Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Isnin, 21 Ogos 2017

Jangan Ribut-Ribut Pak!

    11:00:00 PTG   1 comment
sepak_takraw_wanita_indonesia

Matlamat masuk satu pertandingan adalah untuk menang, bukanya meninggalkan gelanggang tanpa melawan hingga ke saat akhir.

Disebabkan ego tak bertempat jurulatih, pasukan sepak takraw wanita Indonesia gagal meraih sebarang pingat di kejohanan sukan SEA ke-29 ketika bertemu Malaysia baru-baru ini.

Disebabkan itu juga tidak pasal-pasal Malaysia teruk dikecam dengan pelbagai tohmahan dari rakyat Indonesia yang tidak berpuas hati dengan insiden tersebut.

Yang salah tetap salah. Kebenaran akhirnya berpihak kepada Malaysia setelah segala bukti dan video menunjukkan pemain Indonesia memang benar-benar melakukan kesilapan.

Terkini, Persatuan Sepaktakraw Indonesia mengakui bahawa skuad sepak takraw wanita  negara itu telah melakukan kesilapan besar  dek kerana sikap terburu-buru jurulatih yang mengarahkan pemainya keluar gelanggang.

Sekarang terpulang kepada Netizen dan peminat sukan di Malaysia samada hendak serang balas atau menganggap segala tohmahan yang dilempar itu hanya perkara kecil sahaja.


Ahad, 26 April 2015

TMJ Sindir PAFA Dan Penyokong Bola Sepak Perak Masih Lagi Tinggal Di Atas Pokok

    6:45:00 PTG   5 comments
jdt-perak

Tindakan paling tidak bertanggungjawab sejak tahun 2013 ini jelas menunjukkan sikap yang tiada ketamadunan. Setelah mencetuskan pergaduhan dan membaling objek, kemudiannya takut dan terus membuat laporan.

Sedar atau tidak bahawa tuduhan yang dilemparkan kepada penyokong JDT tersebut adalah datangnya dari rata-ratanya bersama keluarga dan anak kecil. Dan yg mengiringi penyokong keluar adalah Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Mengapa tidak tanya sendiri kepada PDRM, adakah kami yang mulakan dahulu? Lagu JDT Bangsat mula berkumandang dinyanyikan oleh penyokong Perak yang 90% penuh di stadium malam itu.

Cadangan kepada badan induk iaitu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kalau hendak mengambil tindakan lebih berkesan dendalah pasukan, bukan penyokong. Kerana penyokong tidak peduli kepada bayaran denda yg dikenakan. Dendalah mata pasukan, itu adalah tempias paling berkesan yang akan dirasai oleh semua pasukan termasuk JDT.

Kronologi insiden selepas tamat perlawanan :

Penyokong Perak berkumpul dan memenuhi lobi utama stadium dan hanya bersurai selepas dikerahkan oleh pasukan keselamatan.

Jalan utama menuju ke stadium turut dibanjiri penyokong Perak sehingga menghalang laluan kenderaan.

Dua bas JDT telah dibaling dengan objek keras.

Perbincangan diadakan oleh pengurusan JDT dan Ketua Polis Daerah Ipoh untuk mendapatkan kebenaran menggunakan trak FRU bagi menjamin keselamatan pemain.

Penyokong JDT yang berada di stadium diarahkan berkumpul di grandstand dan padang.

Peberapa penyokong Perak meluru masuk ke dalam stadium dari arah bertentangan grandstand dan membaling objek keras ke arah penyokong JDT.

Pada jam 1.00 pagi, penyokong JDT diiringi pasukan keselamatan berjalan kaki ke Kem FRU Sg. Senam (berjarak 300-400 meter).

Penyokong menaiki bas dan diiringi pasukan keselamatan sehingga jalan masuk ke lebuhraya.


Saya paling pantang menegakkan orang yang bersalah. Sebagai contoh saya telah bubarkan Inter Johor Firm (IJF). Kenapa pasukan lain tidak membubarkan anasir-anasir negatif ini.

Kepada pahlawan kekunci dan juga kepada semua penyokong bola sepak dari mana-mana negeri, janganlah setakat berani berbunyi di alam maya. Kalau tidak berpuas hati, janganlah membaling batu kepada penyokong JDT. Balinglah kepada Presiden PBNJ kerana sayalah yang merevolusikan pembangunan bola sepak negeri Johor. Sila beritahu saya tarikh dan tempatnya, dan saya akan datang.

