Rabu, 1 Oktober 2014

Satu Hari Nanti Rakyat Akan Berterima Kasih Pada Najib Kerana Potong Subsidi Petrol Hari Ini

    9:21:00 PTG   27 comments

Wak J: Sama ada kita suka atau tidak dengan berita kenaikan harga minyak ini, wak rasa itu sahajalah jalan terbaik untuk kerajaan mengawal dan menghapuskan penyelewengan subsidi minyak yang telah berlaku sejak pemberian subsidi ini diperkenalkan. 

Daripada kerajaan beri subsidi petrol kepada penyeludup dan rakyat negara luar yang selalu keluar masuk ke negara ini sesuka hati mereka, adalah lebih baik wang peruntukan subsidi tersebut disalurkan kepada pihak yang memerlukan.

Menandangkan Pilihanraya Umum ke-14 lama lagi, inilah masa yang sesuai jika Kerajaan mahu melakukan apa perubahan termasuklah mengurangkan pemberian subsidi terhadap bahan api.

Penyokong dan pemimpin Pembangkang pasti akan main isu minyak naik ni habis-habisan untuk menyakitkan hati penyokong Kerajaan kerana mengundi Barisan Nasional pada PRU lepas. Jangan risau lah, dia orang pun tetap kena bayar harga minyak petrol pada kadar harga yang sama selagi kerajaan Najib tak tumbang lah!

Hari esok minyak RON95 diumumkan naik sebanyak 20sen dan kenaikan ini bukanya kali  pertama berlaku dalam negara kita. Wak yakain kita semua dah biasa dengan keadaan ini. Bagi yang tak biasa tu, kena biasa-biasakan kalau nak hidup. Jangan 'naik minyak' sudah ler..nayaaa..

Harga-Minyak-naik-RON95-diesel

Harga Petrol RON95, Diesel Naik 20 Sen 

PETALING JAYA: Harga runcit RON 95 yang baharu naik daripada RM2.10 kepada RM2.30, manakala diesel daripada RM2 kepada RM2.20, berkuatkuasa 12.01 tengah malam Khamis.

Harga baharu itu berikutan pengurangan subsidi bagi petrol RON 95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen. Pada masa ini, harga pasaran bagi petrol RON95 ialah RM2.58 seliter, sementara harga diesel ialah, RM2.52 seliter.

Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam  kenyataan pada Rabu berkata, walaupun kadar subsidi dikurangkan, kerajaan masih perlu membelanjakan lebih daripada RM21 bilion untuk subsidi petrol, diesel dan LPG bagi tahun 2014.

Menurut kenyataan itu, langkah tersebut dilaksanakan selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan bagi memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.

"Kerajaan juga dijangka dapat mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan yang dilakukan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. 

"Pemberian subsidi perlu sampai kepada golongan sasar dan tidak secara pukal. Ini kerana pelancong asing turut menikmati subsidi yang diberikan kerajaan," katanya.

KPDNKK berkata, langkah penjimatan daripada subsidi petrol dan diesel tersebut dapat menghasilkan penjimatan yang setimpal dan ia boleh digunakan untuk pembangunan bidang pendidikan, kesihatan, sistem pengangkutan awam yang lebih cekap serta meningkatkan tahap keselamatan negara.

Biarpun demikian, kerajaan sedar bahawa langkah rasionalisasi subsidi ini akan memberi kesan kepada ekonomi dan masyarakat.

"Kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk meringankan beban, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Antara langkah yang akan diambil kerajaan ialah menaikkan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan diumumkan dalam Bajet 2015 kelak," menurut kenyataan tersebut.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
27 ulasan:
Write comments
  1. Jalan mudah nak kayakan cina bangsat yang najib nak undi cina tu.... dapatkan lah khidmat nasihat dari tun.... ape la bengap sangat.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Marah najib skrg ni x guna...next PRU kita sama-sama undi PR..cara?

      Padam
    2. Tolong jgn undi PR dlm PRU

      Singkirkan Najib dlm PAU !!

