Sabtu, 22 Oktober 2016

Undi Pembangkang Belum Tentu Dapat BR1M

    12:54:00 PG   2 comments

br1m-2017

Kenaikan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat  semalam bagaikan mimpi ngeri buat Pakatan Pembangkang.

BR1M merupakan satu kaedah yang berkesan untuk merangsang pergerakan ekonomi negara dengan menggalakkan rakyat berbelanja. Selain itu, ia menjadi salah satu startegi kerajaan Barisan Nasional untuk memenangi hati rakyat.

Sejak Bajet 2017 dibentangkan, juak-juak Pembangkang sehingga hari ini dilihat begitu sibuk mengemaskini status akaun Facebook masing-masing dengan mengecam segala initipati yang terkandung dalam belanjawan berkenaan termasuk BR1M.

Harapan dan peluang Pembangkang ingin menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang nampaknya semakin kabur dan berliku apabila Bajet 2017 yang mereka anggap sebagai umpan PRU14 diterima baik rakyat.

Trend kenaikan BR1M setiap tahun ini sudah pasti akan membuatkan rakyat merasa serba salah untuk menukar kerajaan. Perkara ini lah yang menjadi kebimbangan Pembangkang.

BR1M mula diperkenal pada 2012, yang memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah, dengan memberi bantuan tunai sebanyak RM500 kepada ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Pada 2013, BR1M 2.0 diteruskan dan diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Pada 2014 BR1M 3.0, bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, bantuan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

BR1M 3.0 diperluas kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.    

Dalam Bajet 2015, kerajaan menaikkan kadar BR1M 4.0 kepada RM950 daripada RM650 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dibayar secara tiga kali ansuran iaitu pada Januari, Mei dan September.

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kerajaan meningkatkan kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750 manakala bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar itu dinaikkan daripada RM300 kepada RM350.

Dalam Bajet 2016, BR1M untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah  ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000.

Pemberian BR1M bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800 manakala bagi individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar bantuan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. BR1M DUIT RAKYAT BUKAN DUIT UMNO!!!

    DUIT RAKYAT 1MDB YANG KENA SAMUN MACAM MANA PULAK??!!

    JANGAN JADI BAHLOL LA BONGOK!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. BODOH!!!
      KO PEKAK KER????
      PERNAH PM SEBUT IA DUIT UMNO???PALING TIDAK PON...KERAJAAN YG KORANG KATA KEJAM NIE BAGI JUGA DUIT UTK 7JUTA RAKYAT.
      DUIT 1MDB...BILA PULAK DUIT RAKYAT???!!!!LAIN LAH KLU MANTAN PM MAHDEY...TAK KESAH PON DUIT SAPA....LAIN KALI BANYAK SIKIT MEMBACA.JGN BACA SR DAN WSJ ATAU TELAN BULAT2 KATA2 MAHDEY DAN YB2 PEMBANGANG.BODOH!!!!
      TERBUKTI NEGARA KITA TIDAK MUFLIS DAN TIDAK GAGAL.YANG GAGAL IALAH YB2 PMBANGANG YG MUFLIS IDEA DAN GAGAL JADI YB YG PROFESIONAL.MRK LAYAK JADI YANG BODOH DAN YANG BANGANG MCM MACAI2NYA!!!!!!

      Padam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.