Berita pengunduran mantan perdana menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Proton diterima baik semua pihak memandangkan negarawan itu tidak lagi menyokong kerajaan hari ini.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, tidak kira siapapun yang menjadi pengerusinya perjalanan syarikat pengeluar kereta nasional itu tidak akan terjejas sama sekali.
Jelas beliau, Proton dikendalikan oleh pihak pengurusan dan ahli lembaga pengarah, oleh itu tidak timbul sebarang masalah sekiranya pengerusinya mengundurkan diri.
"Mungkin beliau menyedari bahawa tiba masanya untuk beliau melepaskan jawatan itu kepada orang lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
Mengenai sama ada peletakan jawatan Dr Mahathir boleh membawa kepada perubahan persepsi syarikat itu, Hamzah berkata, perkara tersebut bergantung.
"Tetapi mereka (di dalam Proton) fikir ia adalah baik untuk syarikat," katanya.
Hamzah berkata, perletakan jawatan itu merupakan hak Dr Mahathir jika keputusan berkenaan adalah berdasarkan kepada isu politik.

sentap tahap kronik ni.. marah sebab orang dah tak ramai nak ikut cakap Tun
BalasPadambila dah masuk era 90an dan masih dibebani urusan duniawi ni .. agak tidak bagus untuk akal fikiran ... ialah mana ada orang umuq 90an jadi CEO puluhan syarikat besar atau GLC yang aktif .. jadi conselor university lagi
kalo jadi CEO kedai serbanika ke ... pengerusi maahad tahfiz ke mungkin boleh lagi
bukan nak menuduh Tun dah “Ardzalil-‘umur” tapi surah "At Tiin" ayat 4 – 8 ada menerangkannya begitu juga dalam Surah An-Nahl ayat 70 dan Surah Al-Hajj ayat 5.