      Pesan Tun..
      Jgn tukar parti pemerintah
      Tukar pemerintah dlm parti klu kerajaan x ok

      Padam
  2. hapuskan subsidi seperti minyak dan gula (pembawa kencing manis). jangan adakan BR1M lagi sebab tidak membawa manfaat. Naikkan elaun bantuan JKM seperti elaun OKU, berikan bantuan kewangan rumah jagaan org tua dan sekolah bantuan khas. Itu lebih baik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dengan pendapat tuan. Dengan cara ini sahaja lah masalah ketirisan yang sering dilaporkan berlaku dapat di atasi..

      Padam
  3. naik lagi...yaaaa hooo!!!
    agaknya siapa yg sanggup protes dengan berjalan kaki?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daripada protes jalan kaki, lebih baik tidur di rumah..minyak naik, kurangkan berjalan sana sini..kalau marah dkt kerajaan..esok PRU undi Pembangkang, dapat minyak FREE..sapa tahu..itu pun kalau sanggup berPMkan si PELIWAT..

      Padam
  4. "Daripada kerajaan beri subsidi petrol kepada penyeludup dan rakyat negara luar yang selalu keluar masuk ke negara ini sesuka hati mereka". Alasan yang teramat bodoh. Susah sangat nak banteras penyeludup dan rakyat negara luar ke? Semua ini berpunca dari rasuah. Kerana penyangak dan kerajaan yang buta perut, maka rakyat terbeban.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau senang..xde la kerajaan terhegeh2 naikan harga petrol sekarang...sebelum ni kita juga yg mengeluh pasal minyak kena seludup, org luar beli..tapi tak ada sorang pun boleh bagi cadangan paling berkesan utk atasi 2 masalah tu...ckp memang senang tapi cuba buat...

      selagi manusia bergelar manusia, wang bergelar ringgit..jangan terlalu berharap sangat pada kesempurnaan dalam sebuah kerajaan..

      Padam
  5. Nak elak penyeludupan minyak naik harga minyak.. nak elak bazir air naik tarif air.. nak jimat elektrik naik tarif elektrik.. senangkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bro..rakyat tak guna petrol utk buat air teh..jgn pukul rata semuanya...

      Padam
    2. Wak jengkaut...buat air teh pun guna petrol...nak beli teh di kedai runcit/pasaraya boleh jalan kaki je ke....pengedar nak hantar teh ke peruncit pakai beg galas je ke....usahlah hitam sangat hati tu

      Padam
    3. Klu mcm tu baik mati lor...tak payah risau petrol naik harga..hidup bertuhankan petrol mcm ni la jadinya...

      Padam
  6. sekalung tahniah kepada Dato' Seri Najib dan kerajaan Malaysia kerana menaikkan hrga minyak dan sekaligus menyalurkan potongan tersebut kepada kami warga BR1M yang miskin hina. Untuk makluman Dato' Seri, kami hanya tahu makan ikan tetapi tidak tahu apa2 berkenaan ilmu memancing

    Oleh yang demikian, diharapkan pihak kerajaan akan terus memotong segala bentuk subsidi dan memasukkan secara terus ke akaun kami setiap bulan.

    Brim...brim...brim >>>slogan baru PETRONAS

    BalasPadam
    Balasan
    1. najib bg brim setahun cuma sekali tapi rakyat kena tanggung kenaikan sepanjang masa !

      ......patut laaa tun M kritik brim.

      Padam
  7. Hmmm....aku setuju dgn Tun M.....Najib slow dan lemah.

    BalasPadam
  8. masalahnya penguatkuasaan di Malaysia sangat lemah!.Kenaikan rm0.20 bukan shj melibatkan bahan bakar tetapi hampir semua barangan keperluan harian ...semua nak naik ikut pukul rata!...minyak naik rm0.20 harga teh pun naik rm0.20... macamlah nak angkut secawan teh pakai 1 liter minyak!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penguatkuasa tu pun sedara mara kita juga..

      Padam
    2. ini bukan soal saudara mara la, bahlol!

      Padam
  9. Najib menggali kubur politiknya sendiri
    Retorik tak habis2.. cakapnya membosankan zero impact... jerit je kuat mcm org sewel.
    Tun M dlu xperlu jerit2 tapi kerja cekap..bijak. Negara maju.. rakyat displin.. jenayah terkawal.