Teringat pula satu kisah semasa saya kecil dahulu orang-orang tua Johor berkata. Dahulu semasa manusia bermesyuarat dan duduk di atas pokok, di Johor, orang-orang Johor sudah mula memandu Rolls Royce.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Jumaat, 19 Disember 2014

Dollah Yakin Harimau Malaya Mampu Bangkit Benam Thailand

    10:37:00 PTG   2 comments
harimau-malay-aff-suzuki

KETUA  jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh yakin anak buahnya mampu menewaskan Thailand pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Beliau berkata, kehadiran penyokong yang ramai pada perlawanan itu sudah tentu akan memberi tonik tambahan kepada pemain negara untuk menampilkan aksi terbaik di laman sendiri.

"Saya mengakui bukan tugas mudah berdepan pasukan Thailand yang mempunyai kelebihan dari segi stamina, selain mereka juga mempamerkan corak permainan pantas. Namun beraksi di tempat sendiri, kita mesti tampilkan sesuatu kepada penyokong," katanya pada sidang media praperlawanan berkenaan di Petaling Jaya, hari ini.

Pengendali skuad kebangsaan itu berkata, beliau akan membuat sedikit rombakan dalam kesebelasan utama selepas pemain berpengalaman Indra Putra Mahayuddin terpaksa disisihkan berikutan kecederaan pada kaki kirinya.

Sementara itu, ketua jurulatih Thailand, Kiatisuk Senamuang optimis pasukannya mampu meraih kejuaraan keempat kejohanan bola sepak serantau itu dengan berbekalkan kelebihan dua gol daripada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Rajamangala di Bangkok, Rabu lepas.

Bekas pemain kebangsaan Thailand yang lebih dikenali sebagai 'Zico' itu berkata, pasukannya akan mengekalkan corak permainan menyerang seperti yang dipamerkan pada perlawanan akhir pertama yang lepas.

"Perlawanan esok sudah tentu hebat kerana saya difahamkan tiket perlawanan sudah habis terjual. Kami belum selamat walaupun mempunyai kelebihan dua gol," katanya.

Kiatisuk berkata, beliau membariskan ramai pemain muda pada kejohanan berkenaan bagi mempersiapkan mereka menghadapi tiga kejohanan utama tahun depan iaitu Sukan SEA di Singapura, pusingan kelayakan Sukan Olimpik Rio 2016 dan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018.

"Sebab itu, saya memberi mereka (pemain muda) peluang dan saya berpuas hati mereka menampilkan permainan yang baik," katanya.

Pada perlawanan akhir pertama Rabu lepas, Malaysia tewas 0-2. Skuad Harimau Malaya muncul juara edisi 2010 di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal.

Sementara, Thailand menjuarai kejohanan berkenaan pada 1996, 2000 dan 2002.  - Bernama

Ahad, 29 Jun 2014

Piala Dunia 2014: Brazil Bakal Berdepan Saingan Sengit Pada Perlawanan Suku Akhir

    10:00:00 PG   No comments
brazil-squad-2014-worldcup

TUAN rumah, Brazil menjadi pasukan pertama menempah tiket ke aksi suku akhir Piala Dunia selepas menewaskan Chile 3-2 melalui penentuan sepakan penalti pada perlawanan awal pagi Ahad.

Aksi penuh dramatik kedua-dua pasukan pada pusingan kalah mati ini terpaksa diheret ke masa tambahan selepas terikat 1-1 pada masa perlawanan sebenar.

David Luiz menjaringkan gol tunggal Brazil minit ke-18, namun Alexis Sanchez menyamakan kedudukan 14 minit selepas itu.

Babak kedua menyaksikan Hulk berjaya menambah jaringan kedua Brazil, namun tidak dikira selepas pengadil Howard Webb memutuskan bola terkena bahagian lengan pemain itu.

Kedua-dua pasukan gagal mencari gol kemenangan dalam tempoh masa tambahan sehingga membawa ke sepakan penentuan penalti.

Tiga sepakan penalti Brazil dilakukan David Luiz, Marcelo dan Neymar.

