwaan terhadap R.Sanjeevan menjadi 'balaci' kepada sindikit judi haram hanya sekadar teori yang berdasarkan cakap-cakap orang, melalui pendedahan terbaru yang kini viral mengenai kemampunya membeli nombor pendaftaran kereta dengan nilai yang tinggi memungkin bahawa segala dakwaan ke atas batang tubuh Pengurusi MyWatch itu terlibat dengan kegiatan haram sebelum ini adalah benar.

Beberapa pendapat yang diutarakan melalui laman sosial berhubung isu ini, beranggapan bahawa penubuhan MyWatch sebenarnya bukan berfungsi sebagai check & balance kepada pihak berkuasa, tetapi berperanan untuk melindungi segala aktviti haram yang dilakukan pihak tertentu  bagi mengaburi mata pihak polis  dan masyarakat dengan berselindung di sebalik nama NGO.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.