    Najib, bgnya ialah khayalan semata2. dn mengheret UMNO BN dlm politik bodohnya. Kerana nyamuk banyak so kena bakar kelambu?
    Kerana penyeludup di kalangan anggota kerajaan sendiri yg rasuah, maka rakyat yg dihukum?Bukan Najib yg wajar dihukum krn ;lembik..lemah dan bodoh dlm menguruskan negara.

    Cina lahanat yg menolak serta menghinanya serta UMNO di angkat dijilat tak sudah2.. Melayu yang mengundinya hanya diberi layana sekadar ala..

    Najib, tunggulag PRU14, jika TS Muhyiddin tak ganti kau.. BNakan tumbang dan parti alternatif lain akn muncul dan yag pasti bukan Pakatan Haram, sama shj Najib, punasehat dan puak2 Pakatan Haram.. jembalang2 yg menyelubungi rakyat ini ada dlm mana2 parti..

    Tolak Najib.. manusia lembik lemah dan bodoh dlm memerintah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tolaaaakkkkkkkk !!

      gantikan dgn muhyidin.

      Padam
  10. HAAA HAAA HAAAA..

    Kenapa Naik kan 20 sen, Naik Lah sampai RM2.00 ..Senang Balun Duit Rakyat...

    Hapus ajer Subsidi Terus... Biar Malaysia Jadi Kucar Kacir, Bangunan Tinggi jadi Licin seumpama Kepala Otak Najib Licin lagi Bodoh Haramjaddah...

    BN UMNO... Memang Melayu Paling Bangsat Otak Lemah..Letih ajer dok komen itu ini, lain dibuat..

    PRU. 14... Mampus lah kau nanti Jadi Pembangkang

    BalasPadam
  11. kalau bn jadi pembangkang kerajaan boleh tidur lena.
    lihat je negeri yg BN jadi pembangkang.kerajaan buatlah apa jua pd rakyat BN jeling pun tidak denga masaalah rakyat.
    kerajaan jadi pembangkang ke pembangkang jadi kerajaan ke mangsanya adalah rakyat.peniaga tetap peniaga keuntungan adalah mottonya.

    BalasPadam
  12. Apa boleh buat dah keadaan semasa ...kerajaan terpaksa buat pilihan tidak popular...
    Selalu kita gembira jika keputusan popular contoh Brim, gaji kakitangan naik...dan biasanya keputusan popular akan datang dengan tindakan tak popular...maka kena kurang/jimatkan subsidi ...maka harga barang yang bersubsidi akan ada kenaikan.

    Takkan nak kekalkan subsidi yang semakin naik kerajaan kena pinjam pula...
    Di mana ada yang susah itu adalah kesenangan nya kelak.

    Marahkan minyak naik takkan lah sampai kita sanggup jalan kaki(kalau sanggup lagi bagus dari segi ekonomi diri).


    BalasPadam
  13. Nasib baik petrol yang naik. Kalau harga ubat yg naik, susah aku nak rawat kencing manis aku ni dengan asma. Aku pergi hospital naik bas jer. Ada motor bila pergi masjid. Aku tak pergi jalan jalan cari makan. Membazir. Masak sendiri kat rumah jer.
    Naik ler aku tak kisah. Janji jgn Anwar yg naik.

    BalasPadam
  14. bodoh sungguh penulis ni. tahap cipan.

    BalasPadam
  15. Ya ALLAH, apa kiranya kau terima haji muhyiddin, bagilah haji yang mabrur, berilah kekuatan pada beliau untuk mengambil alih tampuk parti umno, betilah hidayah kepadanya agar dapat mengembalikan semangat rakyat, khasnya orang2 islam dan melayu.....ya ALLAH apa kiranya kau beri peluang kepada tun mahathir sekali bersama2 muhyiddin memimpin kami semua keluar dari kepayahan dibawah pimpinan najib, ......berikan petunjuk kepafa najib agar turun dari kerusi PM malaysia.......aamimnnn

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.