Manakala dua gol penalti Chile oleh Aranguiz dan Diaz.

Brazil bakal berdepan dengan Colombia atau Uruguay pada aksi suku akhir yang keenam pasukan kendalian  Felipe Scolari ini.

Piala Dunia 2014: Alexis Sanchez Kesal Mutu Pengadilan FIFA Meragukan

    9:00:00 PG   No comments
"SAYA tidak risaukan pasukan Brazil, tetapi pengadil pada perlawanan itu harus bersikap terbuka dan tidak memihak mana-mana pasukan,”

Itu pandangan penyerang Chile, Alexis Sanchez yang berharap pengadil perlawanan mampu mengadili aksi pusingan kalah mati membabitkan kedua-dua pasukan tersebut dengan cekap dan tidak membuat keputusan meragukan.

alexis-sanchez-worldcup-2014

Nada risau itu diluahkan selepas pengendali Croatia, Niko Kovac pernah mempertikaikan mutu pengadilan ketika bertemu Brazil apabila pengadil (Yuichi Nishimura) memberikan sepakan penalti kepada tuan rumah sedangkan ulang tayang televisyen jelas menunjukkan pemain Brazil (Fred) sengaja menjatuhkan dirinya.

Sanchez berkata, jika boleh dia tidak mahu insiden tersebut berulang sekali gus merugikan mereka seperti mana dialami Croatia.

"Brazil pasukan yang memiliki pertahanan yang bagus dan mempunyai kualiti yang hebat dalam skuad mereka. Sudah tentu saya hormat dan gembira dapat bertemu mereka pada perlawanan ini.

"Cuma yang merisaukan kami ialah mengenai tahap pengadilan kerana apa yang berlaku sebelum ini satu pengajaran buat kami, Apa pun, kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku," katanya.

Piala Dunia 2014: Puasa Bukan Halangan Untuk Beraksi Lincah Di Padang

    8:03:00 PG   No comments
RIO DE JANEIRO: Kehadiran Ramadan, bermula hari ini menjadi ujian besar buat pemain beragama Islam yang kini beraksi pada kempen Piala Dunia di Brazil.

Ini adalah pertama kali dalam tempoh 28 tahun, Ramadan disambut serentak dengan kejohanan bola sepak berprestij itu. Kali terakhir adalah ketika Mexico menjadi tuan rumah pada tahun 1986.
Suhu semasa dicatatkan adalah antara 25 hingga 32 darjah celsius dan kebanyakan perlawanan pula berlangsung sebelah petang.

Ketua pasukan Algeria, Madjid Bouguerra ketika diwawancara media negaranya mengakui ia cabaran besar kepada pemain, namun baginya bukan asing dan pernah melalui pengalaman sama ketika beraksi bersama kelab Eropah, Glasgow Rangers.

“Ia memang sukar, tetapi cuaca di sini baik. Beberapa pemain akan menangguhkan puasa, tetapi saya akan meneruskannya bergantung kepada keadaan fizikal,” katanya.

Pertahanan Perancis, Bacary Sagna pula yang ditemubual The Associated Press (AP) di Ribeirao Preto, tahu bahawa terdapat kelonggaran tertentu yang membolehkan seseorang untuk menangguhkan puasa.

world-cup-ramadan-2014

“Secara peribadi saya tidak akan melakukannya, tetapi semua orang bebas untuk meneruskan puasa dan saya benar-benar menghormati mereka,” katanya.

Selain Bacary, pemain tengah, Moussa Sissoko dan pertahanan sensasi Real Madrid, Karim Benzema antara pemain Perancis beragama Islam.

Pemain tengah Manchester United, Marouane Fellaini, pula mewakili negaranya, Belgium, selain dua tonggak Jerman, Sami Khedira dan Mesut Ozil.

Lain-lain pemain, Xherdan Shaqiri, Admir Mehmedi dan Gokhan Inler mewakili Switzerland, sementara Wakaso Mubarak dari Ghana serta Vincent Aboubakar mewakili Cameron terlepas daripada beraksi pada Ramadan selepas pasukannya gagal ke peringkat kedua, saingan 16 pasukan.

Antara pasukan yang mencatatkan ramai pemain Islam dan layak beraksi pada pusingan kedua adalah Algeria. - Agensi
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Zoner. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.